Kisah Alam Angker : Silent Reader

11:03 PM


Husni meneliti setiap inci tubuh yang terbaring di lantai. Rupa fizikal mayat tersebut amat menggerunkan, tak seperti kes2nya yang terdahulu. Mayat lelaki yang berusia awal 30an tersebut kelihatan kering, mengerekot dengan mulut ternganga dan mata terbeliak ke atas.. seolah2 baru melihat satu kejadian yang maha dasyat. Husni memicit2 kepalanya, dahinya sedikit berkerut apabila meneliti laporan yang baru diterimanya daripada salah seorang staf di kawasan kejadian. Mayat tersebut baru sahaja meninggal sekitar 4 jam yang lalu. Aneh!

Dia bergerak menuju ke dalam bilik mangsa. Biliknya kelihatan tidak terurus, lebih2 lagi di atas meja. Penuh dengan kertas yang dironyok dan plastik makanan ringan. Husni merapati meja, mana tau sekiranya terdapat bukti lain yang boleh dikaitkan dengan kes kematian kali ini. Dia membelek komputer riba milik mangsa. Rupanya mangsa merupakan seorang blogger. Husni meneliti secara rawak setiap entry yang dihasilkan mangsa. Kebanyakannya berkisar isu peribadi.. yang kronik. Mati.. bunuh.. mampos dan mati lagi, terlalu banyak perkataan carut yang tak mungkin difikirkan oleh manusia waras. Mungkinkah mangsa mempunyai masalah mental? Tekanan jiwa mungkin? Itu hanya andaiannya semata2. Taakulan awal sebagai pegawai yang ditugaskan menyiasat kes ini.

'Tuan, hmm saya ada menjumpai diari milik mangsa di atas katil', kata seorang staf yang bertugas sambil menyerahkan diari milik mangsa kepada Inspektor Husni.

Dia membelek2 diari tersebut secara rawak dan sedikit perlahan tatkala menuju ke penghujungnya.

'Inspektor Zamri saya minta awak rekod diari ini di bawah barang kes. Saya perlukannya untuk siasatan terperinci. Oh ya komputer riba milik mangsa juga dan saya nak awak cari maklumat tentang seseorang yang dikenali sebagai Perempuan Malam', kata Husni sebelum stafnya Inspektor Zamri beredar meninggalkannya sendirian.

Dia memegang kemas diari yang baru diterimanya walaupun pada hakikatnya jantungnya berdegup semakin kencang. Ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.. ada sesuatu di dalam diari itu

**********

'Zaki', 

Itulah yang terpacul di mulutnya tatkala meneliti profil penuh mangsa. Husni yang baru selesai mandi terus terjun baring di atas katil sambil tangannya mula menyelak halaman muka pertama diari milik Zaki.

Dia membaca baris demi baris ayat yang disusun di dalam diari tersebut. Ternyata bunga2 bahasa yang digunakan mangsa sangat cantik.. sesuai digelar seorang penulis. Dia terpaksa menyerahkan komputer riba kepada staf bawahannya untuk menjalankan siasatan lanjut. Dia tahu Koperal Zamri takkan menghampakannya kerana selama ini kebanyakan kes berjaya diselesaikannya hasil bantuan daripada Koperal Zamri.

Kini tinggal dirinya dan diari mangsa. Jam menunjukkan pukul 9 malam, masih banyak masa untuknya menghabiskan isi kandungan diari tersebut dan dia tahu pasti ada bukti yang ditinggalkan mangsa di situ.

16 Mac 2012
Yeah akhirnya! Kini aku bergelar seorang blogger. Aku gembira dapat menaip, aku gembira dapat berkongsi cerita. Aku tahu mereka pasti sukakannya..

Husni meneruskan ke muka berikut. Setiap muka surat di bacanya tanpa ada tertinggal satu pun. Dia sendiri ralit membaca seolah2 sedang membaca novel. Dia sudah terlupa apa yang sedang dibacanya itu hanyalah sebuah diari milik seorang lelaki yang telah mati.

18 Jun 2012
Hari ni aku cuba buat entry lain. Sekadar cabar diri sendiri walaupun aku tak tahu apa hasilnya nanti. Aku cuma harap reader aku suka. Kalau tak suka.. aku takkan teruskan. Aku janji :)

20 Jun 2012
Seronok bila aku terima komen2 positif. Trimas Iqbal, trimas Hanif, Mankete, PM dan yang lain. Lepas makan kang sesi utuk aku terjah korang plak. Jaga2 hehehe

4 Julai 2012
Hahaha siot Mankete menganjing aku dalam entry dia. Kalau nak diikutkan aku, nak je aku bahan balik. Nasib la PM pujuk kaw2. Lembut sikit ati den ngeh3

15 Julai 2012
1st wish aku terima harini. Trimas PM sebab wish my birthday. huhu

8 September 2012
Hari ni aku nak kena siapkan entry. Almost 2 week tak bukak lappy, final exam. Sori my silent reader.. janji saya tak buat lagi. Hope awak suka ngan entry baru saya ni.

Husny membaca sambil tangannya pantas menulis.. menulis apa sahaja maklumat yang ada. Dia tak mahu tertinggal walau satu pun. Sesekali tingkap biliknya terpukul oleh langsir bujang yang tak terikat. Dia bingkas bangun dan segera menutup tingkap. Di sepanjang susur jalan perumahannya.. kelihatan rumah2 yang ada semakin gelap tak berlampu. Jam di dinding hampir menunjukkan pukul 11 malam. Dia lantas kembali ke katil meneruskan pembacaannya.

