'> Ok Ni Bebetul Seram | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, September 24, 2013

Ok Ni Bebetul Seram


As salam,

Aku plan nak sambung cerita hantu yang aku buat tempohari, tapi aku terpaksa dahulukan entry ni. Ada sesuatu yang aku musykil.. dan aku sendir dah merasakan ke'angkeran'nya. Hmm.. korang selawat dan istighfar la bebanyak ye.

Malam Sabtu hari tu aku berjaya siapkan Kisah Alam Angker : Puaka Nek Simah. Aku start menaip area pukul 9 malam dan 12 ke 12.30 malam aku habiskan cerita. Aku published macam biasa. Then aku layan online game sebelum tido.. Ok sekarang aku masuk tajuk utama :)

Dalam pukul 1- 1.30 pagi sebelum aku tutup lappy, aku check jap blog aku. Pada sisi blog aku terdapat traffic feed yang mana aku boleh lihat siapa yang datang blogwalking ke blog aku. Kat traffic feed tu aku nampak ada satu link yang familiar. Blogger gak, dia memang follower blog aku since aku start berblogging 2 tahun lepas. Kira pioneer reader la..

Tapi yang tak bestnya, setahu aku blogger tu dah arwah kira setahun lepas akibat kemalangan jalanraya. Kejadian itu disahkan oleh abangnya sendiri. Tangan aku plak gatal pegi klik link blog dia.. makin angker bila blog dia kosong, takde entry, takde link ke blog aku (kot2 orang lain boleh terus link dari situ). Yang ada cuma phrase yang memaklumkan owner blog dah kembali ke rahmatullah beserta header blog yang errr (kalau aku tengok sensorang memalam.. ai boleh rasa gambar dia pandang aku!)


Maaf aku terpaksa hide link blog bagi menjaga nama dan aib


Seram beb memang seram. Pukul 1 pagi benda ni berlaku. Heh bila jadi macamni, makin rancak plak idea aku nak hasilkan entry. Arwah datang baca entry aku ke? Ok bulu roma aku naik meremang sekarang!

Aku tak pasti adakah ini kebetulan. Arwah memang silent reader blog aku sejak dulu, tak tau la sekarang macamana. Erk! Aku cuma mampu sedekahkan Al Fatihah semoga roh arwah tenang di sana. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku? Bila berlaku perkara seperti ini, semakin aku positif dan bersemangat untuk berblogging.

Al Fatihah..

13 comments:

  1. Aku blur...tapi menurut kata ko ni..kalau org yng sudah tiada..tapi tetiba baca blog ko..memang angker!.

    Afzal ko taknak siasat secara mendalam lagi ke..ishhh..memandai je aku.

    Ak Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  2. erk..betul betul silent readers ni afzal..xseram ke?

    ReplyDelete
  3. macam tau je blogger yang mana satu..tapi memang seram la..

    ReplyDelete
  4. hooii meremang bulu roma,...huk3
    smga roh dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  5. Ok..tarik selimut...ini mmg sgt terlampau.....

    ReplyDelete
  6. Ini la baru silent reader...reading while already being silence forever.. ⊙ω⊙

    ReplyDelete
  7. Bang long. aku gigih betul baca memalam entry kau nie. memang seram der... adoi... agak2 dia baca x komen aku nie?

    ReplyDelete
  8. Sama2 sedekahkan Al-fatihah kalau dia seorang muslim

    Singgah dari arzmoha.com

    -saya masih hidup-

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com