Kisah Alam Angker : Selamat Datang Ke Seri Mendapat

3:44 PM


As salam,

Sapa la yang tak suka balik kampung kan? Lagi2 bila tiba cuti sekolah, musim perayaan dan musim buah2an bagi yang ada kebun. Lawat atuk nenek, sedara mara.. sahabat handai. Seronok bila mak abah decide nak balik kampung. Tapi bukan aku.. bukan adik beradik aku dan mungkin sedara mara jugak. Mungkin ada yang berikan alasan kerjaya atau kesuntukan masa.. tapi siapa tahu mereka juga ada alasan sebaliknya yang kadang2 tak boleh diterima logik akal. Macam tu la juga aku.

Kampung aku seronok bagai dikata tapi mungkin ada yang lebih 'menyeronokkan' kalau korang juga berpeluang melawat kampung aku :) Kalau nak tau teruskan baca apa yang cuba aku sampaikan di bawah ni..

KES 1 : Saya Di Luar Bang

Aku ada cerita dalam entry terawal dulu. Kisah Pak Teh aku. Masa ni aku di tingkatan lagi rasanya. Dia pun bujang lagi, duduk ngan nenek aku. Baru sampai rumah.. dari tempat kerja. Dalam dia duk layan rancangan tv, tetiba telefon berbunyi (time ni guna telefon rumah je). Lokasi telefon di bahagian ruang tamu depan, bersebelahan dengan tingkap menghadap laman.

Panggilan dari seorang perempuan yang Pak Teh aku sendiri tak kenal siapa. Banyak kali Pak Teh aku meneka tapi semuanya meleset. Tapi perempuan itu kata dia kenal sangat ngan Pak Teh aku. Bila keadaan semakin rumit dan kusut.. akhirnya perempuan tu mengalah. Dia lantas suruh Pak Teh aku bukak tingkap..

Bila Pak Teh pandang ke luar, dia melihat sesusuk tubuh berbaju putih lusuh sedang berbuai2 di dahan pokok kuinin depan laman. Susuk tubuh itu menyeringai, mengilai sebelum terbang dari situ..

KES 2 : Gadis Warung Kopi

Cerita ni aku dengar dari pakcik aku. Kes kawan dia.. time tu baru balik dari kerja. Dari simpang depan sebelum sampai ke kawasan kampung merupakan jalan lurus.. yang mana kiri kanannya adalah hutan simpan semata2. Takde lampu jalan. Korang boleh bayangkan sendiri kalau korang lalui jalan itu sendirian waktu malam, hanya boleh bergantung pada lampu kenderaan sendiri sahaja.

Kerja shif petang, baliknya malam. Memandangkan dia merupakan penduduk kampung di situ, jadi tak berapa nak ralatla bila balik bergelap macamtu walaupun banyak cerita bukan2 yang dia dengar. Malang sikit malam tu sebab dia terpaksa pulang seorang.

Semasa melalui jalan lurus menuju ke kampung, dia mula rasa yang motornya semakin lama.. semakin berat seperti ada sesuatu yang menarik atau duduk di tempat duduk pembonceng. Dia tau kejadian itu bukan sesuatu yang biasa berlaku padanya dan diaa dapat rasakan memang ada 'sesuatu' di belakangnya. Jangankan berhenti, menoleh di side mirror pon dia tak mahu. Dia kuatkan semangat dan keadaan itu berakhir tatkala dia mula tiba di hujung jalan.

Dia mengambil selekoh kanan di simpang tiga hujung jalan. Di situ dia sempat melewati kedai kopi Pak Ya dan ternampak seorang wanita sedang menunggu seseorang. Dia menegur sambil kelajuan motosikalnya diperlahankan, mana tau dia kenal wanita terbabit. Bila saja wanita tersebut mengangkat muka.. dia terus memulas tombol minyak laju kehadapan tanpa berpaling2 lagi ke belakang.

Apa yang dia nampak? Wanita yang memandangnya itu tiada muka!!

KES 3 : Apa Yang Ada Di Situ?

Kes adik bongsu aku, time tu dia baru tingkatan 2.. aku rasa. Aku dan keluarga pun ada sama sewaktu kejadian. Tabiat nenek aku dia akan padamkan semua lampu rumah dan sekitar rumah jika dia tinggal seorang. Bila kitorang sampai, jam dah pun menunjukkan pukul 11 malam. Permandangan sekitar laman rumah nenek aku semuanya kelihatan samar, hanya diterangi cahaya bulan. Selain bunyi suara kami, apa yang aku dengar suara katak yang bersahut2 di pangkin belakang.

Ni la pangkin yang aku maksudkan di belakang rumah nenek aku

Dalam pada masa abah aku nak buka pintu rumah, adik aku atau senang aku panggil Dira terus menyusup berada di depan pintu. Dia tak cakap apa2..sebab aku pun tau dia memang penakut orangnya. Bila masuk ke dalam rumah pun dia diam sehingga abah aku buka semua lampu.

Dia menghampiri aku dan perlahan dia bagitau.. ada perempuan di sebalik pokok pisang seberang jalan melambai2 ke arahnya!

KES 4 : Siapa Di Sana?