12 Disember 2012
Aku penat. Tapi dia masih mahu aku menulis. Kalau aku tak menulis, dia mengamuk.. Please gimme some break! Cilakak

15 Disember 2012
Aku tak bukak lappy dari semalam. Apa nak jadi pun jadilah. Suhu badan aku makin panas.. aku terpaksa ponteng kelas hari ni. Bangsat!

20 Disember 2012
Aku tak kenal siapa yang kol aku tadi? Ganggu tido aku. Gila punya orang!!

Semakin lama isi kandungan diari semakin kusut. Sudah nampak garis putus2 yang dicarinya. Dia sudah dapat melihat mana puncanya. Zaki semakin dihimpit masalah. Kegilaan apakah yang menyelubungi arwah Zaki? Sesekali kedengaran angin kencang menderu di celah2 ruangan tingkap yang tidak kemas ditutup. Husny masih memaku matanya pada mukasurat2 yang hampir berakhir

2 Januari 2013
Takkan lah dia? Mana dia dapat nombor aku? Setiap hari kot mesej paksa aku buat entry! Siapa dia pun aku sendiri tak kenal.. Psycho! Ai ada kang aku buat laporan polis ni kang. Kalau aku jumpa awal wajib aku bunuh!

3 Januari 2013
Comel mati di depan pintu rumah. Apa yang dah berlaku ni setan betul la. Lepas tu dengan tapak kaki berdarah masuk rumah aku. Sial lahanat ko jangan ingat aku takkan berdiam diri!!

5 Januari 2013
Aku dengar tapak kaki kat pintu masuk bawah. Bila aku jengah dari atas takde siapa di situ. Esoknya bila aku sapu lantai aku dapati ada helaian2 rambut bertaburan atas lantai. Aku tau bukan rambut aku.. sebab ia panjang

10 Januari 2013
Aku dengar lagi bunyi tapak kaki. Tapi kali ini kedengaran sehingga di bahagian tengah2 tangga. Ada seseorang di situ. Aku tak mahu tau siapa..

12 Januari 2013
Kali ni aku betul2 dengar tapak kaki itu berbunyi betul2 di hadapan pintu bilik aku. Aku tak mampu berbuat apa selain selimutkan diri sendiri. Demam aku semakin panas. Dan ketika itulah pintu bilik aku diketuk.. tak2 dihentak beberapa kali dari luar..

Tiba2 dengan tak semena2 pintu bilik Husny diketuk. Dia amati betul2, bukan dari luar tingkap tetapi bunyi itu datangnya dari arah pintu yang betul2 setentang dengannya. Dia melepaskan diari Zaki ke sisi katil, melangkah perlahan menuju ke pintu. Dia yakin hanya dia seorang sahaja di rumah itu memandangkan rakan serumahnya Yasir pulang bercuti di kampung.

Ketukan itu tak terlalu kuat.. tak terlalu lemah tapi berterusan. Dada Husny berombak deras sambil tangannya mula memulas tombol pintu. Dia harap di balik daun pintunya itu bukan apa yang sedang difikirkannya ketika itu.


.. Dan sebaik sahaja dia menguak daun pintu dilihatnya.. kosong di situ. Tiada siapa apatahlagi tanda2 ada orang sedang melarikan diri sejurus berjaya menakutkannya. Di amatinya setiap pelusuk ruang tamunya yang gelap. Tiada apa yang mencurigakan. Pintu biliknya kembali ditutup kemas.

Sekembalinya Husny ke katil, dia melihat sesuatu yang tak masuk dek akal. Sesuatu yang tak pernah lagi berlaku pada dirinya. Pada muka terakhir diari yang dibacanya tadi.. dia pasti yang arwah telah tamatkannya tetapi kini, di hadapan matanya dia melihat ada baris2 tulisan baru yang tidak kemas tertulis di situ.. dan terus tertulis tanpa ada satu mata pena di situ..

Jangan cuba ganggu kami..
Zaki milik aku...
Biarkan kami bersamaaaa berduaa..

Tulisan itu terhenti, sama seperti jantung Husny. Husny terjelopok ke lantai kaku. Dia tak mampu lagi menghadapi sekiranya ada babak ngeri yang bersambung lagi selepas itu. Cukuplah apa yang dia telah dilaluinya. Walaupun tiada bukti.. sekurang2nya dia tahu Zaki mati disebabkan 'itu'. 'Itu' yang tak dapat dibuktikan dengan tolak tambah, mahupun fakta dan penterjemahan daripada akal yang waras.

**********

Husny dalam perjalanan ke Pagoh, kampung halaman kelahiran ibunya. Dia melabuhkan pandangannya jauh2.. lebih jauh daripada apa yang ada di hadapan matanya. Apa yang diceritakan oleh Koperal Zamri pagi tadi benar2 menggangu fikirannya sehingga dia terpaksa meminta cuti rehat yang agak panjang.

'..Saya terlelap sebentar di hadapan laptop mangsa. Laptop tu betul2 di hadapan saya. Tiba2 saya terjaga bila mendengar ada orang menaip pada laptop tersebut. Saya terkejut, saya ingatkan anak saya datang mengacau. Tapi bukan dia.. Bukan anak saya tuan', Koperal Zamri berhenti di situ membuatkan Husny berkerut2 untuk mengetahui perkara selanjutnya..

'Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri ada sepasang tangan pucat runcing yang keluar daripada skrin laptop sedang menaip sesuatu. Terkejutnya saya sehingga saya tak mampu berdiri. Tulisannya berbunyi agar saya berhenti mengganggu dia dan Zaki dan sekiranya saya teruskan juga, saya akan mati sepertimana mayat Zaki ditemui tempohari', ujar Koperal Zamri. Husny tergamam.. Hendak percaya atau tidak, dia sendiri telah laluinya semalam.

'Dan untuk pengetahuan tuan setelah kami jejaki melalui ip address dan akaun.. kami menjejaki seorang individu yang merupakan seorang balu tetapi yang menjadi persoalan dia telah ditemui mati 5 tahun yang lalu dan yang tinggal hanya komputer rosak akibat kebakaran di rumah tersebut', Husny sekali lagi terdiam..

...Kini telah hampir 7 tahun kejadian tersebut berlaku tetapi kedengaran cakap2 belakang yang mengatakan blog milik Zaki masih aktif menghasilkan entry. Walaupun tidak selalu.. cuma usah sesekali ditanya siapa yang mengendalikannya.. tiada siapa yang mampu menjawab persoalan itu


P/s : Siapa tahu 'Silent reader' mungkin sedang membaca entry korang sekarang kan hehehe~







Ok Ni Bebetul Seram

12:07 PM


As salam,

Aku plan nak sambung cerita hantu yang aku buat tempohari, tapi aku terpaksa dahulukan entry ni. Ada sesuatu yang aku musykil.. dan aku sendir dah merasakan ke'angkeran'nya. Hmm.. korang selawat dan istighfar la bebanyak ye.

Malam Sabtu hari tu aku berjaya siapkan Kisah Alam Angker : Puaka Nek Simah. Aku start menaip area pukul 9 malam dan 12 ke 12.30 malam aku habiskan cerita. Aku published macam biasa. Then aku layan online game sebelum tido.. Ok sekarang aku masuk tajuk utama :)

Dalam pukul 1- 1.30 pagi sebelum aku tutup lappy, aku check jap blog aku. Pada sisi blog aku terdapat traffic feed yang mana aku boleh lihat siapa yang datang blogwalking ke blog aku. Kat traffic feed tu aku nampak ada satu link yang familiar. Blogger gak, dia memang follower blog aku since aku start berblogging 2 tahun lepas. Kira pioneer reader la..

Tapi yang tak bestnya, setahu aku blogger tu dah arwah kira setahun lepas akibat kemalangan jalanraya. Kejadian itu disahkan oleh abangnya sendiri. Tangan aku plak gatal pegi klik link blog dia.. makin angker bila blog dia kosong, takde entry, takde link ke blog aku (kot2 orang lain boleh terus link dari situ). Yang ada cuma phrase yang memaklumkan owner blog dah kembali ke rahmatullah beserta header blog yang errr (kalau aku tengok sensorang memalam.. ai boleh rasa gambar dia pandang aku!)


Maaf aku terpaksa hide link blog bagi menjaga nama dan aib


Seram beb memang seram. Pukul 1 pagi benda ni berlaku. Heh bila jadi macamni, makin rancak plak idea aku nak hasilkan entry. Arwah datang baca entry aku ke? Ok bulu roma aku naik meremang sekarang!

Aku tak pasti adakah ini kebetulan. Arwah memang silent reader blog aku sejak dulu, tak tau la sekarang macamana. Erk! Aku cuma mampu sedekahkan Al Fatihah semoga roh arwah tenang di sana. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku? Bila berlaku perkara seperti ini, semakin aku positif dan bersemangat untuk berblogging.

Al Fatihah..

Kisah Alam Angker : Puaka Nek Simah

11:05 PM


Hati Borhan meluap2.. darahnya mendidih setiap kali melihat kelibat Zaki dan Aina bermesra di kantin kilang. Kemana2 saja pasti berdua mengalahkan pasangan yang halal hubungannya. Semangkuk mi kari yang dipesannya tadi dibiarkan sejuk tanpa disentuh. Karim dan Jabir hanya menunggu peluang.. kalau benar Borhan tak mahukannya lagi, pasti itulah rezeki mereka hari itu.

'Sial Zaki. Aku dah bagi amaran kelmarin tapi masih berani mendekati Aina', bentaknya yang hanya mampu didengari oleh kedua kawan karibnya disebelah.

'Kau nak kitorang buat apa Borhan? Ko roger je.. kitorang anytime', kata Jabir setelah mangkuk mi kari beralih ke tangan Karim. Borhan diam sedang matanya langsung tidak beralih daripada kelibat pasangan tersebut. Sejak kedatangan Zaki setengah tahun yang lalu, perasaan Aina padanya mula berubah. Aina tidak seperti gadis lain. Lemah lembut, manis tutur kata apatah lagi keluarganya sangat dihormati kerana kuat pegangan agama. Dulu mampu jugalah anak bongsu Lebai Usop berbalas senyum dengannya.. minum bersama bila tiba waktu rehat tapi sekarang Aina semakin menjauh. Semuanya gara2 budak setahun jagung yang baru bekerja di kilang tersebut. Datang pun entah dari ceruk mana.. buat tahi kat kampung orang!

