'> January 2013 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, January 31, 2013

Burger Paling Awesome Pernah Dihasilkan?



As salam,


Dua pereka grafik dari Perancis baru2 ini mula menjana pendapatan di internet dengan ciptaan burger mereka. Apa yang menarik, ianya bermula sebagai sesi makan tengahari biasa sahaja dan akhirnya perlahan2 berkembang menjadi Fat & Furious Burger

Penciptanya, Thomas dan Quentin berkata ia adalah peluang bagi mereka dan memutuskan untuk mengambil gambar salah satu "makanan" mereka dan meletakkan ia internet. Dari situ mereka dikenali kerana bakat mereka 'mencipta' burger yang penuh dramatik, cantik dan mempesonakan.

Kita kat Malaysia pon aku tengok dah macam2 jenis burger ada kan? Burger bakar, burger kukus dan inilah dinamakan evolusi. Tapi macam kawan aku cakap la.. evolusi burger yang ada sekarang ni buatkan dia hilang nikmat untuk merasainya dan istilah 'burger' itu sendiri (roti, daging, salad, sos, tomato, keju) semakin lama semakin hilang rupa asalnya.

















P/s : Tak teruja pon aku nengok

source

Wednesday, January 30, 2013

Bila Stuck Kat Trafik Jammed


As salam,

Banyak plak kereta hari ni. Kadang2 bila jalan jem pepagi cenggini mula la aku fikir bukan2.. melampaui kotak imaginasi aku. Kadang2 tak boleh diterima akal pon ada. Mungkin tensi sangat kot.. penat kaki main clutch, tekan minyak.

Bila korang stucked cenggini.. pernah tak korang bayangkan macam apa yang aku bayangkan ni?

Doremon Boleh Pinjam Pintu Suka Hati?
Tetiba plak aku ada kocek doremon, pastu aku kuakan pintu suka hati. Aku ngan kete2 aku sekali aku hangkut masuk dalam pintu tu.. zuupp terus sampai ke opis.

Janganla Nak Memerut
Aku paling takut time jem lagi2 tetiba rasa nak memerut. Lagi parah kalau aku kat lane tengah atau jauh lagi nak sampai petrol station. Cenggitu punya gaya, kalau dah darurat ada kang aku memerut dalam bonet!

Sewa Satu Lane
Bila aku bayar TnG, dengan tak semena2 dan tak terjangkau dek akal yang waras.. secara automatiknya aku dah sewa satu lane terus ke opis. Orang lain tak boleh masuk lane aku (macam ada dinding penghadang lutsinar kalau cuba masuk alamak kemek body kereta)

Diescort Pak Polisi
Hehe sapa la aku nak kena escort2 bagai kan. Tapi aku terfikir gak menda alah ni. Dah macam orang penting sangat dah aku ni.

Eh Eh Kereta Gerak Sendiri!
Tak taula entah macamana, bila jem je.. aku boleh switch kete aku ke auto-pilot. Hahahampeh. Dia akan bergerak mengikut GPS yang aku setkan (ke opis). Amacam hebat tak? Kete lain takde, kete aku je boleh buat cenggini :P

Tumpang Ke Opis Boleh Bang?
Sesi tumpang menumpang ni berlaku bila aku berselisih ngan lori bawa muatan kereta. Aku rasa nak bawak naik kereta aku atas lori tu. Selain tu aku ada gak terfikir nak sambung kereta aku ngan kereta depan ngan tali. Di sini sekaligus aku dapat jimatkan minyak dan tenaga. Bijaknya aku.. anak sape la ni kan?

Tetiba Opis Tepi Highway
Asal jalan nak jem je.. tup2 opis aku muncul tepi highway. Lagi awesome aku nak pegi keje, tup2 opis muncul depan umah. Ni aku tatau la pesen opis bergerak ke hape. Tapi bila aku fikir2 balik dah makan bas skilang plak main amik2 orang tapi versi opis la. Kagum aku kalau bos aku buat cenggitu.

Yeay Cuti!
Tengah2 stuck kat highway.. baru aku tau hari tu cuti! Tak pun setiap kali jem je.. aku dapat cuti. Perghh nikmatnya hidup kahkahkah cenggini punya gaya redah jem hari2 pon aku sanggup :D




Tapi malangnya semua tu imaginasi aku semata2.. nak tak nak aku kena redah gak, kalau tak merah la punchcard aku weh.

