Air, Manusia Atau Pencipta ?


As salam,

Aku ngan kawan aku keluar makan. On the way nak balik kitorang perasan ada seorang makcik duduk meniaga air dalam botol mineral. Bila kitorang rapat nampak lah label pada botol. 'Oo air doa'

Label tampal tangan, jual di tepi tangga.. takde surat akuan daripada badan bertanggungjawab atau syarikat yang menghasilkan. Cukup meyakinkan ke untuk orang datang beli?

Ye ayat-ayat yang Allah turunkan ada khafiat dan khasiatnya yang tersendiri. Aku beriman kepada Al Quran dan As Sunnah, malah aku tak pernah sesekali meragui setiap satunya. Tetapi aku benci dengan mereka yang mengambil jalan mudah dengan mempergunakannya. Apa benar air tersebut telah dibaca dengan ayat-ayat Al Quran? Siapa yang baca? Manusia atau mesin? Bagaimana pula dengan bacaannya? Berapa kali ia perlu dibaca sebelum yakin ia boleh dipasarkan? Anyone?



Itu kisah peniaga dan airnya
Tang kita pun satu hal..

Setakat anak demam cari air tangkal..
Anak nak lulus periksa cari air tangkal..
Kencing malam cari air tangkal..
Matikah kita tanpa istilah tangkal?

Kenapa tak buat sendiri?
Dada kurang ilmu? Belajarlah..
Hati tak cukup baik? Perbaikilah..
Tak perlu lah air doa daripada orang lain
Bukankah doa ibu bapa itu sendiri..
Lebih mustajab untuk anak-anaknya?

Kenapa perlu mengharapkan makhluk Nya yang lain sebagai perantara..
Sedangkan kita sendiri boleh mintak direct dari Nya?


P/s : Di sini kita boleh lihat di mana asas kepercayaan kita..
        Air, manusia atau Allah?

7 Comments

  1. Dah sllu sgt orang ambil jalan mudah utk mengaut keuntungan...yang paling menyakitkan bila guna ayat2 Allah, guna nama Allah....
    nak mencari rezeki pn biarlah guna cara yg btl..Rezeki tu kena fikir berkat ke tak berkat..(eh! pjg plak bebelan akak..haha)

    ReplyDelete
  2. itu la , skrg ni dh byk pihak guna nama agama. orang pun terpedaya lah. pernah tgk iklan - ayam terapi al-Quran. dibacakan ayat 30 juzuk al-Quran. Siap ckp lagi "adakah anda yakin ayam anda makan tidak haram?"

    ha.nampak tak kt situ?
    lagi 1 prnah nmpk "kelas belajar berenang- sunnah rasulullah".
    Amik student pompuan, cikgu yang ajar berenang tu lelaki..

    nampak tak? haihh.. sudah2 lah kot guna agama untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
  3. Thanks Afzal, Aku baru terfikir..tentang kismis doa..coklat doa semua..

    kita maybe boleh beli dengan niat ingin membantu mereka yang berniaga..atas dasar kemanusiaan..


    pssst : aku dulu..nak amik pmr amik air yasinn dari tok guru ngaji..bila baca entri kau..malunya aku....

    ReplyDelete
  4. Kalau zaman dulunye istilah tangkal memang banyak digunakan dan terbawak ke zaman sekarang.Zaman sekarang pun dah kurang penggunaan tangkal kan sebabnya dulu masyarakat lama kurangnya ilmu pendidikan.Skang ramai masyarakat berilmu dan sepatutnya takde lagi camtu kan.manusia perlu bijak berfikir.Usaha,doa dan tawakal kepada Allah SWT.InshaAllah Allah tunjukkan jalan dan permudahkan :)

    ReplyDelete
  5. mgkn sbb air tangkal lg murah dr jumpa doktor.

    ReplyDelete