'Ini amaran terakhir dari aku budak. Aku nampak kau rapat dengan Aina.. kau siap!! Kau tunggu.. kau belum kenal siapa aku', jerkah Borhan setelah melepaskan sedas tumbukan di pipi Zaki semalam. Zaki tersungkur di balik semak. Karim dan Jabir ketawa sambil memerhati dari tepi. Pipi Zaki pedih, ternyata penumbuk Borhan bukan boleh dibuat main.

Peristiwa semalam menjadi isu perbualan di antara Zaki dan Aina. Aina tergamam. Dia tak menyangka Borhan sudah bertindak sejauh itu. Tapi melepaskan Zaki tidak mungkin sama sekali. Biar apa pun terjadi, dia bersumpah cintanya hanya untuk Zaki.

'Takpe Aina.. awak tak perlu bimbang. Dia masih belum bertemu dengan ruasnya', ujar Zaki sambil melontarkan jauh pandangannya. Ada sesuatu yang sedang dia fikirkan.. cuma dia tak mampu membacanya.

**********

'Betul ke apa kita buat ni Karim?', ujar Borhan. Dia dan Jabir mengekori rapat Karim dari belakang.

'Kau sayangkan Aina kan? Kalau kau bebetul sayangkan dia.. ini je la jalan yang ada', kata Karim sambil menampar2 lengannya beberapa kali akibat di gigit nyamuk. Jalan besar sebentar tadi yang mereka lalui kini semakin kecil berlecak tatkala melintasi ladang getah yang sudah lama ditinggalkan. Malam itu.. cahaya bulan tak secerah selalu dek kerana awan tebal. Kalau nak diikutkan rasa takut.. lebih baik dia duduk di gerai Pak Mail melayan karaoke, tapi akibat dendam yang meluap2.. rasa takutnya hilang.



Di suatu sudut ladang kelihatan cahaya samar2 memecah kegelapan malam. Terdapat sebuah pondok kecil yang Borhan sendiri tak tahu siapa pemiliknya. Selama dia hidup di kampung tersebut, inilah kali pertama dia mejejaki kaki di kawasan itu. Apalah yang ada di dalam ladang itu selain pokok2 getah tua yang ditinggalkan arwah Seman. Kini mereka berada betul2 di hadapan pintu. Karim berpeluh, mungkin penat berjalan sedari tadi tak berhenti. Dia menguak pintu pondok..

Kelihatan seorang nenek tua sedang bersandar sambil tangannya ralit mengentel songel di bibirnya. Bibirnya merah namin pandangannya tajam. Pandangannya dipakukan ke arah mereka bertiga.. satu persatu. Borhan dan Jabir menikus tapi cepat2 tangan mereka ditarik Karim untuk naik ke atas.

'Nek Simah kami datang ada hajat. Kawan saya ni berdendam dengan orang. Ada budak main gila dengan dia. Boleh tak kalau nenek ajar orang tu?', tanpa banyak bicara Karim memulakan perbualan. Tutur katanya lancar seolah2 dia sudah biasa ke situ.

Ajar? Heh terlalu ringan. Terlalu lembut untuk budak yang berhati keras seperti Zaki. Dia tahu Zaki takkan mengalah. Zaki takkan lepaskan Aina dan hanya ada satu cara sahaja untuk mengajarnya.

'Nek Simah.. kenakan budak ni. Kenakan dia sampai mati', Borhan lantas mendahului Karim. Sekeping gambar dihulurkannya kepada nenek tua itu. Gambar lama.. tapi masih jelas di bawah remang malap cahaya pelita.

'Hey Borhan kau dah gila? Itukan gambar Aina? Kau nak bunuh dia?', bentak Jabir membuatkan Borhan berpaling. Dari pandangan tajam matanya.. jelas menunjukkan yang Borhan nekad. Ya Borhan sudah gila!

'Apa nak jadi pun jadilah. Kalau aku tak dapat, orang lain pun takkan dapat', ujar Borhan. Nek Simah masih menatap gambar si gadis manis. Dia memandang Borhan kembali menyebabkan Borhan rasa tidak selesa.

'Ingat kata2 kau dan kalau kau nekad dengan apa kau katakan.. itulah yang akan kau dapat'

Borhan membisu. Dia takkan tarik balik kata-katanya itu

'Nek macamana dengan pengerasnya?', ujar Karim. Nek Simah tertawa kecil. Ketawa kecilnya itupun sudah cukup merenggut kelelakian mereka bertiga.

'Tiada pengeras untuk kau Borhan hehehe', Nek Simah mengekek2 kecil menyebabkan dia berteka teki. Kenapa Nek Simah tak menerima pengeras darinya? Tidak ada yang lebih baik selain mereka mengangkat punggung dan berlalu pergi. Borhan berharap semuanya akan berakhir malam itu.

**********

Borhan di biliknya, terbaring sambil mengadap kipas siling yang ligat berpusing. Bunyi kipas tua rumah peninggalan arwah bapanya itu sesekali diselangi bunyi hujan yang melebat di luar rumah. Dia merapatkan tangannya ke dahi. Sesekali dia mempertikaikan keputusan yang dibuatnya tadi. Timbul sedikit rasa kesal.. tetapi dia sudah nekad. Seperti amaran Nek Simah yang baru dikenalinya tadi.. dia tidak boleh barpatah balik lagi.

