Mengorat Versi Purba

2:20 PM


As salam,

Teringat aku muda2 dulu.. zaman rambut sikat tepi. Tengok kutu2 jalan dok sweet awek2 kilang macam best2 je. Dah kira halus sangat dah bahasa tu. Modal tak payah mahal2.. susun ayat dua tiga kerat kompom dapat nombor telefon rumah punya.

"Assalamualaikum tak jawab dosa"

Ayat cliche yang sedia digunapakai sehingga abad akan datang insyaAllah.

अकेले हे? bermaksud "Hai sorang je?" setelah aku translate

Sekarang rambut aku belah tengah.. eh tak gak sebab rambut tengah aku dah jarang. Daripada atas kepala sampai ke kaki dah penuh bulu tak terkata. Tak tersangka plak masih ada orang ngorat gaya2 Flintstone. Provoke secara kasar dan kalau boleh nak bagi semua orang dengar. Kalau tak dengar.. boleh request, akan dibuat ulang suara. Eh aku tak terhibur pon dengar ko ngorat cenggitu.

Come on la ni ngorat cara apa ni? Aku sebagai lelaki, aku yang berada berhampiran pon naik malu. Ye la yang pompuan tu plak dok asyik pandang aku mintak simpati. For sure dia sendiri pon malu. Apekehey la orang ngorat cenggini.. macam orang nak bergaduh!

Step by step la der. Lebih sivik dan normal sebagai manusia biasa. Ada adat dan cara yang lebih sopan. Start with short introduction, chit chat.. atau mungkin dengan senyum dulu. Alahai benda simple pon aku nak ajar. Ko lelaki, umur pun bukan kanak2 lagi.. cuba matang sikit. Jangan jatuhkan maruah sendiri. Dari situ orang dah boleh judge ko. Cenggini cara ko mengorat, ada harapan tak berzuriat ko sampai mati!

Ini sekadar nasihat. Kita bukan di zaman batu. Nak mengorat pon kena ada SOP ok!

(SOP stand for Standard Operating Procedure)

You Might Also Like

14 comments

  1. hehehe..

    emangnya kita dah kembali ke zaman batu .

    batu pun dah dinaik taraf...

    cuma batu dalam kepala hotak je yang makin beranak..sebab tu bebal macam batu.

    pss: rasa komen aku ada kena mgena tak?

    ReplyDelete
  2. Zaman dolu2 yang sweet... siap ada SOP utk mengorat ya...ahaha..:P

    ReplyDelete
  3. ada ke pompuan yang terpikat kalau gitu??

    ReplyDelete
  4. Hehehe...kelakar entri ni. Nak mengurat pun kena guna SOP kan ?
    Changih, changih.

    ReplyDelete
  5. hahaha lagi satu

    awak skrg pukul berapa?
    -padahal jam ada kat tgn. nmpak dak permainan dia.

    ReplyDelete
  6. zaman dah canggih,megorat pun kena upgrade jugak kan..

    ReplyDelete
  7. Aku rasa ko la yg kena jadi penyelamat lelaki2 loser yg mengorat guna cara zaman flinstone tu. Pekata ko buat SOP utk dijadikan pedoman oleh mereka. hehe.

    ReplyDelete
  8. hm.. tak perlu lah kot ngorat cara cmtu. xgentleman.

    ReplyDelete
  9. betul tu kena ikut step by step

    baru org x jelek kan ;)

    p/s: salam kenal :)

    -xoxo-
    S

    ReplyDelete
  10. ahahaha....SOP lagi..betul3... :D

    ReplyDelete