Tips Jangan Bagi Isteri Membebel

10:56 AM


As salam,

Sejak2 jadi suami orang ni, banyak benda aku nak kena fikir. Yang dulu time bujang boleh skip2 je.. sekarang jangan nak harap la bersenang lenang cenggitu. Dulu jaga hati sendiri, sekarang dah tak terjaga. Heh hari ni aku nak kongsi tips bagaimana nak elak isteri membebel. Isteri membebel kadang2 macam menyanyi. Sedap di dengar.. tapi kalau selalu dok pulun boleh cair gak tinja telinga. Hati yang tenang pon boleh terbakar, tak gitu? :)

Sedap Ke Idak?


Kita baru kahwin, umur isteri pun muda lagi. Kita yang lelaki gak yang mintak kahwin awal alasan umur kita plak dah lanjut. Sebelum kahwin kemain tak kisah kalau isteri tak tahu masak. Boleh belajar perlahan2 katanya. Tapi bila tau yang isteri kita bebetul tak tau masak.. masak kari rasa pengat, haaa acane tu?

Nak tegur, isteri plak lemah semangat. Kalau tegur boleh histeria! So caranya bila isteri masak.. memula keje kita makan je dulu. Kalau boleh masuk lagi barang sepinggan dua, teruskan. Itu credit sebab nampak kesungguhan kita dan beri keyakinan kepada isteri. Dalam elok makan tu, kita puji terus. 

'Sayang sedap gak ayang masak malam ni. Boleh bukak kedai makan cenggini..'

Jangan bagi peluang.. terus puji sampai dia kembang. Tapi jangan sampai dia perasan dan pelik.

'Ai kemain melambung puji suami aku malam ni?'

Kadang2 kalau puji melampau2 sangat kang.. dia budget kita nak kahwin lain. Mula selongkar beg kita kot2 ada simpan borang nikah lain. Haa kes lain dah tu!

Agak2 bila dah termakan puji, dah yakin kita mengagumi masakan dia.. kita selitkan sedikit nasihat.

Sayang sedap gak ayang masak malam ni. Boleh bukak kedai makan cenggini.. tapi kan yang kalau kari ayang kurang gula sikit perghh mau dengan pinggan2 abang telan'

Nampak tak? Nampak tak permainannya? AMARAN KERAS : Nisbah puji kepada komen atau nasihat aku syorkan 8:1. Jangan komen lebih daripada dua melainkan korang terasa nak makan air tangan mamak keesokan harinya.


Pakai Baju Yang Digosok Sahaja


Ni satu lagi kes. Macam biasa sebelum gosok baju, isteri kita akan tanya baju mana yang akan kita pakai untuk seminggu. Kita pun pungpang2 la baju sana sini kita tunjuk. Kita nampak si isteri gigih menenyeh baju bagi nampak kemas. Tulang bahu baju tu punya lah tajam.. kalau selisih dengan orang oleh luka! Tapi bila sampai masanya, kita plak pegi pakai baju lain dari yang dia gosok.. dah la baju renyuk plak tu!

Tahap kemarahan isteri waktu ini aku julatkan kepada 7. Marah tahap tak nak cakap dari mula naik kereta sampai tiba ke tempat kerja :P Pada tahap ini kemungkinan bebelannya boleh mencecah 1000 hingga 1500 patah perkataan melainkan korang cecepat bagi alasan keluar nak beli pampers anak :P


Jangan Buat Sepah Boleh?


Kita perasan yang kadang2 perangai kita ni macam anak2 kita sendiri tapi kita tak mengaku. Bersepah sana sini. Cawan bawah kerusi, surat khabar atas meja, bantal kusyen atas lantai benda biasa pada kita kan? Sebab kita tau secara automatik isteri kita akan mengemaskannya. Cuba satu hari nanti isteri kita hilang nafsu nak mengemas.. ada harapan tak rumah kita serupa tongkang pecah?

Bukan tu je, masa tarik baju dalam almari pun sama. Biasa berlaku kan bila kita tarik baju yang berlipat, baju atas dan bawahnya terkeluar. Kita plak samada malas atau tak sempat terus tenyeh masukkan balik macamtu je. Haha ada harapan kita nak kena bebel. Benda tu nampak remeh pada kita, tapi berat pada dorang. Dorang sakit mata ditambah penat lagi. So janganla buat, sebelum tarik baju keluar.. kita angkat dulu baju atasnya. Takde la berselerak ye :)


Remote Control TV


Kes yang biasa berlaku dalam rumahtangga. 80% isteri membebel, merajuk, berpiket tak nak masak dan menubuhkan ahli mesyuarat tingkap adalah disebabkan remote control suami pegang 24 jam. Nak ke tandas boleh siap nyorokkan lagi tak nak anak siteri tukar siaran. Pagi pegi kerja la macam biasa, balik kerja tengok berita. Lepas maghrib berita, lepas berita bola.. lepas tu berita lagi. Agak2 pembaca berita dah balik rumah tido.. suami alih ke National Geographic plak. Bila binatang dah tido dia alih ke bola plak. Macamana la isteri tak membebel merajuk?