Err ada sesiapa tau sini mana ada jual doremon?



Tuesday, January 29, 2013

Nenek Yang Klako



As salam,

Seminggu aku hilang kompom korang sangat merindui aku kan? Jangan cuba menidakkannya.. dari mata bling2, air liur meleleh dan ukurlilit lobang idong korng ternyata yang korang miss me sooo muchhh kahkahkah haram jadah. Aku pegi bercuti ke Terengganu Darul Takzim je haritu.

Aku nak citer ape ni?Berpusu2 idea datang mencurah2.. dah tahap desperate aku ni nak nekan keyboard. Masa kat Terengganu bagi kurangkan tahap ke-despretan aku tu..jejari aku umpil dinding hidung. Walaupun ternyata banyak hasil tapi tak mampu menampung kerinduan aku menaip entry.

Ok kita citer ringan2 la dulu la. 1st story dari Terengganu. Biasala kan kalau dah ke sana, mesti nak kena shopping kain. Ni geng2 Mak Jemah punya keje la, aku tak pasti la kenapa dorang tak shopping kat KL ke.. Nilai ke. Aku rasa sama je harganya kot. Mahal lagi pon ada.

Aku pegi kat stesen bas lama, kat situ nak cari tudung. Tapi wife aku nak cari kain. Kat pintu masuk tu aku tengok kain humangaih tahap 2-3 ratusan. Aku tau! Aku tau! Ni mesti kain kalis peluru ni. Kain ni kalau lapar.. kita boleh makan! Tapi aku bagitau wife aku yang kitorang nak cari kain baju kurung. So pegi la ke tempat lain plak.

Kitorang singgah satu kedai ni, jumpa nenek yang muka kudus gila. Ai sejuk uri tembuni aku tengok nenek ni. Tapi kedai dia jual tudung, kitorang pon tanyala kot2 ada kedai kain lain kat tempat tu. Nenek tu jawab dengan skema pemarkahannya

'Kat sini takdo oghe jua kaing selain mocik. Mocik soghe jo yang jual kat sini. Kalau ada pong sumo dah tutup' Ujar nenek tu sambil memperagakan kain2 pasang di kedainya.. adala 5-6 pasang yang design dia kena la ngan taste nenek aku.. kot??

Aku sengeh je la kat nenek tu. Aku pandang wife aku..dia gelak2 je. Baru aku jumpa kedai kain tadi. Klako plak nenek ni, kalau diketengahkan bakat dia ada harapan masuk maharaja lawak. Kalau gagal pon leh undi masuk balik :P



P/s : Aku tak reti cakap Ganu sebab tu aku kecek Klate :)

Tuesday, January 22, 2013

Err...Kompius Plak Aku!


As salam,

Hehe antara 2 entry, mana perlu aku dahulukan. Setelah aku osom ngan diri sendiri (tangan kanan buat burung, tangan kiri buat air = jadi tangan kanan menang) aku publish entry ni dulu la. Entry satu lagi a little bit annoying. Aku tanak korang muntah nasi lemak pepagi ni :P

Ni semalam punya cerita. Ada je aku nak cerita kan? Hehe. Semalam kitorang kua makan. Kat food court atas The Mall. Biasala lunch hour, orang sesak. Dah la bingit ngan orang, ditambah plak bingit akak2 indon yang sibuk dok kejar costomer mintak order air. Haishh.

Keje aku jaga meja, maksud aku booking meja (bila ntah aku apply jawatan ni) sementara kengkawan aku pegi amik nasi. Tetiba muncul 2 orang akak yang ntah mana datang.. tup2 kat tepi aku. Aku bajet dia muncul dari poket baju abang sebelah. Sorang buta.. sorang lagi tak buta. Taktik biasalah nak mintak derma.

Aku plak guna taktik biasa, cakap duit aku.. mak pegang. Ada gak terfikir nak guna taktik kotor macam buat2 pengsan ke, menyamar jadik tong sampah ke.. tak pun menyamar buta. Lepas aku derma, aku plak mintak derma kat dia. Nampak tak? Nampak tak? Geliganya aku!!

