Apa Aku Dapat Menjelang Raya


As salam,

Balik2 rumah, aku tengok peti pos ada surat untuk aku. Trimas Arjuna Popkorn, tahun kedua aku dapat kad raya daripada ko. Masih sama macam tahun sudah ko punya ayat.. walaupun ko cuba mengayat aku tapi maaf, aku straight orangnya. Aku harap kita dapat berutus2 kad raya lagi ngan korang untuk tahun2 hadapan sebab aku taknak hubungan persahabatan kita hanya terbatas di alam maya sahaja.

Then aku dapat lagi kad undangan ke majlis perkahwinan salah seorang blogger, Diana Azis. Ni kad kahwin ketiga yang aku terima dalam bulan ni. 18 Ogos Diana Azis di Johor Bahru, 24 Ogos Aien Not Alien di Alor Gajah dan 31 Ogos Azhafizah di Segamat. Amacam? Boleh gout aku cenggini. Tapi maaf Diana Azis kenduri awak saya tak dapat turun hari tu sebab..

..Sebab saya baru menerima orang baru. Raya kedua on the way balik KL, air ketuban wife aku pecah kat R&R Pagoh. Hamik ko kelam kabut aku, almaklumla aku bukannya ada pengalaman jadik bidan. Aku terus keluar tol Jasin, Melaka. Then kitorang diminta pergi ke Hospital Melaka sebab Hospital Jasin tak leh terima kes, sebab anak pertama.

Walaupun lahir secara caesarean, alhamdulillah wife aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kg pada hari Sabtu, 8.10 pagi. Aku stay kat hospital dari Jumaat malam hingga Selasa sebab anak aku demam kuning. Sekarang alhamdulillah segalanya kembali pulih dan stabil.



Aku banyak belajar benda baru yang selama ni aku laangsung tak peduli hungga adik2 sendiri janggal melihat aku. Ye la sebelum ni aku takde la beria2 melayan anak orang, tapi bila dah ada anak sendiri.. lain plak fiilnya. Selama aku menemani isteri aku di wad menunggu waktu bersalin, aku mengakui yang aku sedih melihat dan kerap mendengar wife aku memanggil nama aku akibat sakit. Aku rasa badannya menggigil2 bilamana dia memegang tangan aku. Aku tak tau apa yang dia rasa tapi yang aku tau pasti sakit sangat. Kalaula anak aku nampak apa yang ibunya lalui ketika itu.

Raya ketiga, alhamdulillah isteri aku masih bersama aku tapi kali ini bersama2 orang baru. Nama yang aku sendiri berikan, Dhya Khayla Jasmeen. Terima kasih kepada kalian yang tak putus2 memberi ucapan tahniah, kata2 sokongan dan hadiah. Terima kasih kepada blogger Mama Tunz di atas hadiah yang mama kirimkan tempohari. Cantik sangat hadiahnya tu :)


Terima kasih kawan, terima kasih saudara mara dan jiran tetangga. Doakan kebahagian dan kesihatan kami berkekalan hingga ke akhirnya. Hanya Allah mampu membalas kebaikan kalian

Anak babah la katakan :)

18 Comments

  1. tahniah bro....anak raya....patut bg nama nur syawal mulia aidilfitri bahagia....ha3

    ReplyDelete
  2. tahniah ye..!!
    comelnyeee baby...hehehe...
    i wish u da whole family happy everlasting..hehehe =)

    ReplyDelete
  3. Tahniah afzal..lama aku tunggu ko update pasal baby nih..

    Tahniah yer,jadi babah dah..hadiah raya ni..

    Semoga isteri dan anak sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah,

    Selamat berpantang buat wifenya,..babahnyer..jangan pantang jumpa awek pulak yer..hahahaa

    "selammat hari raya"

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tahniah tok.. jaga wife dan baby baik2 =)

    ReplyDelete
  5. tahniah2... nanti boleh la bawak baby tuh ajak g gathering...kah3....

    ReplyDelete
  6. tahniah abam afzal.. jaga wife n baby elok2.. tanggungjawab makin besarr dah..hee

    jijah je masih menunggu hari..aiyaa~~

    ReplyDelete
  7. yeahh dah jadi babah....dapat baby syawal lak tu hehehe

    ReplyDelete
  8. ArjunaPopkorn vs Dhya Khayla Jasmeen.. x jauh bunyi nya...

    ReplyDelete
  9. kat melaka.. kalau tahu oleh melawat.. Ya Allah comel sgt.. tahnia eh

    ReplyDelete
  10. tahniah afzal...penantian sudah berakhir dengan hadirnya Dhya Khayla Jasmeen. comey2 cam mak dia hehe...

    ReplyDelete
  11. tahniah babah zal....akhirnya yang ditunggu sudah selamat dilahirkan...cute baby cammmm...mama dia ...hehehe...

    ReplyDelete
  12. Tahniah babah afzal. Comel sgt dia senyum...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum wbt,

    mubarouk alaik abam kerana telah menjadi bapa. Alhamdulillah wa syukurillah..

    semoga keluarga abam dilindungi dan di berkati oleh Allah SWT, Allah yang maha pengasih dan penyayang..Amin :)

    ReplyDelete
  14. waaah, tahniah abg afzal.. :)) smoga dhya mnjadi anak yg solehah :D amiiin...

    ReplyDelete
  15. tahniah abang! Mesti raya tahun ni lebih bermakna :)

    wah lamanya tak singgah blog ni hahaha

    ReplyDelete
  16. alololo comelnya...tahniah

    ReplyDelete