8 Adiwira Pilihan Aku


As salam,

Bukan obses, sekadar suka2. Aku terdedah ngan alam adiwira ni since aku sekolah menengah lagi. Macam2 kuasa ada. So kadang2 ada tak korang rasa yang korang nak tubuhkan satu kumpulan adiwira sendiri. Hehe aku ada terfikir gak macam tu.. tapi yang jelasnya aku watak utama walaupun watak2 lain punyalah 100x lebih berkuasa daripada aku hoho.

Haru Glory #8
Anak kepada pahlawan Gail Glory dalam siri anime Rave Master.
Merpakan seorang pahlawan yang mempunyai sebilah pedang yang
mampu berubah2 bentuk dan kuasa. Pedangnya mampu berubah kepada
10 jenis kuasa.


HISOKA #7
Merupakan seorang ahli sihir dalam siri Hunter x Hunter. Wajahnya
sahaja yang tenang tetapi sangat agresif dan suka membunuh. 
Menjadikan Gon Freecs sebagai matlamat dan magsa, dia
sanggup menunggu Gon menjadi lebih hebat untuk berlawan.
Senjatanya adalah daun terup.


ZARAKI KENPACHI #6
Penggila pertarungan ini merupakan kapten Divisyen ke 11 di Gotei 13 
dalam anime Bleach. Seorang yang amat agresif dan menakutkan. 
Tidak pernah takut dan kuasanya tidak boleh dijangka. 
Kuasanya akan terbebas bila sarung mata kirinya dibuka.


SHIKAMARU NARA #5
Seorang ninja kampung Konoha yang sangat genius dalam membentuk
stategi pasukan dan pertempuran dalam anime Naruto. Dapat mengagak 
serangan dan mengatasinya dalam masa yang singkat. Sentiasa tenang 
dalam membuat segala perancangan.


SANJI #4
Merupakan salah seorang krew lanun Luffy dalam anime One Piece, 
jawatannya adalah tukang masak di atas kapal. Dia juga dikenali sebagai 
Black Leg kerana kebolehannya dan kehebatannya menggunakan kaki.
Kelemahannya adalah wanita


KUROUDO AKABANE #3
Watak antagonis bagi anime Get Backers. Juga dikenali sebagai Dr Jackyl, dia
mampu memanipulasikan darahnya untuk dijadikan senjata seperti pisau
bedah dan pedang. Seorang yang tenang dan musuh hakiki kepada Mido Ban.


RONOROA ZORO #2
Seorang pemedang dalam siri anime One Piece. Ahli dalam kumpulan
lanun Luffy. Tiada kuasa istimewa tetapi tekniknya berlawan
menggunakan pedang dan mengalahkan ramai musuh telah
menjadikan dirinya antara lanun yang paling mahal upah tangkapan dan
dikehendaki angkatan tentera laut.


MONKEY D. LUFFY#1
Watak ter-awesome aku. Merupakan anak kepada Monkey D Dragon,
seorang pejuang revolusi di lautan, cucu kepada Monkey D Garp..
seorang lagenda angkatan laut dan adik kepada Portgas D Ace. Akibat
termakan buah Gomu-Gomu, badannya menjadi elastik dan bercita2 untuk
menjadi Raja Lanun. Merupakan seorang periang dan tinggi
semangat setiakawan.


ALL TIME FAVOURITE
SAKURAGI HANAMICHI
Sorry to say, aku admire sangat dengan watak anime Salam Dunk ni.
Entah la aku rasa termotivasi each time aku baca. Sakuragi merupakan
pelajar nakal yang kerap ditolak cinta dan seorang kaki gaduh.
Kerana suka kepada seorang pelajar, dia terpaksa memasuki 
persatuan bola keranjang. Niat asalnya hanya untuk mendapatkan 
perhatian gadis tersebut tetapi akhirnya telah menjadikan
permainan bola keranjang sebagai sukan kegemarannya.
Aku tak boleh lupa betapa cekalnya dia untuk mengatasi pemain
lain eventhough dia zero dan lagsung takde basic tentang bole keranjang.
Seyes dia watak komik kegemaran aku!

**********

Amacam pasukan aku? Kalau berani meh la lawan :D








3 Comments

  1. slam dunk tu je yang fiza tahu pun.yang lain tak tahu lansung.hehehe

    ReplyDelete
  2. hero2 one piece mendominasi ye... agak nak makan devil fruit ape utk jd kuat...haha..

    ReplyDelete