Macam Budak-Budak La Der

10:09 AM


As salam,

Semalam sebelum tido, aku siap draf dah 2 cerita hantu.. plan untuk entry hari ni. Tapi pagi ni alih2 aku terpaksa tukar cerita plak gara2 perangai seorang hamba Allah yang sorang ni.

Bukan sekali dua tapi banyak kali. Actually aku ada sorang kawan, blogger jugak. Gegirl. Rapat tu takde la macam jamu perapat Mak Dara.. ala kawan alam maya, nak rapat macamana lagi kan? Dan macam korang kenal aku.. aku ni jenis mesra alam dan suka menyakat. Sakat2 orang memang habit aku sehinggakan aku mampu menjana pendapatan dengan menjual sikat ehh??

Sekarang problemanya, tunang dia kuat cemburu. Yang aku musykil.. dia hentam aku sorang je plak tu. Lelaki lain yang komen2 status fb blogger ni.. ok je tapi time aku mak aih perli kemain. Nak dijadikan cerita semalam besday blogger ni, aku komen la status blogger ni. Ada plak tunang dia kata aku si gatal! Kahkahkah padahal sebelum tu punya ramai lelaki lain komen2 bagai. Cilakak

Orang macamtu, makin dia buat perangai lagi aku suka sakat hehe. Macam bebudak la der, umur dah tua.. bebawak la baca Al Quran. Bersihkan hati. Ko bakal jadi ketua keluarga, kalau benda remeh macamni pun boleh melatah.. apatahlagi perkara lain. Cemburu salah orang.. ni ngan aku gak ko jeleskan. Adeh!

Ok2 aku faham. Ko tak dapat terima kenyataan yang aku lebih charming dari ko ea? Kihkihkih. Lepas ni ko carilah buku Tutorial Cara Membuat Lawak Spastik sebab gegerl macam awek ko memang suka orang yang tau buat lawak.. bukan setakat tau cemburu je :P

Selamat Hari Raya bro.. Maaf Zahir Batin ye :)


You Might Also Like

11 comments

  1. hahah..lawak pon ade...
    maybe die jeles kat awk sorg je tu...
    alaa ignore je orang cemtu...

    anyway salam perkenalan =D

    ReplyDelete
  2. hahamboi nampak sangat tok ketuat ada ciri2 lelaki idaman sampaikan kaum sejenis sendiri cemburu. tu saje je tu kaber line buat2 jeles....padahal nak nuntut ilmu, so tak perlu la cari buku Tutorial Cara Membuat Lawak Spastik. hehehe

    ReplyDelete
  3. hahahha..kena sound ke? ekeke kesiannya...sabar saja la k :)

    ReplyDelete
  4. lebih charming? mungkin laa der. hahaahahaa

    ReplyDelete
  5. nampak sangt blogger perempuan tu selalu citer pasal kamu kat depan dia..kalau idak kenapa dia nak cemburu..nak kata kamu kacak,ensem bergaya idak le kan??kan??


    sebab tu la orang lelaki kena pupuk sikap suka berkelakar tu..orang perempuan suka..jangan nak serius je..meluat tau..

    ReplyDelete
  6. erk... kelakar pun ada.. itu pun nak cemburu.. ish3

    ReplyDelete
  7. mungkin sebab muka kebapaan bang long terserlaaah. haaa itu yg bt dia jeles. kih kih

    ReplyDelete
  8. Maybe dia asyik citer pasal awak kot..sama la ngan cik abe SA...kuat cemburu..

    ReplyDelete
  9. dah aim la tu.sebab tu jadi camtu..alah afzal,maintain cool suda :)

    ReplyDelete