Bisa Gugur Jantung Gue #14

9:25 AM


KLIK SINI untuk episod sebelum

Man terus-terusan menghantar pesanan ringkas ke nombor telefon Ain, memberi seratus macam alasan dengan harapan Ain balas. Tidak kisahlah jika dia marah, geram waima maki hamun pun.. asalkan Ain balas. Itu lebih daripada apa yang dia harapkan. Tetapi peti mesejnya sunyi sepi. Mely di sisi pemandu sedari tadi bercerita.. cerita pasal apa pun dia tak berapa tangkap sangat. Ada la sesekali dia dengar pasal karipap, assignment.. dan kalau tak salah pasal buasir pun ada. Wah kemain macam-macam cerita ada!

Madu di tangan kananmu..
Racun di tangan kirimu..
Aku tak tahu manakah akan kau meghi kang fahaku..

Nada tersebut menjadi sengau tatkala tangan Man menekup corong speaker. Man mengintai Mely di sebelah. Mely memandang Man, ada sedikit terkedu. Terkejut gamaknya mendengar ringtone miliknya. Kenapa? Lelaki tak boleh layan dangdut? Kalau salah awal2 lagi di ikatnya si Hanif kat tiang katil. Kawan dia tu lagi teruk.. asal dengar dangdut kemain dia punya menari. Sesekali serupa buat tarian tiang pun ada dengan bulu kaki bersimpul-simpul. Sangat tak senonoh!

"Tak sangka Man layan dangdut", Mely tersengih. Man hanya tersipu-sipu malu.

"Tapi Man, Mely suka. Nampak kiut la hehe", Mely menutup mulutnya, menahan gelak kecil. Huh Man tak tau samada statement Mely tu ikhlas atau menganjingnya. Pandangannya tertumpu pada nombor awam yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Jantungnya berdegup kencang.. jangan-jangan itu panggilan daripada Ain. Peluh jantannya bertakung di atas bibir. Sengaja dibiarkannya bertakung, mana tau suatu hari nanti boleh dibiak ikan laga di situ. Ehh??

Sejurus kereta Mely berhenti di petak parkir, Man terus tergesa-gesa membuka pintu. Tak mahu terlepas utuk mengangkat panggilan Ain. Nak bercakap di dalam kereta.. malu. Malu sekiranya Mely dapat tahu situasi yang dihadapinya sekarang. Malu sekiranya dirinya di cop lelaki kacak pilihan wanita. Wah kemain jauh dia berangan!

"Salam Ain. Ain dengar penjelasan Man. Man mitak maaf sebab tak inform Ain awal-awal. Man keluar dengan Mely, dia ada masalah dengan boyfriend dia. Jadi sebagai AJK Pembimbing Rakan Sebaya yang bertauliah Man terpanggil untuk membantunya. Bukan apa Man risau sekiranya si Mely akan buat perkara bukan-bukan. Dia lemah sekarang.. lebih-lebih lagi hari ni 24 haribulan, minggu dia uzur. Mana tau kalau tetiba dia kena histeria plak? Dah nak kena berubat. Nak berubat bukannya dekat.. kena naik kereta dan harga minyak pun dah naik sekarang. Petang ni plak ada pembentangan bajet.. ", Man terus mengayat tanpa memberi peluang. Nampak tak? Nampak tak permainan yang dimainkannya. Dengan alasan kukuh dan menyeluruh seperti itu Man berharap Ain berlapang dada menerimanya.

"Ko ni dah kenapa Man?", Man terkedu. Suara itu seperti pernah didengarnya.. tapi di mana ye?

"Err.. ni mak ke?", Man meneka. Perlahan sahaja suara yang keluar dari halkumnya.

"Abis? Ko ingat Siti Nurhaliza? Ko mengarut apa Man oi? Ain la.. Mely la. Ko jangan macam-macam Man. Haa kang mak start kang mula la ko tak tahan!", kuat suara maknya di hujung talian. Dia sendiri masak dengan fiil maknya.. kalau mula membebel sampai ke sudah tak habis. Siap suruh telefon balik untuk sambung dengar dia bebel tu yang tak menahan.

