Tutorial Membuat Ketupat Dengan Cemerlang


As salam,

Hari ni dengan murah hati aku nak ngajor cara2 anyam ketupat. Nak aku setat dari sejarah ketupat dulu ke.. atau skip terus ke cara2 menganyam? Ok sebelum kita teruskan ke sesi menganyam, korang dinasihatkan pegi kencing dulu sebab kalau tangan dah bersimpul kang jangan harap boleh bukak zip seluar. Melainkan korang ahli sarkis.. boleh bukak zip pakai gigi!

Bahan2 yang diperlukan :

1. Daun kelapa
2. Jarum / pisau
3. Sedikit kesabaran dan semangat kesukanan

Bahan2 yang tak diperlukan :

1. Mak mentua (boleh bingit dok dengar dia mengomel time salah anyam)
2. Tepung penaik
3. Dan kuih lompat tikam, baki berbuka semalam (bagi mereka yang tidak uzur)


Korang folo je gambar2 yang aku attachedkan kat bawah ni


Ok. Amacam ngan 2 step di atas? Agak melekit2 tak ketiak? Masih mahu mencuba?
Teruskan usaha ke step berikutnya..


Dah sampai step ke 4 ni, ada rasa macam nak jahanam tak? Ini adalah step terpenting, 
hidup atau mati ketupat kita bergantung pada step ni. Kegagalan untuk berbuat demikian 
akan menyebabkan ketupat korang jadi macam di bawah..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Taraaaa!!!!


Nak buat camno, aku pun khatam 4 step je. Setiap tahun macamtu. Bila nak masuk 
step ke 5 je, time tu jugak la nenek aku panggil mak aku suruh tukar sarung kusyen. 
Mencik!!


P/s :  Tanak hampakan korang aku bagi jugak la tutorial yang aku rembat dari Google. 
         Acane? Jadik tak ketupat kita tahun ni? Ke korang redha je balun megi? :)






20 Comments

  1. perghhh! terbaik, nganyam ketupat dapat bentuk keta. hahaha

    ReplyDelete
  2. barang siapa dapat anyam ketupat petak tu mmg terror. oleh kerana gua orang utara. ketupat illuminati sudah lah. senang lagi sedap. haha

    ReplyDelete
  3. hahaha dah tau tok mengong sbb pose tak tinggai thn ni..well dah blaja taon lps tp taon ni konfirm kena blajaq balik!

    ReplyDelete
  4. SA jari bangku...bab2 ni mmg fail....

    ReplyDelete
  5. dulu waktu remaja...setiap kali maka ayah akak menganyam ketupat,mesti akak dok sekali depan diorang...ambik daun ketupat.cuba buat..banyak kali belajar tau!Akhirnya akak failed jugak...jadi bila dah kahwin ni,akak dah pandai masak ketupat...akak beli ketupat nona tu jeerrrrr....boleh je makan..kannn

    ReplyDelete
  6. sampai skrg dneo tak tahu buat... pernah belajar dgn mak tapi tak jadi2

    ReplyDelete
  7. hahahaha yang mak mertua jangan duk sebelah tu betul he3...

    kak lea suka anyam ketupat.kat office pulak bos dera suroh anyam ketupat riben buat hiasan.

    ingat lagi masa belajar anyam ketupat dengan nenek,asyik kena ketuk jari je kalau silap ^^

    ReplyDelete
  8. wahh bagus benar ade tutorial ni..hehhh.rare ni...wee

    ReplyDelete
  9. aku da lama x anyam ketupat. lupa da step haha

    ReplyDelete
  10. haha...tutorial buat ketupat yg paling sempoi!

    ReplyDelete
  11. sengal kau. haha. aku dulu je pandai buat, bial dah lama tinggal jadi lupa terus. sempat sampai cara ke 4 je lepas tu hancur

    ReplyDelete
  12. makkkk...ohsem betul...pening zaza tgk anyam ketupat..xreti..hehe

    ReplyDelete
  13. sy mula-mula belajar anyam dulu..adoii punya la susah nak tangkap huhu
    tapi bila dah pandai tu rasa senang pula..tapi kalau bentuk keta tu memang tak reti la haha

    ReplyDelete
  14. tgk gambar pun still x faham, memang fail bab2 nganyam ni

    ReplyDelete
  15. seumur hidup aku, aku berjaya buat seketol je yang jd... pastu x jadi2 dah

    ReplyDelete
  16. aku x reti nak buat tapi mak aku reti..hahaha

    ReplyDelete
  17. Hemmm....hampeh ..
    Aku sentiasa kena tipu dengan kau...hehehehehe

    Tapi dahsyat...salah anyam dapat keta..
    Selamat hari raya bro

    ReplyDelete
  18. tiap kali raya aku try buat tp kalau dah bebal mmg tak penah jadi.....

    ReplyDelete
  19. siap ade tutorial lagi tu..ketupat ni setahun sekali buat..setiap kali nak raya terhegeh hegeh nak buat sbb lupe stpe..hahaha..

    ReplyDelete