Setelah aku buat kajian, waktu isteri mengadap siaran tv adalah pada pukul 2 petang hingga 8 malam pada belah siangnya yang rata2nya rancangan pilihan mereka adalah sinetron dan slot akasia. Pada waktu malam selalunya Sabtu malam iaitu slot cerekarama, Jumaat malam dan Ahad tengahari slot gosip di Galaksi dan Melodi. Ada je lagi siaran lain yang tak aku masukkan sebab aku tak tau.

Buat keputusan mengikut undian majoriti. Selalunya si isteri akan kalah kalau bersaing sendirian dengan suami tetapi menang tanpa bertanding bila anak2 balik ke rumah. Senang cerita give and take. Jangan terbawak2 sikap nak menguasai seorang diri. Kita kena fikir kita duduk sekeluarga. Kalau kita nak orang jaga hati kita.. belajarlah memahami hati orang lain ye :) Ala kalau astro tu.. setakat bola tu ada je ulang tayang. Apa de hal :)

Kalau tak nak berkongsi.. pegi duduk sensorang la.


**********

Aku bagi empat contoh, sebenarnya banyak lagi. Jangan tanya macamana aku tau.. aku pun suami. Kadang2 aku buat gak apa yang aku cakap kat atas ni. Balik ni kompom kena perli ngan isteri aku ni. Hehe. Ini sekadar peringatan aku dan suami2 yang lain. Isteri kita bukan robot, dia pun bukan suka sangat nak membebel. Dia pun tau penat. 

Cuba kalau dia tak membebel satu hari.. mula kita gelabah. Tau plak kita risau ingat isteri kita demam. Itu la sifat isteri yang nak tak nak kita sebagai suami kena terima. Kita tak mampu halang tapi kita masih boleh kurangkan hehe tapi bergantungla macamana kita hadapinya :D

Semoga kita kaum suami kuat hati dan tebal telinga lah hendaknya ye :D Kalau aku rajin aku sambung lagi.

You Might Also Like

16 comments

  1. aku bebel kalau laki aku tak beli cincin 60karat dgn berlian sebutir di atasnya..
    hahahaaa...

    ReplyDelete
  2. hahahah.. kelakar .. kalau gado sila bawa isteri pergi jalan2

    ReplyDelete
  3. wah dah makin macho adik akak ni...semakin hari semakin matang...lagi2 bab rumahtangga ni...terkezut akak..teruskan usaha anda...hehehehe

    ReplyDelete
  4. apa yang saya lihat setakat ini adalah jurukomen dari kalangan wanite. nape eh

    ReplyDelete
  5. akak tak pernah membebel kat suami..kat anak selalu la..heheh..

    ReplyDelete
  6. entah, tak kawen lagik , ehehehe ~

    ReplyDelete
  7. hahaha..sangat setuju segala fakta dak afzal ni.yang penting suami kena hargai isteri..ade sebabnya kenapa isteri suke bebel.hehehe

    ReplyDelete
  8. kalau bab Jangan Buat Sepah tu laki aku dah merasa..seminggu aku tak kemas rumah..macam kapal nak karam dah aku tengok...tp dia buat derk juge..dah sakit mata,aku juge yang ngemasnya..haih~dah nama lelaki..

    ReplyDelete
  9. aduhhhh... bila la gamaknya jejaka idaman malaya seperti eden ni nk merasa nikmat bebelan isteri-isteri ni..

    heheheeh

    ReplyDelete
  10. hahaha..tergelak baca ni. sebab sama je situasi...kecuali remote control tv la sbb dua2 tak ngadap tv sangat.

    nijam lain dah tak macam marin zaman bujang, so sekarang kenalah saling bertolak ansur barulah "radio tak berbunyi pot pet pot pet..."

    ReplyDelete
  11. kalau suami tak suka dengar isteri membebel letak kapas kat telinga...ada faham...! hihi

    ReplyDelete
  12. Part masak tu, aku tak penah dpt komen negatif dr suami aku. Sama ada aku mmg masak sedap terbaik punyer, atauuuuu.... suami aku pendam perasaan je. Heheh.

    Yg umah bersepah tu syukurlah dia yg selalu kemas bila aku buat sepah. Hahah.

    ReplyDelete
  13. haha interesting :) tips jgn bgi laki bebel tkde? haha

    ReplyDelete
  14. Wah interesting sangat guides untuk suami bagi isteri yang suka membebel ye. Puji 8, hentam 1. Hihihi.. Tak ramai le lelaki yang reti nak follow tip 8 nisbah 1 ni. Kak kalau masak tak sedap laki kak memula dulu hentam 8 nisbah 0. Hahaa... Pastu dah kak cam merajuk... La ni tak kata apa dah... Tp kak tau la xsedap tu... Hahaha... Memang kak ni tak pandai masak yg kick2...

    ReplyDelete