Tiba2 Borhan terdengar sayup2 suara sesorang menjerit di suatu sudut kampung. Suara itu tak lama dan seolah2 dia begitu kenal dengan suara itu. Mungkin Nek Simah sudah menjalankan kerjanya. Inilah kali pertama dia membuat kerja terkutuk itu gara2 dendamnya kepada Zaki dan Aina. Dia mula membayangkan apa yang Aina lalui. Bagaimana cara Aina mati? Apa yang Aina nampak? Badannya sejuk.. tiba2 dia menggigil ketakutan.

Tiba2 lampu biliknya terpadam. Borhan terjaga dari lamunan. Dia menguak tingkap bilik.. kelihatan lampu jalan yang berada 200 meter dari rumahnya masih menyala. Mana mungkin kampungnya mengalami bekalan eletrik. Dia menutup kembali tingkap. Dia bangkit dari katilnya.. mencari pelita di dapur. Keadaan rumah yang gelap membataskan langkahnya. Setiap penjuru rumah diraba-rabanya. 

Tiba2 sewaktu dia sedang meraba mencari kotak mancis di para dapur.. dia merasakan seperti tersentuh jari seseorang. Kasar kulitnya. Borhan tersentak dan sedikit berundur ke belakang. Jari orang? Atau mainan perasaannya?

'Siapa tu? Mak ke?', Borhan menegur, barangkali mungkin ibunya yang baru kembali dari kenduri arwah jiran terdekat. Namun sapaanya tidak berbalas. Borhan rasa tak sedap hati. Dalam keadaan tangannya meraba2 di sekitar.. tiba2 dia dapat mencapai kotak mancis di penjuru almari. Borhan lantas menyalakan mancis..

Di ketika itu dia melihat rupa yang pernah dia lihat sebentar tadi.. rupa seakan2 Nek Simah berada di hadapan matanya! Perempuan itu menyeringai memperlihatkan giginya yang tajam dan jarang. Lidahnya menjelir keluar berhayun2. Matanya bulat kemerah merahan di balik rambut yang panjang mengerbang.. memperlihatkan padangan yang sama seperti Nek Simah. Borhan menjerit dan jatuh terduduk. Jelas perempuan itu benar2 berdiri di hadapannya sambil mengekek2 kecil.

'Ada hajat perlu ditunaikan. Kau perlu mati...', ujar makhluk itu. Borhan mula menangis dan terkencing. Kedengaran darinya hanya sedu sedan yang tiada tanda untuk berhenti.

'Siapa.. siapa yang suruh kau ke sini?? Siapa??', jeritan Borhan membuatkan makhluk itu mengilai lebih panjang dan lantang.

'Aina.. Aina Syafiqa mahu kau mati'

Borhan tersentak. Benar dia tak salah dengar. Aina sendiri mahu dia mati? Tak masuk dek akal yang waras sedangkan Aina yang dia kenal selama ini takkan mampu buat sejauh ini. Aina sanggup membunuh dia! Aina membunuh dia untuk Zaki!

Borhan lemah.. perasaan dan jiwanya luluh. Dia tersandar sementara makhluk tersebut semakin merapat. Borhan menangis pasrah. Nyawanya tiada makna lagi.. Baru dia sedar kenapa dia tak dikenakan pengeras oleh Nek Simah tadi. Sebab malam inilah malam terakhirnya..

'Borhan.. Darah kau halal untuk aku malam ini hehehe~'

Tiada suara yang kedengaran.. hanya bunyi hujan yang semakin melebat di luar sana tanpa penduduk kampung sedar malam itu terkorbannya dua jiwa akibat cinta dan dendam.

Sementara itu di hujung kampung.. kelihatan nek Simah tersenyum. Janji tetap janji.. tak kiralah siapa mangsanya. Dia menyikat2 rambutnya yang kusut di hadapan cermin. Senyumnya menyeringai.. bersedia menanti mangsa baru di kampung itu..

*****

Zaki masih berchatting, sama sekali tidak mengetahui apa yang berlaku pada malam itu. Tiba2 muncul notifikasi dari seseorang yang belum pernah menjadi rakan facebooknya. Tanpa gambar profail, gadis memperkenalkan diri sebagai Perempuan Malam..

'Mahu berkenalan? Awek baru la', getus Zaki nakal tanpa dia sedar ada sesuatu yang menantinya di balik layar komputer ribanya itu..






P/s : 1st time aku buat cerita bersambung cenggini huhu




Cerita Hantu

10:52 PM

As salam,

Entah la sejak2 ni kepala hotak aku dah tepu ngan idea bukan2 yang aku tak tau dari mana datangnya. Lari dari genre asal aku dulu. Adakah disebabkan perubahan hormon walaupun aku tak pernah lagi telan pil hormon lebatkan bulu dada.

Ada je benda yang aku nak cerita. Semuanya plot cerita bergenre seram dan misteri. Mungkin hasil penceritaan orang yang aku temui, buku, filem dan ditokok tambah idea aku sendiri buat aku semakin teruja buat entry cenggini.

Seram tu tak tau la.. tapi aku rasa puas. Tapi memang backflip ngan idea asal aku dulu la. Sape yang folo sejak dulu.. dorang memang perasan la. Aku ada minta pendapat reader2 blog aku, dorang support kalau aku buat cerpen memandangkan aku ada banyak idea.

Whatever it is.. harap korang mentabah la ye sebab next entry adalah kisah dari alam angker :)



P/s : pada masa yang sama aku stil nak kena siapkan eNovel aku tu Bisa Gugur Jantung Gue. Pada sesiapa yang suka baca genre romantik-komedi boleh klik kat bahagian atas kanan tu ye :)

Curang

9:29 AM

Salam

Aku ngah kursus seminggu kat Perak ni. Korang faham sangat bila mengadap lecture dari pagi ke petang.. dengan hujan lagi. Adoyai boleh hasil sekati taik mata bawak balik opis. Tapi bukan tu yang aku nak cerita..

