Pelakon Fast & Furious Paul Walker Mati Akibat Kemalangan


As salam,

Berita yang baru aku tau, watak utama siri filem Fast & Furious, Paul Walker telah disahkan meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Utara Los Angeles, California. Mula2 aku ingat kawan aku prank aku.. rupa2nya betul.

Aktor yang berusia 40 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke majlis amal bersama seorang rakannya dengan menaiki porche sport berwarna merah dan kematian mereka telah disahkan oleh Ketua Polis Los Angeles. Akibat rempuhan pada sisi jalan, kenderaan yang mereka naiki terbakar.




"Dengan hati yang benar-benar berat kita perlu mengesahkan bahawa Paul Walker meninggal dunia hari ini dalam kemalangan kereta tragis semasa menghadiri acara amal untuk organisasi Reach Out di seluruh dunia" menurut kenyataan di Facebook pelakon berkenaan.

Pihak Universal Pictures juga berkata pihaknya serta kakitangan studio berasa "kehilangan" dengan kematian Walker.

Walker memegang watak sebagai agen yang menyamar Brian O'Conner dalam filem Fast & Furious.




Filem pertama francais itu telah dikeluarkan pada tahun 2001 dan yang ketujuh sedang dalam pembikinan.

Walker merupakan salah satu daripada utama filem yang tersebut, bersama-sama dengan Vin Diesel dan Michelle Rodriguez.


Diesel dalam di laman Instagramnya: "Saya pasti akan sangat merinduinya. Saya tak tak tahu nak kata apa lagi. Semoga dirinya tenang di sana.. "


5 Comments

  1. sayangnya. fast n furious 7 pasni tak meriah dah tak de mamat hensem.. huhu

    ReplyDelete
  2. kena tunggu ff7 ganti dengan sapa ni..hehe

    ReplyDelete
  3. kereta dia teruk habis.lepas ni cerita F&F kene mematikan watak dia lah kan.

    ReplyDelete
  4. sye peminat paul dan fast&furious.menangis2 mse taw ari sabtu tu..serius sedih sgt..

    ReplyDelete