Telefilem Banglo Seksyen Dua Di Astro Ria


As salam,

Esok pukul 10 malam kat astro ria ada tayangan cerita ni weh. Entah kenapa aku teruja nak tengok, mungkin aku pernah dengar kes yang melibatkan banglo tu kot? Dari aku belajar dulu.. macam2 cerita aku dengar so aku sendiri nak pastikan apakah jalan ceritanya itu sama dengan apa yang aku dengar.


Harapan aku tinggi, sebab hanya dengan mendengar kisahnya sahaja buat bulu roma aku naik sendiri walaupun aku ni kaki menulis cerita alam angker. Banglo tu aku yakin masih wujud, tapi tak tahulah sudah berpenghuni atau belum. Time aku dulu sewanya hanya RM50 sebulan tapi penyewa duduk tak lama la :)





So esok malam ye, pukul 10 malam.. Banglo Seksyen Dua di Astro Ria :) Layan dulu trailer kat bawah


5 Comments