"Err takde apa-apa la mak hehe", Man tak tahu nak cakap apa lagi. Malu bukan kepalang. Sekarang yang pasti dalam memori maknya akan terpahat lagi dua nama.. termasuk yang satu lagi di kampung. Oh stress!!

"Ko bila nak balik? Cuti semester bila?", tanya maknya.

"Lagi dua minggu mak. Kenapa?", tanya Man tenang. Dia tahu mesti maknya ada nak kata sesuatu.

"Nanti ko balik sekali dengan Yuni ye. Call Yuni tanya dia macamana.. Long Esah suruh ni. Ko jangan lupa Man! Oklah mak nak ke kebun cari pisang.. nak buat pengat. Ingat Man jangan nak macam-macam kat sana! Assalamualaikum", ayat maknya terhenti di situ.. senafas rasanya. Cepat dan pantas.. langsung tak berinya peluang untuk membalas. Itu sudah cukup memberi pengajaran kepada dirinya.. usah sesekali benarkan maknya membebel. Berpantun atau bersyair takpe.. bab tu maknya slow sikit.

Man memandang skrin telefon. Nombor telefon Yuni ada di depan matanya. Raut wajah gadis itu bermain-main di matanya. "Yuni lagi. Adoyai!"


**********

"Man. Are you there?", Mely menyapa. Melihatkan Man dari tadi termenung jauh membuatkannya tak senang duduk. Tiba-tiba rasa kekok.

"Er err sori Mely. Takde la, terfikir kampung. Mak saya call tadi", balas Man sambil tersenyum. Dia sendiri boleh terlupa yang dia bukan sendirian. Dia sekarang bersama Mely.

"Ye ke mak ni? Jangan-jangan girlfriend kot? Siapa? Tak nak kongsi cerita dengan saya?", Mely menyakat. Man tersengih. Ye, bukan maknya yang dia fikirkan sekarang.. tetapi Ain. Sesekali dia memandang skrin telefon bimbitnya dengan harapaan adalah panggilan masuk daripada orang yang diharapkannya itu.

"Airnya encik", mereka disapa. Man tersenyum dan mengangkat pandangan. 

"Ain??"

Dilihatnya Ain sedang berada di hadapannya, menghulurkan secawan kopi o kaw yang dipesannya sebentar tadi berlalu. Man terkedu. "Apa yang Ain buat di sini?",getus hatinya.

Pada masa yang sama Ain berlalu, seorang cleaner lelaki datang menghampiri meja mereka dengan troli. Mengambil bekas-bekas makanan yang terbiar di atas meja. Lelaki itu memandang Man sambil tersenyum. 

"Erk Ain!!", terpacul akhirnya nama yang ditahan-tahan dalam benaknya itu. Tetapi kenapa Ain yang berada di hadapannya berjambang dengan susun atur bulu hidung yang tidak teratur?

Man melihat sekeliling.. semua orang yang dilihatnya adalah Ain. Daripada orang lalu lalang, bayi dalam stroller, budak jaga kaunter waima gambar poster di dinding pun semua menyerupai Ain. Kegilaan apakah yang dialaminya sekarang? Kenapa wajah Ain yang dilihatnya di mana-mana?

Man bingkas bangun dengan niat untuk ke tandas, tetapi tangannya ditarik oleh seseorang. Seseorang yang diabaikannya sedari tadi. Man memandang Mely dari jarak dekat. Kelihatan mata gadis yang berada di hadapan matanya berair. Pulak! Masalah apa pulak kali ni.

Man berbelah bahagi. Samada memilih untuk terus bersama Mely, menyelami masalahnya atau bergegas ke tandas untuk membetulkan parkir boxernya. Ops salah.. boxer Hanif. Dia tak tahu apa yang berlaku pada Hanif sekarang dan apa akan jadi sekiranya dapat tahu dialah orang yang telah menodai boxer tersebut. Jelas pada getah boxer tersebut tertulis 'Hanif wuz ere'.

