Seyes Ke Syaitan Diikat Di Bulan Ramadhan?


As salam,

Betul ke syaitan diikat di bulan Ramadhan?

Mengikut hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yakni hadis sahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari (Lihat Ibnu Hajar, Ahmad Bin Ali Bin Hajar (1998) Fathul Bari, Kaherah : Dar Al-Hadith, Jilid 4, Halaman 140) yang berbunyi :

"Apabila masuk bulan Ramadhan, akan dibukakan semua pintu-pintu langit dan dikunci semua pintu-pintu Neraka Jahannam serta dibelenggu syaitan-syaitan"


Dari kecik sampai besar aku dah setkan minda aku ; bulan puasa takde hantu. Dalam bulan puasa la aku jadi berani, pegi ngaji sorang2.. takyah lagi berteman. Aku tak pernah query langsung walaupun kadang2 timbul beberapa persoalan yang memerlukan jawapan secara ilmiah.

Tetapi last week it's hardly believed yang aku kena pertimbangkan balik kepercayaan aku terhadap gangguan syaitan pada bulan Ramadhan. Ini sebab kerana baru2 ni, Angah aku cerita.. sewaktu awal Ramadhan housemate dia kena ganggu. Err..

Time tu Maghrib, baru lepas berbuka. Housemate dia tengah basuh2 pinggan kat sinki. At the same time dia terkejut tiba2 melihat ada seorang lelaki berada di sebalik cermin tingkap sinki (bermakna berada di bahagian luar).. yang mana di bahagian luar itu sah2 takde balkoni! Scene seterusnya takyah kot aku ceritakan.. korang sendiri boleh agak kot?

At first aku denied-kan, tapi bila aku merujuk kitab2 dan bahan bacaan.. rupa2nya banyak percanggahan pendapat. Ada yang kata yang dirantai hanya syaitan2 yang berpangkat tinggi sahaja, ada pula mengatakan istilah 'syaitan dibelenggu' itu cuma kiasan yang membawa maksud syaitan tidak dapat menggoda umat manusia seperti kebiasaan kerana umat manusia banyak melakukan amal ibadat di bulan ini dan banyak2 pendapaat lain yang tak sempat aku attached-kan sekali kat sini.

So aku harap korang juga boleh kaji sendiri dan mungkin korang juga punya alasan sendiri. Lepas ni jangan nak gembira sangat la kot, mana tau kot2 the way balik dari terawih korang berpeluang jumpa dengan entiti yang korang nafikan kewujudannya di bulan Ramadhan kan? Kan? :P


10 Comments

  1. ayat last sekali boleh membuatkan orng yang penakut mcm eden tak pergi solat tarawih:P hehe

    ReplyDelete
  2. baiklah.. ko berjaya menyeramkan aku tengah-tengah hari ni. hahahaha.

    itu memang sangat menakutkan. gila lah. berdepan pulak tu

    ReplyDelete
  3. Dulu penah kena time dekat hostel. Dia boleh duduk main kat katil member tingkat atas. time dekat2 nk sahur lak tu. esok tu tnya member, dia ada jaga ke malam tuh. dia kata tak pun. heee. terus terkedu lepas tuh.

    ReplyDelete
  4. Aku pun pernah jugak terfikir..when ramadhan, kenapa terjadi kes curik,rogol,boifren n gerlfren buat maksiat..semua ni kan godaan syaiton..

    part seram mistik-mistik tu, aku perasan, sebab masa aku sekolah dulu, time bulan posa aje pulak kes hesteria..siap ustaz jampi serapah.masa tu aku assume..mybe hesteria sebab lapar..errr..mungkin kita masih cetek part "syaitan dibelengu" tu.

    dunia sekarang..manusia dan syaiton dan mcm serupa walaupun tak sama.

    ReplyDelete
  5. aritu ade rasa mcm katil begoyang tp bila mengenangkan setan kena ikat buat bodo jela....emm nampak sgt ilmu tak tinggi lagi ni sobss

    ReplyDelete
  6. kalau akak memang histeria daH,..

    ReplyDelete
  7. mudah-mudahan dijauhkan drpd bertemu makhluk 'comel' tu, eeee

    ReplyDelete
  8. Ada pernah terbaca la.

    Syaitan ni senang menghasut blablabla dalam pembuluh darah. Sebab tu kita ni tak digalakkan kuat makan.

    Bulan puasa ni kan kita kurang makan (kalau waktu berbuka mencekik sampai hujung maghrib tu lain cerita la), maka pembuluh darah kita jadi sempit. So syaitonnn ni susah la nak berbisik menggoda macam waktu waktu tak puasa.


    “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.” – Muttafaq alayh [Riwayat Bukhari & Muslim]

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  9. ntahla..slalu jgak dgr, iblis diikat..syaitan still de..iblis lagi jaat dri syaitan..huhu fening2..xpe..sama2 la dktkn diri pada Allah swt..

    ReplyDelete