Uh-Uh Panggilan Misteri Oh Seramnyaa~


As salam,

Uh-uh pada hadapan tajuk tu aku selitkan sebab tetiba aku teringatkan Sin Chan. Dia kan suka mendengus cenggitu sambil buat tarian gajahnya tu. Tarian gajah sangat comel dibuat oleh budak kecik macam dia, tapi kalau orang dewasa macam aku buat cenggitu mau orang declare gila! *tanak la bayang lebih2 kang batal pose aku

Okey berbalik pada cerita asal. Cerita ni agak seram.. seseram ayam serama. Selama ni aku tak pernah dengar pasal wife aku diganggu, melalui sms ataupun panggilan telefon. Tapi hari tu, seingat aku malam Jumaat. Dia sensorang kat dapur.. sedang menyusukan Jasmeen. Aku plak baru baik dari pasar malam. Tetiba wife aku panggil2.. dia kata since aku keluar tadi,dia kerap dapat panggilan telefon. Dia tak pasti siapa, tapi macam biasa dengar cuma terketar2..

Aku tanya kenapa tak inform mak atau abah aku. Dia bagitau mak aku solat, abah aku plak on call. Sape plak yang koling memalam cenggini. Teringat plak bila mak aku pesan, wife dalam pantang.. jangan keluar malam2. Ada benda mengikut. Tapi sebelum masuk aku ikut petua ustaz2. Sebelum masuk bagi salam, baca ayat Qursi, ludah ke kiri 3 kali. Ludah aku tu pun kalau disukat dah boleh buat basuh kaki dah!

Tetiba enset wife aku berdering, ada panggilan masuk. Aku angkat.. senyap. Bunyi angin menderu kuat.. sesekali dengar suara halus mengilai. Meremang bulu tengkuk aku. Belum sempat aku letak, tetiba aku dengar suara garau di hujung talian..

'Eee..Haji Banuri?'

'Eh sape ni? Sape Haji Banuri?', kata aku tersangkut2.

'Saya nak cakap dengannyaaa..', suara lelaki itu berselang seli dengan hilai tawa sesuatu yang lain..

Dalam suasana yang seram sejuk tu tetiba aku dengar suara lain. Macam aku kenal, aku menjengah ke ruang tamu. Nampak mak aku di situ..

'Abang tolong beli kelapa sebijik', tetiba aku dengar suara mak aku dalam talian.

Cecepat aku ke depan, abah aku masih on call. Tapi suara dia skema2 je. Terkemut2. Kat tivi plak tayang cerita hantu melayu plak. Nah! Dah sah la rupa2nya abah aku yang kol wife aku. Sebenarnya dia nak kol kawan dia, tapi nombor lupa nak save. Abis semua nombor dia dail tanya Haji Banuri.. Haji Banuri. Nombor wife aku pon dia takde.

Mystery revealed at last. Misteri la sangat. Kalau aku tau abah aku yang kol.. dah lama aku pekenakan dia kahkahkah. Siap berlatarbelakangkan sore hantu tu yang aku tak menahan kahkahkah :D

14 Comments

  1. saspen dah tadi.. ingatkan betul2 dah benda tu yang kacau.. rupanyaa...
    hahahah..

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.....memang menyeramkan.....

    ReplyDelete
  3. hadoii..ingatkan betul2 misteri..cuak dah tadi.

    ReplyDelete
  4. hahahh..bertuah punya anak..ada niat nak kenakan ayah..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum abam,

    meremang dah ni.
    fuhh. seram gileee! :D

    ReplyDelete
  6. Perghhh seram giler, kena pulak tengok kul berapa nih...

    ReplyDelete
  7. mesteri sangat...

    terus phobia dgr nama haji Banuri..



    hahhaa.

    ReplyDelete
  8. aku ingat haji banuri tu abah kau.....ha3

    ReplyDelete
  9. kahkahkah, ingt kn tok je yg lawak, bapak tok pon lawak jugak,..adesss, smpai dpt cucu pon no menantu xcam lg,..kih3. naseb xcri hj samuri. klu x bleh mkn sate. haha

    ReplyDelete
  10. misteri sunguh panggilan abah awak tu hehe...habis semua org terima panggilan misteri dia..

    ReplyDelete
  11. ohoho..memang seram...tegak bulu roma :D

    ReplyDelete