Aku nak tanya.. adakah menjadi kebanggaan lelaki jika mereka berjaya curang dengan pasangan. Apatahlagi bila lelaki itu sudah berstatus suami orang. Hmm ni bukan benda baru pada aku.. tapi kat sini rancak dibualkan.

Bini terlalu percaya, bini terlalu sayang, skandal, perkenalan di laman sosial, seks rambang.. semua tajuk ada. Aku dengar pun dh rasa malu.. tapi yang bercerita? Ada riak bangga lebih2 lagi bila orang keliling yang mendengar memberi perhatian dan respons yang positif. Cerita buat seks dengan wanita lain di belakang isteri macam makan kuaci je!

Bangga kot dapat curang bilamana setiap perbuatan mereka tak dapat dihidu isteri. Aku lelaki, aku tak nafikan bila kadang2 fikiran kita agak nakal memikirkan sesuatu selain isteri tetapi tak sampai hingga meluahkan kepada khalayak ramai tanpa segan silu, apatahlagi sehingga hubungan dalam kelambu!

Aku takde banyak pengalaman pasal benda alah ni. Mintak2 la dijauhkan dari keluarga aku. Sebagaimana aku pernah sakit dicurangi.. aku pasti wife aku rasa yang sama sekiranya aku curang. Kenapa aku perlu curang sedangkan wife aku tak pernah buat begitu pada aku?

Aku dengarkan dan senyum je la. Mungkin sedikit impressed tapi selebihnya aku cuma nampak lelaki tua kurang matang yang bercakap seolah2 takde iman.

Kisah Alam Angker : Selamat Datang Ke Seri Mendapat

3:44 PM


As salam,

Sapa la yang tak suka balik kampung kan? Lagi2 bila tiba cuti sekolah, musim perayaan dan musim buah2an bagi yang ada kebun. Lawat atuk nenek, sedara mara.. sahabat handai. Seronok bila mak abah decide nak balik kampung. Tapi bukan aku.. bukan adik beradik aku dan mungkin sedara mara jugak. Mungkin ada yang berikan alasan kerjaya atau kesuntukan masa.. tapi siapa tahu mereka juga ada alasan sebaliknya yang kadang2 tak boleh diterima logik akal. Macam tu la juga aku.

Kampung aku seronok bagai dikata tapi mungkin ada yang lebih 'menyeronokkan' kalau korang juga berpeluang melawat kampung aku :) Kalau nak tau teruskan baca apa yang cuba aku sampaikan di bawah ni..

KES 1 : Saya Di Luar Bang

Aku ada cerita dalam entry terawal dulu. Kisah Pak Teh aku. Masa ni aku di tingkatan lagi rasanya. Dia pun bujang lagi, duduk ngan nenek aku. Baru sampai rumah.. dari tempat kerja. Dalam dia duk layan rancangan tv, tetiba telefon berbunyi (time ni guna telefon rumah je). Lokasi telefon di bahagian ruang tamu depan, bersebelahan dengan tingkap menghadap laman.

Panggilan dari seorang perempuan yang Pak Teh aku sendiri tak kenal siapa. Banyak kali Pak Teh aku meneka tapi semuanya meleset. Tapi perempuan itu kata dia kenal sangat ngan Pak Teh aku. Bila keadaan semakin rumit dan kusut.. akhirnya perempuan tu mengalah. Dia lantas suruh Pak Teh aku bukak tingkap..

Bila Pak Teh pandang ke luar, dia melihat sesusuk tubuh berbaju putih lusuh sedang berbuai2 di dahan pokok kuinin depan laman. Susuk tubuh itu menyeringai, mengilai sebelum terbang dari situ..

KES 2 : Gadis Warung Kopi

Cerita ni aku dengar dari pakcik aku. Kes kawan dia.. time tu baru balik dari kerja. Dari simpang depan sebelum sampai ke kawasan kampung merupakan jalan lurus.. yang mana kiri kanannya adalah hutan simpan semata2. Takde lampu jalan. Korang boleh bayangkan sendiri kalau korang lalui jalan itu sendirian waktu malam, hanya boleh bergantung pada lampu kenderaan sendiri sahaja.

Kerja shif petang, baliknya malam. Memandangkan dia merupakan penduduk kampung di situ, jadi tak berapa nak ralatla bila balik bergelap macamtu walaupun banyak cerita bukan2 yang dia dengar. Malang sikit malam tu sebab dia terpaksa pulang seorang.

Semasa melalui jalan lurus menuju ke kampung, dia mula rasa yang motornya semakin lama.. semakin berat seperti ada sesuatu yang menarik atau duduk di tempat duduk pembonceng. Dia tau kejadian itu bukan sesuatu yang biasa berlaku padanya dan diaa dapat rasakan memang ada 'sesuatu' di belakangnya. Jangankan berhenti, menoleh di side mirror pon dia tak mahu. Dia kuatkan semangat dan keadaan itu berakhir tatkala dia mula tiba di hujung jalan.

