Tegur Salah, Tak Tegur Kang Lagi Parah

11:31 AM


As salam,

Aku tak tau kalau korang pernah mengalami menda alah ni tapi selalu terjadi kat aku. Salah satu perkara di bawah baru berlaku pada aku semalam. So aku nak tau bagaimana korang handle situasi ni ;

Tengah korang rancak berborak dengan kawan korang, baru korang sedar yang tinja hidungnya bergentayangan terumbang ambing ditiup nafasnya atau;

Korang ada kawan karib, kemana2 mesti bersama tapi korang tak selesa dengan masalah bau ketiaknya yang tengik atau ;

Korang tengah dating ngan awek, pada masa yang sama korang nampak ada sejemput bulu hidung terkeluar dari hidungnya

So apa tindakan korang?Kat mana2 aku pergi, mesti ada kes macamni. Aku sendiri tak tau nak buat apa. Tapi kalau nak ikutkan idea senget aku, memang sah2 tak boleh pakai. Kalau jumpa orang2 macamni.. idea2 bingai macamni la yang selalu bermain dalam kepala hotak aku..

Bila aku nampak kawan aku punya tinja hidung terbuai2, time tu gak aku kuis ngan jari (pemilihan jari mengikut saiz lubang hidung). Cuma jadi musykil time pose. Kalau aku korek idong kawan aku, pose sape yang batal? Aku ke dia?

Takut kalau korang adiahkan deodorant, kawan korang terasa.. apa kata korang guna kaedah ni. Korang sapu je deodorant korang tu kat hidung sendiri. Dengan ini masalah busuk ketiak tiada, hubungan persahabatan juga dapat diselamatkan

Kes terakhir ni plak, alang2 korang dah nampak bulu idong awek korang keluar sejemput tu.. apa kata korang berikan dia getah. Suruh dia tocangkan bulu idong dia tu agar lebih kemas. Kalau boleh getah warna warni biar nampak meriah. Teknik ni khas untuk bf yang takde idea nak mintak putus ngan gf. Kaedah ni sangat mujarab, silap2 boleh dapat cop merah kat pipi.

Tu idea bingai aku. Seyes aku sendiri tak tau macamana nak handle dan jangan tanya aku.. sebab jawapan dari aku hanya yang bingai2 belaka. Kompom tak boleh pakai :P

You Might Also Like

13 comments

  1. Hahaha. Tak leh bayang kalau kena berhadapan dengan situasi macam ni. Lepas tu, guna pulak idea2 kat atas tu ;)

    p/s: selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  2. hahah.kita yang tengok pun tak selesa..kan?tapi tuan punya nya selesajadi biar je la kat dia..hahaha..biar orang lain gelak tengok dia.:p

    ReplyDelete
  3. harap dijauhkan dari situasi camni..dilema betul kan.

    ReplyDelete
  4. hahahahhaha....pasal ketiak bucuk dan gigi busk aku ada pengalaman..

    Apa nak buat tahan napas ajer ler...

    ReplyDelete
  5. haha macam bengong. bingai je idea, kahkahkah

    ReplyDelete
  6. hahahahah. kalau ko kuiskan lobang hidung kawan ko tu, dah tentu orang ramai akan mengata ko. dorang akan ingat korang pasangan gay.hahaha. hampeh

    ReplyDelete
  7. kalau kwn baik gua, gua sound dpn2 je.. hehehe

    ReplyDelete
  8. kekekekeke..errrr..xtau lah..haha

    ReplyDelete
  9. nak tegur takut bergaduh....tak semua orang boleh terima teguran. boleh la ikut cara apzal pasni. hehehe.

    ReplyDelete
  10. hahhaha wat tocang..adoiyaii..masih klkar!


    ntahla..kesian pun de, tpi tak sampai hti tgur.hope fmly or kwn pling rpat yg tgur.niat baik mcm ne pun,tkut dia akn rsa mlu.

    ReplyDelete