6 Alasan Suami Buat Muka Toya


As salam,

Rentetan daripada entry Tips Jangan Bagi Isteri Membebel, salah satu komen yang aku terima minta aku bagi tips mengapa suami membebel pulak. Err ada gak suami membebel ye? Rasa macam tak kena plak. So aku ubah sikit tajuknya boleh?



amboi bang daripada ukur lilit lobang idong nampak beno punya marah!

Si suami jarang nak membebel panjang-panjang. Selalunya ditegurnya isteri dalam 10 patah perkataan je, ringkas, padat dan terus straight to the point. Takde pusing-pusing dulu, cerita pasal jiran, pasal haiwan ternakan atau seumpamanya. Suami tegur tu kira baik.. kalau pesen marah diam lagi bahaya. Sekali dia meletup.. komfom isteri rasa macam nak balik rumah orang tua je. Hik hik! Haa sini aku nak bagitau sebab-sebab kenapa suami buat muka toya.

Lima Minit Isteri

"Lima minit je bang.. kejap ea"

Biasa dengar kan para suami-suami? Minta berhati-hati. Lima minit isteri tak sama macam lima minit suami. Macam abah aku.. dia bangga dok kata dia mandi lima minit je. Memang bebetul minit ke enam dia keluar tandas. Ala apa nak heran askar pencen :)

Jadi pengiraan lima minit isteri begini ;

Lima minit = mekap + matchingkan tudung ngan baju + cari tas tangan +cari handphone +
                    lalu depan cermin betulkan baju + sarung kasut (setelah membuat 
                    pertimbangan terbaik kasut yang sesuai dikenakan dengan tas tangan) +
                    berhenti kat luar pintu kereta betulkan tudung kat cermin pintu

Itu belum masuk bab dia tepuk dahi tertinggal barang kat rumah. Time tu suami minta pekakkan telinga. Fokus je ke tempat keje melainkan korang masih berada di kawasan taman perumahan korang. Sekiranya perkara ini berlaku, minta keluar rumah pukul 4 pagi la ye. Harap makjah!

Macamana la suami tak bengkek, lima minit isteri kalau layan Ahmad Albab kat tv sempat abis kot?

Mata-Mata Jiran Tetangga

Haha ni parah. Ni pesen isteri yang workaholic. Kat opis keje, balik rumah ngan tanggungjawab sebagai suri rumahtangga lagi.. lepas tu boleh plak tanggung tugas jawatan mata-mata jiran tetangga! Jawatan khas ni bertugas memantau aktiviti jiran yang mana meliputi isu tukar beli set perabot baru, masalah rumah tangga dan juga masalah kewangan.

Bab lain mungkin suami boleh terima, masuk telinga kiri.. keluar telinga kanan je la tapi yang tak bestnya bila dia mula bandingkan harta jiran ngan harta sendiri. Kalau boleh kopipes sebijik-sebijik macam rumah jiran tu. Nak seragam katanya. Err kopipes tu adakah termasuk jumlah isteri yang owner rumah tu ada yang? Hahaha :D

Babak Balik Raya

Sila jangan percaya bulat-bulat. Raya tahun ni balik kampung kita, raya tahun depan kampung dia. Isteri kita sekarang bukan tahap SRP bang oi.. malah mereka adakalanya lebih bijak dengan kita. Bila buat agreement dengan isteri, sila detailkan raya mana yang kita maksudkan. Tak spesifik.. cenggini masuk court pon boleh kalah kita.

Macam kes kawan aku la kata balik raya puasa setiap tahun bergilir, sampai giliran dia.. isteri kata turn balik kampung dia time raya haji! Perghh terkena dia. Lepas buat agreement, elok-elok nak balik kampung.. si isteri plak meraung-raung kata opah dia sakit. Kena balik sebab itu harapan opah dia nak tengok dia, takut kot-kot lepas ni takde peluang nak jumpa. Ayat kemain sadis mengalahkan rancangan bersamamu. Alih-alih balik kampung, tengok elok je opah dia dok kacau dodol. Terkena lagi dia. Perghh macamana la suami tak menyirap.. tak tau plak si isteri ada bakat lakonan. Kalau nak diikutkan setaraf ngan Fauziah Nawi!