Yang buat aku terkejut, sejurus lepas kau cakap takde duit.. tetiba si akak yang buta tu yang tarik si celik beredar pegi ke tempat lain plak. Hamboi! Ni mana satu buta, mana satu celik ni? Aku pon kompius. Aku perati mata akak buta tu terkebil2.. nampak macam buta. Tapi wallahu'alam. Kita fikir yang baik2 je sudah :) Mungkin dia dah hafal selok belok meja kat food court tu. Tak pun design dan susun atur meja kerusi kat food court tu.. dia yang buat. Perghh!



Aku senyum je la. Macamni punya orang pun ada kan? :)


P/s : Biar buta mata.. jangan buta hati :)

Friday, January 18, 2013

Ok Yang Ni Memang Tak Boleh Blah


As salam,

Semalam aku pegi bekpes ngan kengkawan aku kat JPN Jalan Duta. Orang ramai kemain, macam2 warna dan bau boleh jumpa. Kiranya kalau ko masuk kantin tu, selain bau nasi goreng, roti canai dan menu2 yang lain.. bau ketiak juga mewarnai persekitaraan. Perghh lalu makan tuu

Bukan tu yang aku nak cerita. Tadi tu baru mukadimah, haa ni baru nak masuk :) Tengah2 kitorang layan roti canai tetiba kitorang tangkap satu bunyi nyaring. Aku rasa satu kantin tu boleh dengar kot. Aku ngan kawan aku dok pandang sama sendiri. Nak kata tv, memang bukan la.

Aku perati keliling, tetiba aku nampak ada bangla ni menuju ke penjuru sudut kantin. Bila dia tunduk dan capai sesuatu baru aku tau yang bunyik tadi tu.. bunyik henpon dia. Bangla cleaner tu ngah charging henpon rupanya.

Tapi yang tak boleh tahannya.. ringtone bangla tu lagu Anuar Zain - Lelaki Ini

Bukan ringtone mp3, tapi pesen ringtone compose type2 enset 3310 ni

Berdekah dekah la kitorang gelak. Aku boleh bayangkan si bangla tu gigih tekan keypad sambil tersentil2 lidah compose ringtone hahaha :D

Ada ke patut lagu Lelaki Ini.. kahkahkah. Compos la lagu Anak Itik Tokwi ke.. Enjit Enjit Semut ke


Korang perasan tak.. muka Anuar Zain nampak lain sikit. Hmm


P/s : sah2 pemunat Anuar Zain ni hahaha :D

Thursday, January 17, 2013

Cerita Seram Dari Ladang : Rumah Hantu



AMARAN : Pengawasan ibu bapa atau penjaga diperlukan bagi kanak2 di bawah 12 tahun ke bawah kerana cerita di bawah diklasifikasikan sebagai cerita seram tahap gaban. Sekiranya takut, boleh baca sambil tutup mata dengan kusyen atau tutup telinga.

**********


Mail memandang kiri dan ke kanan, kenderaan sedikit lengang. Jam di tangannya ditatap sekali lagi. Sudah lewat setengah jam. Janji pukul 8 malam. Mail mendengus, kalau dorang datang.. harus kena hadap maki hamunnya nanti.

Angin bertiup sepoi2 bahasa menyebabkan Mail semakin kuat memeluk dirinya. Tulang belulangnya dirasakan seakan2 membatu.. sejuk berkematu. Langit gelap, tiada bintang seperti hujan akan turun bila2 masa sahaja. Sesekali lampu dari kenderaan menyilaukan pandangannya, lantas kepalanya dijatuhkan memandang tanah.

Tiba2 tanpa dia sedari, sebuah kenderaan usang menghampirinya dengan perlahan. Jantung Mail tak keruan, berdegup sedikit kencang. Peluh jantannya mula mengalir tatkala melihat cermin tingkap kenderaan tersebut diturunkan.

"Bang tumpang tanya, rumah hantu kat mana?", tanya jejaka tersebut dengan anggaran separuh umurnya itu

"Oo adik jalan depan sikit, nampak signbord McD besar kat depan tu.. adik terus masuk kiri. Kat situ la rumah hantu", ujar Mail tak teragak2

"Rumah hantu.. Taman Buaya kan bang? Ok bang mekasih ye", mereka beredar meninggalkan Mail.

Sejurus selepas itu kawan Mail tiba dengan menaiki motor kapcai.

