Jika Hidup Aku Tinggal 5 Tahun Sahaja Lagi


As salam,

Apa reaksi kita bila dapat tahu kita hanya punya satu tempoh singkat untuk terus hidup. Mungkin 10 tahun, setahun, seminggu atau sehari. Apa yang akan kita lakukan? Mungkin nampak enteng pada kita sebab tak mengalami situasi di atas tapi bagaimana kepada mereka yang terpaksa melalui hari2 terakhir seperti itu?

Anak kawan rapat mak aku hanya ada 5 tahun untuk hidup menurut pandangan doktor yang merawatnya. Dia mengalami kegagalan fungsi pada hati yang mana hatinya rosak dan ginjalnya semakin mengecut. Aku kenal keluarga ni since aku sekolah rendah lagi. So bila dengar berita ni seyesly aku bebetul terkejut.

5 tahun untuk hidup. Hanya jangkaan doktor, kita juga boleh andaikan ada kesilapan di mana2. 5 tahun tu tak details. Tahun ke 5, bulan berapa? Hari apa? Jam bila? Kat mana? Bila kita diandaikan jangkaan akhir umur kita.. hidup kita dah takkan ada erti apa2

Sebab itulah rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Tak perlulah orang lain tanggung tugas urusan Allah. Apa yang perlu kita buat, cuba dapatkan rawatan sedaya mana termampu. Biarkanlah dia hidup seperti biasa. Sekiranya memang hayatnya berakhir pada 5 tahun mendatang, biarlah dia anggap sememangnya itu sudah ajalnya.

Aku cuma doakan yang dia terus tabah. Kalau aku jadi dia pun, aku tak tau setabah mana aku mampu hadapi kenyataan. Hmm..

9 Comments

  1. semoga mereka+ yang melaluinya sentiasa tabah :)

    ReplyDelete
  2. semoga allah panjangkan umur nya, amin

    ReplyDelete
  3. Hanya kepada Allah kita berserah...

    ReplyDelete
  4. semoga dia tabah hadapi dugaan Allah.kita hanya mampu berdoa,Allah yang menentukan hidup kita.

    ReplyDelete
  5. tp ok jugak kalau tau sampai bila boleh hidup..sekurang-kurangnya boleh tingkatkan amal:)

    ReplyDelete
  6. harap mereka kuat hadapi kemungkinan ni...

    ReplyDelete
  7. Innalillahi wa innalillahi roji'un

    Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian dari Allah ini..

    Ajal maut,rezeki dan jodoh semua di tangan Allah, dia sebaik-baik perancang...

    ReplyDelete
  8. jgn percaya sgt dgn doc.. Allah yg maha berkuasa kan? ;)

    ReplyDelete
  9. Allahu Rabbi. kesiannya. Kalau ck pun ck xtahu nak mentabah macam mana.

    But life got miracle, kuasa Allah siapa tahu? Keep praying. :)

    ReplyDelete