Curang

Salam

Aku ngah kursus seminggu kat Perak ni. Korang faham sangat bila mengadap lecture dari pagi ke petang.. dengan hujan lagi. Adoyai boleh hasil sekati taik mata bawak balik opis. Tapi bukan tu yang aku nak cerita..

Aku nak tanya.. adakah menjadi kebanggaan lelaki jika mereka berjaya curang dengan pasangan. Apatahlagi bila lelaki itu sudah berstatus suami orang. Hmm ni bukan benda baru pada aku.. tapi kat sini rancak dibualkan.

Bini terlalu percaya, bini terlalu sayang, skandal, perkenalan di laman sosial, seks rambang.. semua tajuk ada. Aku dengar pun dh rasa malu.. tapi yang bercerita? Ada riak bangga lebih2 lagi bila orang keliling yang mendengar memberi perhatian dan respons yang positif. Cerita buat seks dengan wanita lain di belakang isteri macam makan kuaci je!

Bangga kot dapat curang bilamana setiap perbuatan mereka tak dapat dihidu isteri. Aku lelaki, aku tak nafikan bila kadang2 fikiran kita agak nakal memikirkan sesuatu selain isteri tetapi tak sampai hingga meluahkan kepada khalayak ramai tanpa segan silu, apatahlagi sehingga hubungan dalam kelambu!

Aku takde banyak pengalaman pasal benda alah ni. Mintak2 la dijauhkan dari keluarga aku. Sebagaimana aku pernah sakit dicurangi.. aku pasti wife aku rasa yang sama sekiranya aku curang. Kenapa aku perlu curang sedangkan wife aku tak pernah buat begitu pada aku?

Aku dengarkan dan senyum je la. Mungkin sedikit impressed tapi selebihnya aku cuma nampak lelaki tua kurang matang yang bercakap seolah2 takde iman.

21 Comments

  1. aku tak reti komen part curang..sebab aku ada laki dan laki aaku ada aku.

    soon tak tahu apa yang jadi.cuma berdoa agar aku tak terlibat dlm episode kecurangan.


    baca/dgr pun ngeri kalah baca/dgr cerita serammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun cuak.skrang mungkin xrasa tapi akan dtg aku pun tatau.doakan yang baik2 je la

      Delete
  2. Buat apalah nak curang klu dah ada isteri @ suami yg halal..buat tambah dosa je.. kena ingat akhirat skit..huhu..
    moga kita dijauhkan dr perangai2 tak elok ni...:)

    ReplyDelete
  3. kdg2 org macam tu sembang je lebih..
    tengok2 takut bini.. hehe..
    semoga kita semua dijauhkan dari episod kecurangan ini.. :)

    ReplyDelete
  4. entahlah sy pun no komen tapi sungguh sy benci dengan insan+ yang curang ni tak kira la laki ke pompuan...tak suka..fullstop!

    ReplyDelete
  5. paling takut skali kot kalau tahu suami curang.. macam kita pompuan nie tak cukup bagus plak . . haissh.. dah tu wat pa p menikah kalau tau tak cukup bagus..


    paling senang pon jgn lah dok p citer kat orang.. bukan perkara yang boleh dibangga kan pon .. haiiisshh


    ReplyDelete
  6. mohon ditetapkan iman yang kuat buat diri sendiri...kata orang'tepuk dada tanyalah iman'...betul tak zal?

    ReplyDelete
  7. mintak dijauhkan la..perkara yang tak baik elok dijauhi sebelum melarat kan..sebelum ada masalah baik jangan cari pasal kan..moga rumah tangga aman damai je tanpa skandal or curang bagai ni..

    ReplyDelete
  8. curang,perkara yg paling dibenci dlm hidup sy..dari curang tu lah pelbagai masalah lain akan timbul..nauzubillah,minta dijauhkan sikap tu dari kami sekeluarga..

    ReplyDelete
  9. Ntah la tak tau nk ckp mcm mane...hnya yg suke blaku curang yg bleh jwb kot..hahaha

    ReplyDelete
  10. Sakit nya hati kalau dapat teman y tak setia curang macam tu..

    ReplyDelete
  11. Sakit nya hati kalau dapat teman y tak setia curang macam tu..

    ReplyDelete
  12. well, ade kwn dgn laki ni asyik kutuk perempuan tak cantik je...dh bygkan kalo ade isteri mls mekap hodoh sikit je mesti curang ni aishhh

    ReplyDelete
  13. hang gi dgr org wat presentation bertajuk "curang" ke?

    ReplyDelete
  14. Mcm mana plak..kalau suami org yg bermsg dgn perempuan lain?time tuh always lelaki tuh ckp sal nak cri isteri lgi yg noleh bg dia zuriat...

    Sbb si lelaki ni inginkan anak perempuan..skg dia ada 3 org anak...
    Itu dikira curang ke?? Sbb iseri pertma da xboleh pregnant lgi..

    ReplyDelete
  15. Mcm mana plak..kalau suami org yg bermsg dgn perempuan lain?time tuh always lelaki tuh ckp sal nak cri isteri lgi yg noleh bg dia zuriat...

    Sbb si lelaki ni inginkan anak perempuan..skg dia ada 3 org anak...
    Itu dikira curang ke?? Sbb iseri pertma da xboleh pregnant lgi..

    ReplyDelete
  16. Mcm mana plak..kalau suami org yg bermsg dgn perempuan lain?time tuh always lelaki tuh ckp sal nak cri isteri lgi yg noleh bg dia zuriat...

    Sbb si lelaki ni inginkan anak perempuan..skg dia ada 3 org anak...
    Itu dikira curang ke?? Sbb iseri pertma da xboleh pregnant lgi..

    ReplyDelete
  17. uuu jom teman i malam ni...wife i kat kg..i khusus kat sni smggu..

    amboii laki2..hem..kan bagus kerat 'kelakian' nya tuh..curang tul!

    ReplyDelete