Hadiah Dari Cinta


Cinta merenung nasibnya di gigi air. Sesekali air berkocak ditiup bayu yang kuat menghembus. Matanya pula berkaca sejak semalam. Dari kejauhan ditatap wajah kekasihnya dalam2. Wajah polos itu penuh gembira di samping seseorang yang belum pernah dilihatnya sebelum ini. Itukah yang dia maksudkan jodoh tempohari?

'Cinta nak tau sesuatu tak?', sapa Rizal sambil mengusap lembut tangannya. Cinta hanya membisu, sesekali rambutnya dibelai.. terasa asyik. Cinta merapatkan kepalanya di sisi Rizal.

'Hujung minggu ni Rizal akan menikah', ujar Rizal. Berderau darahnya. Cinta memandang mata Rizal dalam2. Kenapa semudah itu dia melafazkan tanpa langsung ada rasa bersalah? Kenapa ianya harus terjadi tatkala dirinya benar2 memerlukan seorang lelaki seperti Rizal. Lantas Cinta meluahkan perasaannya.. marah geram semuanya bercampur baur. Namun Rizal hanya diam sambil mendengar.. langsung tiada respon. Genggaman tangan Rizal lantas dilepaskannya. Tiada apa lagi untuknya di situ. Cinta lantas pergi meninggalkan Rizal terpinga2 keseorangan. Benar Rizal bukan pilihan keluarganya tapi setidak2nya Cinta masih lagi mencuba. Tidak sangka yang Rizal mudah mengalah semudah itu. Ternyata Rizal terlalu ampuh dengan dugaan.

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Majlis resepsi yang bakal berlangsung kelihatan sangat gah walaupun tanpa kehadirannya. Cinta tahu dirinya bukan lagi sebahagian daripada hidup Rizal, tapi itu bukan bermakna yang mereka langsung tidak boleh berhubung antara satu sama lain. Cinta sudah mampu terima hakikat yang Rizal bukan jodohnya. Dari balik pintu utama kelihatan kelibat lelaki yang cukup sinonim dengan dirinya menghampiri dirinya dari kejauhan.

'Cinta.. kemana Cinta pergi? Tau tak yang Rizal bimbangkan Cinta?', kata2 Rizal itu hampir2 meruntun jiwa kewanitaannya tapi dia masih mampu mengawal. Cinta mengukir senyum. Dia singgah pun semata2 untuk mengucapkan tahniah.. tidak lebih dari itu.


Rizal ke dalam dan seketika kemudian dia kembali mendapati Cinta. Di tangannya ada sesuatu, sesuatu yang benar2 bermakna buat dirinya. Pemberian Rizal itu jelas membuktikan yang Rizal tak pernah melupakannya walaupun dia bakal bergelar suami orang bila2 masa sahaja.

'Nah Cinta, memandangkan hari ini merupakan hari bahagia Rizal.. Rizal up ikan jadi 3 ekor. Mesti Cinta lapar kan?'

Cinta tak fikir panjang, dia lantas meratah ikan yang diberi Rizal. Sebab tu la Cinta sayangkan Rizal.. Rizal tak kedekut macam adik2nya yang lain. Bagi kepala ikan.. kadang2 bagi lipas. Ada ke bagi kucing makan lipas??

Cinta sempat mengucapkan terima kasih sebelum beredar. Rizal pula hanya tersenyum tatkala mendengar Cinta mengiau..kenyang mungkin. Rizal kembali mencari bakal isterinya di dalam. Sementelah elok Rizal berpaling, Cinta sempat men'cret'kan tayar kereta bakal isteri Rizal sebagai hadiah perkahwinan mereka berdua, tak lain tak bukan hanya akan meninggalkan bau hancing, hamis dan bacin barang sehari dua.

Tamat.


P/s : Dah lama aku tak buat cerkon. Next cerita hantu :)

6 Comments

  1. Ceehhh kucing rupanya. By the way memang best cerita ni. Cerita seram pun dah lama tak kuar. Waiting for it :D

    ReplyDelete
  2. hahah..
    hampeh..
    siap mencret lagi tu...nama kemain segak..
    tapi kuang sopan rupanya..

    ReplyDelete
  3. heh..ingatkan truly deeply cinta..si kucen rupenye..

    ReplyDelete
  4. ceh...org da emo..sedih+..tup+ kucing rupanya huhu

    ReplyDelete