Dia mengambil selekoh kanan di simpang tiga hujung jalan. Di situ dia sempat melewati kedai kopi Pak Ya dan ternampak seorang wanita sedang menunggu seseorang. Dia menegur sambil kelajuan motosikalnya diperlahankan, mana tau dia kenal wanita terbabit. Bila saja wanita tersebut mengangkat muka.. dia terus memulas tombol minyak laju kehadapan tanpa berpaling2 lagi ke belakang.

Apa yang dia nampak? Wanita yang memandangnya itu tiada muka!!

KES 3 : Apa Yang Ada Di Situ?

Kes adik bongsu aku, time tu dia baru tingkatan 2.. aku rasa. Aku dan keluarga pun ada sama sewaktu kejadian. Tabiat nenek aku dia akan padamkan semua lampu rumah dan sekitar rumah jika dia tinggal seorang. Bila kitorang sampai, jam dah pun menunjukkan pukul 11 malam. Permandangan sekitar laman rumah nenek aku semuanya kelihatan samar, hanya diterangi cahaya bulan. Selain bunyi suara kami, apa yang aku dengar suara katak yang bersahut2 di pangkin belakang.

Ni la pangkin yang aku maksudkan di belakang rumah nenek aku

Dalam pada masa abah aku nak buka pintu rumah, adik aku atau senang aku panggil Dira terus menyusup berada di depan pintu. Dia tak cakap apa2..sebab aku pun tau dia memang penakut orangnya. Bila masuk ke dalam rumah pun dia diam sehingga abah aku buka semua lampu.

Dia menghampiri aku dan perlahan dia bagitau.. ada perempuan di sebalik pokok pisang seberang jalan melambai2 ke arahnya!

KES 4 : Siapa Di Sana?

Ni plak kes adik aku yang ketiga, Irfan. Nak kata dia berani.. takde la sangat. Tapi kes ni buatkaan dia taknak balik kampung lebih2 lagi yang melibatkan bermalam di sana. Cakap je nak bermalam.. kompom dia tarik diri awal. Kami sekeluarga tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dia sehingga suatu hari tu dia bukak cerita pada angah aku.

Ada satu malam, kami bermalam di sana. Akibat bilik tiada kipas, jadi kami masing2 tido berselerakan. Aku biasanya akan tido di bahagian ruang tengah bersama Angah, Dira, mak dan abah. Kitorang tarik tilam dari dalam bilik ke luar. Irfan tido asing.. dia tido di katil nenek aku memandangkan nenek aku tido dalam bilik lain.

Bilik nenek aku menghadap tandas dan situ je la satu2nya lampu yang dibuka pada waktu malam. Mungkin mudah untuk orang nak ke tandas. Malam tu sekitar jam 11 malam, Irfan terjaga. Dari posisi menelentang.. dia mula mengiringkan badan. Kini badannya betul2 menghadap pintu bilik depan tandas. Masa tu juga dia ternampak ada sesuatu yang sedang berdiri menghadapnya.. membelakangkan cahaya lampu tandas. Benda itu berbungkus putih.. berendoi2 ke kiri dan ke kanan. Mukanya tidak jelas tapi dia tau 'benda' itu sedang memandangnya.

Adik aku berpaling ke arah bertentangan dan cuba kembali untuk tido walaupun dia tahu dia tak mampu lagi untuk tido bilamana sesuatu yang biasa menjadi buah mulut orang untuk menakutkan orang lain.. kini berada di belakangnya..

**********

Tu antara kes2 yang sempat aku ceritakan. Ada banyak lagi cerita, tapi tak boleh la aku cerita lebih2. Kang aku takde idea nak buat entry. Bila korang ada peluang untuk ke kampung aku, datang la ye. Aku sangat mengalu2kan kalau korang sudi bertandang di sini. 

Jangan lupa kalau korang lalu Jasin, singgahlah Kampung Seri Mendapat ye. Manala tau korang boleh menimba 'pengalaman' baru di situ kan? heheheheee~

Rumah nenek aku yang sunyi ditinggalkan kerana nenek aku kini menumpang di rumah anak2nya di sekitar Melaka




P/s : Meremang gak aku nak abiskan entry ni

Hadiah Dari Cinta

2:01 PM


Cinta merenung nasibnya di gigi air. Sesekali air berkocak ditiup bayu yang kuat menghembus. Matanya pula berkaca sejak semalam. Dari kejauhan ditatap wajah kekasihnya dalam2. Wajah polos itu penuh gembira di samping seseorang yang belum pernah dilihatnya sebelum ini. Itukah yang dia maksudkan jodoh tempohari?

'Cinta nak tau sesuatu tak?', sapa Rizal sambil mengusap lembut tangannya. Cinta hanya membisu, sesekali rambutnya dibelai.. terasa asyik. Cinta merapatkan kepalanya di sisi Rizal.

'Hujung minggu ni Rizal akan menikah', ujar Rizal. Berderau darahnya. Cinta memandang mata Rizal dalam2. Kenapa semudah itu dia melafazkan tanpa langsung ada rasa bersalah? Kenapa ianya harus terjadi tatkala dirinya benar2 memerlukan seorang lelaki seperti Rizal. Lantas Cinta meluahkan perasaannya.. marah geram semuanya bercampur baur. Namun Rizal hanya diam sambil mendengar.. langsung tiada respon. Genggaman tangan Rizal lantas dilepaskannya. Tiada apa lagi untuknya di situ. Cinta lantas pergi meninggalkan Rizal terpinga2 keseorangan. Benar Rizal bukan pilihan keluarganya tapi setidak2nya Cinta masih lagi mencuba. Tidak sangka yang Rizal mudah mengalah semudah itu. Ternyata Rizal terlalu ampuh dengan dugaan.