"Woi lambat!! Berpeluh aku tunggu, sakit perut dah ni!!", jerit Mail. Kawannya hanya tersengih. Mereka pun pulang dengan hati girang


**********

Ulasan : Cerita sangat seram, berdiri tegak bulu hidung tatkala membacanya. Untuk menambahkan efek keseraman dalam cerita ini, sepatutnya diadakan sesi berbalas pantun atau main teng teng di antara Mail dan orang yang tanya jalan tu bagi menaikkan mood dan sekaligus kita akan terkemut2 bila menghayati cerita berkenaan. Nama Mail pun takde kelas, sepatut digantikan ngan nama Jemah atau Saripudin Ayip


P/s : Tetiba aku tak berapa nak center hari ni

Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday : Sorong Papan Tarik Papan, Buah Geduak Di Poket Belakang












P/s : Sape boleh teka dengan tepat dan paling cepat berapa usia kandungan, 
        aku topupkan RM10 :) (Tajuk takde kena mengena ngan jalan cerita)



Tuesday, January 15, 2013

Tetiba Aku Di Tempah Awww


As salam,

Ko terkejut? Aku empunya badan yang montok2 macam bantal busuk ni lagi la terkejut. Tetiba ada orang nak tempah aku. Makcik plak tu. Lagi aku terkejut kawan mak aku. Mak abaahhh aku telah dinodai!!!

Cheh ternoda la sangat kan?Mengarut je keje ko afzal oi. Kan sebelum ni aku ada exposed pasal gubahan hantaran kawen aku yang aku buat sendiri kan? Tak sangka plak ada orang berminat dan mintak aku buat gubahan. Anak pompuan makcik tu yang nak kawen.. aku plak yang berdebar. Selama ni aku buat untuk family2 terdekat je. Kira 1st time la aku terima tempahan luar petak penalti ni!! Gugup kejap


Memandangkan makcik tu pun nak ringkas dan tak crowded, aku pun buat yang simple but nice.Warna plak sama ngan warna tema kenduri aku dulu, warna purple. Ni adalah tapak hantaran yang aku decorated.


Ok ni pandangan atas. Kalau korang nak pandangan bawah, pandangan dalam atau pandang2 jeling boleh pm aku dari 5 petang hingga 9 malam (9 malam dan ke atas aku miting bulan sabit merah) Wah kemain ko Jemah Bin Jemain oii!!


Ni plak gubahan sireh junjung yang diilhamkan dari susu cap junjung. Ececeh. Sireh aku 
guna sireh tiruan tanpa mengabiskan pokok2 sireh rumah jiran dan kawasan rukun tetangga sekitar taman aku. Lgipun senang nak jaga :)


Ada 8 dulang semuanya termasuk kek tanpa dekorasi. Kelmarin siap, semalam gak aku hantar. Alhamdulillah makcik dan keluarga pengantin berpuas hati. Tang tu je yang aku risau kot2 tak kena ngan taste orang. Siap bagi extra lagi kat aku.

Kalau korang nak kawen ke hape leh je aku buatkan hantaran. Untuk kawen kali kedua dan seterusnya ada diskaun menanti anda kahkahkah cam harommm :D


P/s : Aku suka buat keje2 cenggini, hampir2 nak bukak butik pengantin dulu





Monday, January 14, 2013

Jiran Rumah Sebelah Punya Cerita


As salam,

Jiran aku baik2 semuanya, kalau ada yang tak baik pun.. aku tak panggil jiran. Lebih mesra dan sinonim aku bahasakan mangkuk hayun, kukur kelapa ataupun pam jamban. Hari tu aku ada cerita pasal jiran kanan rumah aku kan? Tapi hari ni aku nak cerita jiran kiri rumah aku plak :)

Jiran aku ni orang baru, muda rumaja tapi dah kawen. Si isterinya rajin la masak, kalau nak diikutkan dalam seminggu complete 1 set pinggan mangkuk dia kat umah aku. Satu keje plak mak aku mikior nak ngantar apa plak kat dia. Dia hantar lauk pauk, kuih muih, buah buahan. Tapi.. ada tapinya ngeh ngeh ngeh :)