Ni plak kes adik aku yang ketiga, Irfan. Nak kata dia berani.. takde la sangat. Tapi kes ni buatkaan dia taknak balik kampung lebih2 lagi yang melibatkan bermalam di sana. Cakap je nak bermalam.. kompom dia tarik diri awal. Kami sekeluarga tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dia sehingga suatu hari tu dia bukak cerita pada angah aku.

Ada satu malam, kami bermalam di sana. Akibat bilik tiada kipas, jadi kami masing2 tido berselerakan. Aku biasanya akan tido di bahagian ruang tengah bersama Angah, Dira, mak dan abah. Kitorang tarik tilam dari dalam bilik ke luar. Irfan tido asing.. dia tido di katil nenek aku memandangkan nenek aku tido dalam bilik lain.

Bilik nenek aku menghadap tandas dan situ je la satu2nya lampu yang dibuka pada waktu malam. Mungkin mudah untuk orang nak ke tandas. Malam tu sekitar jam 11 malam, Irfan terjaga. Dari posisi menelentang.. dia mula mengiringkan badan. Kini badannya betul2 menghadap pintu bilik depan tandas. Masa tu juga dia ternampak ada sesuatu yang sedang berdiri menghadapnya.. membelakangkan cahaya lampu tandas. Benda itu berbungkus putih.. berendoi2 ke kiri dan ke kanan. Mukanya tidak jelas tapi dia tau 'benda' itu sedang memandangnya.

Adik aku berpaling ke arah bertentangan dan cuba kembali untuk tido walaupun dia tahu dia tak mampu lagi untuk tido bilamana sesuatu yang biasa menjadi buah mulut orang untuk menakutkan orang lain.. kini berada di belakangnya..

**********

Tu antara kes2 yang sempat aku ceritakan. Ada banyak lagi cerita, tapi tak boleh la aku cerita lebih2. Kang aku takde idea nak buat entry. Bila korang ada peluang untuk ke kampung aku, datang la ye. Aku sangat mengalu2kan kalau korang sudi bertandang di sini. 

Jangan lupa kalau korang lalu Jasin, singgahlah Kampung Seri Mendapat ye. Manala tau korang boleh menimba 'pengalaman' baru di situ kan? heheheheee~

Rumah nenek aku yang sunyi ditinggalkan kerana nenek aku kini menumpang di rumah anak2nya di sekitar Melaka




P/s : Meremang gak aku nak abiskan entry ni

You Might Also Like

16 comments

  1. errr..nasib baik rumah nenek aku kat Pulau sebang..kalau tak..kompom Raya tahun depan aku tak balik.

    kat kampung aku pun ada jugak mesteri2.tp aku tak berani cerita nanti 7 keturunan aku tak leh lupa.

    btw, palaing seran adalah KES 1. ishhh phobia nak angkat tepon Opis ni...

    ReplyDelete
  2. Err..kalau dah bende tu asik tengok je mana tak seram!..ohh kampung afzal kat jasin eh?tak penah dengar lak name tempat tu...dulu fiza sekolah kat SMKJasin,dok kat taman maju tapi macam tak tahu lak nama kampung afzal tu..

    ReplyDelete
  3. aaiisshhh xbaca rasa nak baca, dh baca, nk bca smpai titi k akhir,..aaaiishhh seram ooiii, konpem mlm ni tido bukak lampu.

    ReplyDelete
  4. Afzal,

    Ok..memang okey kalau jd blog cerpen ..novel..sebab cerpen sebab aku sanggup baca darin episod 1 sampai 13 e novel ko..lagi pun susunan ayat best !try..tak cuba tak tahu kan..aku tolong promote...

    ReplyDelete
  5. akak bkn jenis penakut kut hehe...tgk filem seram pun boleh gelak2...

    ReplyDelete
  6. kalo rumah nenek tok turut ditinggalkan kini makin byk lah port dorg huhu

    ReplyDelete
  7. fiza : entah2 kg afzal sbnarnya mmg tak wujud! seram tak huhu

    ReplyDelete
  8. kalau singgah memang mendapat la korang..heheeh

    ReplyDelete
  9. ok...baca cerita pertama terus tak nak baca dah..seram~

    ReplyDelete
  10. seram betul baca cerita sampai habis...

    ReplyDelete
  11. Fuhhh!!1 meremang gak cheq baca..

    Mcm2 pengalaman ye..

    ReplyDelete
  12. kes irfan n kat pokok pisang tuh seram..leh lak dok lambai2..mcm kes adik mas masa kecik bagitahu mas lalu kat kubur masa tghri naik basikal,dia kat blkang bagitahu de sorg prmpuan baju putih lambai2 kat dia.sdgkan masa tuh,mas ngan adik je time tuh,sesat pusing2 kat kubur tu gak.

    ReplyDelete
  13. salam pemilik blog. rumah nenek tu skarang still kosong ka? kalau utk disewa boleh sms saya. 0195413552

    ReplyDelete
  14. Sekarang dekat seri mendapat dah ada Kampus UiTM jasin.. alhamdulillah.. tmpt tu kurang jadi bnde2 pelik sebab jln situ makin crowded dgn pelajar keluar masuk.. tpi still berwaspada kawan2

    ReplyDelete