Raya Dengan Syarat


As salam,

Selasa minggu depan dah raya haji
Aku dah janji ngan wife nak balik Rompin
Kereta nak kena servis, minyak hitam nak kena tukar
Dalam RM70 anggaran
Duit minyak RM150 pegi balik
Duit tol RM20 cukup kot sebab aku lalu Muadzam
Duit 'kecemasan' dalam tangan aku budget RM200

Ye aku tau gaji bulan 10 dah masuk kelmarin..
Tapi boleh ke aku survive lagi sebulan setengah?
Tu blom tolak hutang sana sini.. hutang bank, hutang ASB, rumah sewa, bil telefon
Perghh masak2. Naik haus keypad kalkulator aku tekan

Wife aku menghampiri ke sisi sambil dukung Jasmeen time aku tengah leka termenung
"Abang kita takyah balik raya haji la minggu depan"

Aku terus pandang muka dia. Takde kerut kat dahi, takde rupa nak merajuk atau muka sembelit. Muka dia normal macam.. err macam orang dukung bayi la kot?

"Kenapa tak nak balik?", aku buat2 tanya. Yela sebab aku dah janji ngan dia nak balik. Tak sedap la tetiba tak balik kan? Aku suami yang sangat prihatin.. bukan sahaja manis dan subur seperti yang korang tahu ehh??

"Takpe lah. Duit banyak nak guna. Kita pun ada anak, kereta pun problem. Kang lari budget bulan ni", kata wife aku serius.. seserius aku mengalirkan hingus dan dengan pantas sedut kembali.

Tetapi semakin berombak2.. berbuih2 lagi hingus aku bila beliau menghabiskan statementnya dengan ayat berikut ;

"By the way jangan lupa raya puasa tahun depan giliran ayang ye. Ingat tuuuu~"

Muka dia yang tenang tadi tetiba bertukar jadi abang rela yang kena jaga parking tapi at last tak dapat makan kenduri sebab lauk habis (panjang plak perumpamaan aku bagi)

Nampak tak? Nampak tak permainannya tu??

Oh dapatkan novel ni di toko2 jamu berdekatan dan di pusat cucian kereta
Jemain Anak Beranak di ekitar Kajang


P/s : Takpe la give and take la kan? Apa ada hal :D


22 Comments

  1. apadahal..kan?..tahun depan tahun baru kira..sempat lg beli kalkulator baru.

    kita serupa la afzal..yang beza..aku kira tak guna kalkulator..aku pakai jari je..sebab gaji pun tak banyak jumlah digit kosong nya..kira guna sebelah jari je..at the end total adalah kosong..hahaha

    ada rezeki tu nanti.. In Shaa Allah,manatu tahundepan dapat offer jadi pengarah pelem.

    ReplyDelete
  2. Hrmm..macam itu la bila dah berumahtangga kan..supaya hidup aman damai, give and take..anyway, selamat menyambut Aidil Adha Afzal.. Tahun ni saya balik Johor..Yayyyyy...

    ReplyDelete
  3. Bagus bini ko. Sama bagusnya mcm bini suami aku. Hahaha. Gaji 10hb ari tu mmg mencemaskan bila nak gunakan duit tu. Lama lagi wooo nak tunggu 25hb 11.

    ReplyDelete
  4. Ahahaha rasanya bukan raya puasa tahun depan je kot. Hahahahaha larikkkkk

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Alamak muka aku keluar banyak kali lah pulak. Dah lari kena patah balik hahahahah. Entah kenapa aku tekan publish leh kuar dua kali lak. Ok ni betul-betul lari. Yah yah yah

    ReplyDelete
  7. haha..xpela tok..hbs tok balik ke x ni ???

    ReplyDelete
  8. ala sweetnya scene istri cakap tak payah balik raya.. raya kat rumah jelah ni.. sabar jelah. biasalah bila nak balik raya mesti pakai duit banyak kan...

    recent post : iPhone 5C & 5S Dijual 1 November Ini

    ReplyDelete
  9. syarat terbaik tu..waa.fiza dah mula merasainya ni..tak tahu nak balik mana dulu..nasiblah kg kiteorg satu hala..senang..jangan lupe lak syarat puan wife tu ye..heee

    ReplyDelete
  10. sokey, lgpun raya haji this year mcm tgk2 minggu
    keje senin, cuti selasa, rabu keje balik
    blk kg mmg letih
    n mmg lari bajet sikit hihi

    :D

    ReplyDelete
  11. dulu kan..wa dgn husband cenggitu jugak..berkira2 nak balik kg even nak raya..skrg xpayah doohh..pasal wa dah kayOOO..nak kayOOO juga? meh pm wa.haha

    ReplyDelete
  12. okaylah tu zal...pandai dia berjimat cermatkan duit suami dia...banggalah sikit zal..hehehehe

    ReplyDelete
  13. Takper la bersyarat pun, at least ada juga kompromi dia di situ. Plus sempat la kumpul duit untuk balik raya tahun depan. APa pun, Selamat hari raya uols sekeluarga, selamat berkorban.

    ReplyDelete
  14. takpelah bersyarat...sama-sama merasa balik kampung. kena bertolak ansur.. :D

    ReplyDelete
  15. hahahahahhaa....strategi terbaik..
    Gambau lawa ler...

    ReplyDelete
  16. hahha lawak gila cover novel jamu tuh

    ReplyDelete
  17. orang perempuan memang teror benda2 gini..haha..

    ReplyDelete
  18. bersyarat pulak ye huhuhu apapun salam aidiladha :)

    ReplyDelete
  19. ingatkan apa la syaratnya tadi.
    salam aidiladha!

    ReplyDelete