Bab Shopping

Aku nasihatkan jangan ikut melainkan isteri korang memang dah dilatih shopping 'beli dan pulang'. Selalunya masalah yang menimpa suami apabila isteri mereka mengamalkan cara ;

'pantau harga - pantau 14 kedai lain - balik ke kedai pertama - tawar menawar - beli - menyesal kedai ke 15 lagi murah' atau ;

'pantau harga - pantau 14 kedai lain  - balik ke kedai pertama  - tawar menawar  - tak jadi beli - beli askim mekdi'

Haha tensen aku. Tak ramai lelaki suka menunggu. Selalunya sebelum keluar aku akan briefing, ice breaking dulu atau apa-apa yang seumpamanya  dengannya bagi menerangkan hala tuju. Almaklumlah isteri kita mudah teruja.. ye la kat supermarket banyak lampu-lampu, eksaited kemain ditambah plak iklan-iklan yang tergantung. Mudah sangat cair kehkehkeh.

Istilah jalan-jalan dan beli barang adalah dua maksud yang berbeza. Jalan-jalan adalah window shopping dan ada kemungkinan beli barang manakala beli barang.. hanya beli barang yang dicari dan balik. So sebelum keluar pastikan kita tau kita sekadar keluar jalan-jalan atau beli barang, jadi boleh la kita bersedia dari segi mental (tunggu isteri beli barang - mengantuk!) dan fizikal (takde tempat duduk sambil dukung anak dan bawak barang shopping - okeh itu memang penat)

Takde la kita buat muka toya :D

Kaki Merajuk No.1

Haha isteri aku pernah gak merajuk tapi sekejap je. Selalunya kes kena sakat ngan aku hahaha. Tapi ada certain-certain isteri yang merajuk kemain. Tak dapat beli beg tangan - merajuk, lupa besday - merajuk, lupa anniversary - merajuk, lupa kiss pepagi - merajuk, tak angkat kol - merajuk, lambat pikap balik opis - merajuk, tegur kari rasa pengat - merajuk, tak dapat makan - merajuk, layan anak lebih daripada melayannya - merajuk, kita merajuk - dia pun bantai merajuk. Eh senang cerita semua benda dia nak sentap.

Lepas tu tambah sikit perasa.. bila dah sentap mulalah mengugut ;

'Ayang tanak masak!'

'Jangan cakap ngan ayang'

'Abang tido la sorang-sorang hari ni'

'Abang tidola ngan Cemong (nama kucing - pinjam dialog Do Re Mi) tu''

'Abang masakla sendiri'

'Hantar saya balik ke rumah orang-orang tua. Eh eh rumah orang tua saya!'

Kalau dah main ugut-ugut macamni.. panas gak hati suami. Tapi panas sampai bila la kan.. nama pun isteri. Sekejap je suami panas, kang sejuk la balik. Tapi suami kan, marah macamana kat isteri.. kering poket macamana pun, kehendak isteri tetap akan ditunaikannya. Cuma cepat atau lambat je.. percayalah. Penting untuk isteri bersabar, dan jangan mintak banyak kali kerana harapan suami nak belikan barang tu akan semakin menipis hehe :)

Sape la yang tak sayang isteri oi huhu..

Tak Dapat Bikin Sentap

Dok elok bergesel-gesel bagai, tup-tup isteri angkat lampu merah plak. Perghh itu jam terus ke tandas.. tak fikir panjang dah hahaha. Tanak la aku cerita panjang-panjang, korang pon bawah umur. Ni aku salahkan suami, pesen bernafsu tapi tak reti tengok kalender hahaha :D

Sentap la ko seminggu sensorang :D

**********

Cukuplah sampai sini. Bukan semua isteri macamtu. Ala suami buat-buat muka je tu, kalau sentap.. buatkan air dah cukup. Tu namanya sentap-sentap sayang. Sekurang-kurangnya isteri tau yang suami dia ada kebolehan buat mimik muka. Dah macam sarkis plak hahaha.


Betul tak? Ala semua tu asam garam rumah tangga, jangan amik serius.. cuba fikir cara lain sebab aku pernah buat. Dari nak marah terus gelak sensorang :D Isteri pun jangan risau, kalau percayakan suami.. setakat sentap sikit-sikit tu, paling jauh pun suami pergi kedai.. beli choki-choki :P


3 Comments

  1. HAHAHAHAHAHA
    mujurlah saya jenis siap cepat
    selalu adik saya yg lelaki yg selalu cemni
    dok kejap kejap
    tapi x siap2 -_-

    ReplyDelete
  2. adatlah suami isteri camtu kan..sweet ape camtu baru best..kdg2 lawak je tgk.kdg2 kesian.kdg2 touching..mixed feelings dalam berumahtangga ni.yang pastinya indah sebab saling melengkapi :)

    ReplyDelete
  3. ahahahaha...eh bab lima minit je... heeeee :D

    ReplyDelete