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Majlis resepsi yang bakal berlangsung kelihatan sangat gah walaupun tanpa kehadirannya. Cinta tahu dirinya bukan lagi sebahagian daripada hidup Rizal, tapi itu bukan bermakna yang mereka langsung tidak boleh berhubung antara satu sama lain. Cinta sudah mampu terima hakikat yang Rizal bukan jodohnya. Dari balik pintu utama kelihatan kelibat lelaki yang cukup sinonim dengan dirinya menghampiri dirinya dari kejauhan.

'Cinta.. kemana Cinta pergi? Tau tak yang Rizal bimbangkan Cinta?', kata2 Rizal itu hampir2 meruntun jiwa kewanitaannya tapi dia masih mampu mengawal. Cinta mengukir senyum. Dia singgah pun semata2 untuk mengucapkan tahniah.. tidak lebih dari itu.


Rizal ke dalam dan seketika kemudian dia kembali mendapati Cinta. Di tangannya ada sesuatu, sesuatu yang benar2 bermakna buat dirinya. Pemberian Rizal itu jelas membuktikan yang Rizal tak pernah melupakannya walaupun dia bakal bergelar suami orang bila2 masa sahaja.

'Nah Cinta, memandangkan hari ini merupakan hari bahagia Rizal.. Rizal up ikan jadi 3 ekor. Mesti Cinta lapar kan?'

Cinta tak fikir panjang, dia lantas meratah ikan yang diberi Rizal. Sebab tu la Cinta sayangkan Rizal.. Rizal tak kedekut macam adik2nya yang lain. Bagi kepala ikan.. kadang2 bagi lipas. Ada ke bagi kucing makan lipas??

Cinta sempat mengucapkan terima kasih sebelum beredar. Rizal pula hanya tersenyum tatkala mendengar Cinta mengiau..kenyang mungkin. Rizal kembali mencari bakal isterinya di dalam. Sementelah elok Rizal berpaling, Cinta sempat men'cret'kan tayar kereta bakal isteri Rizal sebagai hadiah perkahwinan mereka berdua, tak lain tak bukan hanya akan meninggalkan bau hancing, hamis dan bacin barang sehari dua.

Tamat.


P/s : Dah lama aku tak buat cerkon. Next cerita hantu :)

Uh-Uh Panggilan Misteri Oh Seramnyaa~

11:35 AM


As salam,

Uh-uh pada hadapan tajuk tu aku selitkan sebab tetiba aku teringatkan Sin Chan. Dia kan suka mendengus cenggitu sambil buat tarian gajahnya tu. Tarian gajah sangat comel dibuat oleh budak kecik macam dia, tapi kalau orang dewasa macam aku buat cenggitu mau orang declare gila! *tanak la bayang lebih2 kang batal pose aku

Okey berbalik pada cerita asal. Cerita ni agak seram.. seseram ayam serama. Selama ni aku tak pernah dengar pasal wife aku diganggu, melalui sms ataupun panggilan telefon. Tapi hari tu, seingat aku malam Jumaat. Dia sensorang kat dapur.. sedang menyusukan Jasmeen. Aku plak baru baik dari pasar malam. Tetiba wife aku panggil2.. dia kata since aku keluar tadi,dia kerap dapat panggilan telefon. Dia tak pasti siapa, tapi macam biasa dengar cuma terketar2..

Aku tanya kenapa tak inform mak atau abah aku. Dia bagitau mak aku solat, abah aku plak on call. Sape plak yang koling memalam cenggini. Teringat plak bila mak aku pesan, wife dalam pantang.. jangan keluar malam2. Ada benda mengikut. Tapi sebelum masuk aku ikut petua ustaz2. Sebelum masuk bagi salam, baca ayat Qursi, ludah ke kiri 3 kali. Ludah aku tu pun kalau disukat dah boleh buat basuh kaki dah!

Tetiba enset wife aku berdering, ada panggilan masuk. Aku angkat.. senyap. Bunyi angin menderu kuat.. sesekali dengar suara halus mengilai. Meremang bulu tengkuk aku. Belum sempat aku letak, tetiba aku dengar suara garau di hujung talian..

'Eee..Haji Banuri?'

'Eh sape ni? Sape Haji Banuri?', kata aku tersangkut2.

'Saya nak cakap dengannyaaa..', suara lelaki itu berselang seli dengan hilai tawa sesuatu yang lain..

Dalam suasana yang seram sejuk tu tetiba aku dengar suara lain. Macam aku kenal, aku menjengah ke ruang tamu. Nampak mak aku di situ..

'Abang tolong beli kelapa sebijik', tetiba aku dengar suara mak aku dalam talian.

Cecepat aku ke depan, abah aku masih on call. Tapi suara dia skema2 je. Terkemut2. Kat tivi plak tayang cerita hantu melayu plak. Nah! Dah sah la rupa2nya abah aku yang kol wife aku. Sebenarnya dia nak kol kawan dia, tapi nombor lupa nak save. Abis semua nombor dia dail tanya Haji Banuri.. Haji Banuri. Nombor wife aku pon dia takde.

Mystery revealed at last. Misteri la sangat. Kalau aku tau abah aku yang kol.. dah lama aku pekenakan dia kahkahkah. Siap berlatarbelakangkan sore hantu tu yang aku tak menahan kahkahkah :D