Apa 'wuz ere?' Apakah Hanif dalam boxer yang dipakainya sekarang? Oh itu sangat menyeramkan!!


**********

Maya menguak pintu bilik sekembalinya dia dari fakulti. Dia melihat Ain terbaring di sisi katil. Dia menghampiri kawannya itu, kelihatan Ain sedang tidur. Secara tak sengaja matanya terbaca baris-baris ayat pada skrin telefon milik Ain. Maya sekali lagi menatap wajah mulus Ain. Wajah Ain kelihatan polos dengan mata sedikit bengkak membuatkan hatinya luluh.

Ain tak berhak terima semua ini. Maya banyak kali berkeras agar Ain fikir masak-masak bila mengenangkan yang dia mengambil keputusan untuk mahu kenal Man lebih rapat. Dengan fiil lelaki seperti Man, tak mustahil suatu hari nanti Ain akan makan hati berulam jantung. Dia sendiri pelik kenapa la jejaka bermasalah juga yang menjadi pilihan hati rakan sebiliknya itu? Sudahlah kenangan hitam bersama Fawwaz dahulu sebagai pengajaran.

Dia takkan benarkan pisang berbuah dua kali.

Sementalah itu Ain bermimpi. Dia merupakan seorang puteri, serba putih cuma berkain batik. Dikurung di atas menara yang megah, tinggi melangit. Dia akhirnya didatangi seorang putera dengan kuda gagah.. tapi katik. Kuda padi atau keldai dia sendiri musykil. Tak kisah la tu. Wajah putera itu kabur.. samar-samar dari kejauhan terlindung di balik cahaya mentari.. Ain tidak pasti siapakah gerangan putera berkenaan. Tetapi apa yang jelas, putera tersebut memakai boxer berwarna pink. Walau nampak jambu.. tapi dia pasti itulah putera idamannya.

Putera itu hanya memandang, memberi isyarat untuk datang kembali dan berlalu pergi. Meninggalkannya perlahan-lahan menuju ke ufuk Timur. Sangat perlahan sambil memberi signal tangan untuk berada di lorong paling kiri jalan. Mungkin masalah kuda atau masalah berat badan tunggangan kuda tersebut. Ah siapa peduli, itulah puteranya..



Ye.. putera idamannya dengan boxer pink..

Boxer pink..

Boxer pink polkadot putih..

"Putera idamannya bukan gay kan?" tetiba Ain tertelan air liur sendiri. Aksinya hanya ditertawakan oleh Maya yang sedari tadi memerhatikannya.

"Mengigau telan gigi palsu ke hape", berdekah-dekah Maya menyambung gelak melihat wajah Ain terkulat-kulat sambil tidur.

(Bersambung)








You Might Also Like

9 comments

  1. bro aku serius ni..dtg sini

    ReplyDelete
  2. next story please hehe..salam jumaat :)

    ReplyDelete
  3. ala to be continue pulakkk....


    komen juri : novel yang mengcengkam jiwa!!

    ReplyDelete
  4. makin rumit. kesian mak si man kat kampung. pasni nak kena hafal nama-nama bakal menantu lak...hehe. ok nextttt. tunggu bersambung. :D

    #dah habis ni..bukukan la. boleh pergi jauh ni apzal..siyes!

    ReplyDelete
  5. aiyaa..lom sempat nak feel cerita dah sambung lagi..siap ade pembentangan budget lagi tu..

    ReplyDelete
  6. alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....tgh syok baca bersambung lah.. eeeeeeee... ;) cepat2 sambungan... :D

    ReplyDelete
  7. Hihi nk tergelak baca
    tak sure samada ni novel seeious atau lawak :p
    Cepat sambunh k :p

    ReplyDelete