Pernah dia menguji tahap IQ kitorang sekeluarga, dia ngantor macam buah melaka, bulat2 dan kelapa kat luar tapi yang aku musykilnya air gula melakanya pon kat luar, tu pon dah terserap kat kelapa. Perghh gigih aku nak menelan hahaha. Ada plak sekali tu dia hantar lauk, resepi baru katanya kat mak aku. Aku gelak2 je sebab boleh agak mesti antar menda alah pelik lagi. Nah kan betul! Timun balut telur. Banyak plak tu. Mesti dia tengah kagum mengombang ngompih lobang idongnya dek berjaya membuktikan ke-kretifan beliau kat mak aku :D

Tapi pape pun aku impressed ngan jiran aku ni. Sekurang2nya dia berusaha nak bergaul dan beramah mesra ngan jiran tetangga, walaupun terpaksa menuntut ngan chef dari negara Isketambola. Kikiki :D

Haa ni baru betei buah melaka :) Nyum2 rasa macam bulan pose plak :)


P/s : Jiran 2 belah rumah aku plak anta kari ikan bilis, dia kata abah aku suka. Hahaha

Friday, January 11, 2013

Basuh Baju Sambil Mengerang Hahahampeh!


As salam,

Ni citer lama, dulu2 la masa aku ada housemate dulu. Nama budak ni Syaiful Azhar Syed Suffian Al Buruj (oh bukan nama sebenar). Dia budak umah kitorang, rumah sewa kitorang ada 4 bilik, 4 orang so sorang amik sebilik la.

Almaklumla faham2 je la bila dah sorang sebilik ni, privacy terlebih2. Macam2 benda boleh buat sensorang dalam bilik kan? Tido pakai spender.. tido tak pakai pape pun boleh jadi! Ngeh2. So berbalik kepada citer kawan aku ni. Dia ada beli headfon, mungkin nak dengar mp3 la kot, aku tak amik port. Masuk bilik terus kunci pintu.

Nak dijadikan cerita kawan aku sorang lagi kat tandas, tengah basuh baju.. depan bilik si Syaiful plak tu. Tengah dia kusyuk basuh baju.. sekusyuk korek pusat.. tetiba dia dengar suara orang mengerang. Kuat weh.. giler ko tak kuat!! Kawan aku yang duduk bilik paling belakang pon boleh kua tanya apsal. Yela pelik, tetiba dengar orang mengerang.. tapi lain pesen dia punya mengerang ni!!

Tetiba bunyi mengerang hilang, si Syaiful kua bilik dengan muka toya dia cakap..

"Bunyi ringtone aku tadik"

Kahkahkah lahanat macam la bebudak lain tak tau dia pegi layan porno!! Kahkahkah




P/s : Aku dapat tau si Syaiful tu salah cucuk pin headphone kat laptop dia hahaha :D


Thursday, January 10, 2013

Misteri Jam 12 Malam


As salam,

Mula2 aku ingat movie, gigih aku bukak. Rupanya sebuah rancangan radio dari Singapura yang memutarkan cerita2 seram sejuk yang cukup buat aku kencing 14x dan hanya dengar time siang. Bukan apa time malam aku bizi sikit ececeh (takut cakap la takut). Ni baru 1st time dengar ni, perghh!!

Rancangan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat setiap 12 tengah malam di siaran 87.9FM. Siap ada blog lagi. KLIK SINI kalau nak ke blognya. Lagi satu aku baru start nak layan Misteri Malam, sebuah rancangan TV9 yang memaparkan kisah2 benar yang dilalui artis2 Malaysia mengenai alam ghaib. Pagi2 tadi aku khusyuk nengok kisah si Awie Rafael, tetiba boleh pop-up gambar hantu depan skrin. Wallawehh terantuk kepala aku terkejut. Haram jadah dan maki hamun aku pepagi.

Tapi aku nasihatkan pada yang lemah semangat, kuat ingatan dan penakut tu better korang tak payah tengok atau dengar. Jangan bagi bebudak sekolah dengar la, kompom tido, nak ke dapur, nak ke tandas semua nanti kita yang temankan. Aku tau la.. dulu aku pon cenggitu :)

Jangan tenung lama2 takut korang nampak apa yang orang lain tak nampak


Sekadar hiburan semata2 untuk yang percaya atau tak. Tapi pada aku itu adalah input untuk aku buat entry :) Cari idea nak buat citer antu. Huhu.

Jangan sampai jadi kes lama, DJ radio dapat panggilan dari kubur sudaahh hehehe~

Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday : Siapa Familiar Menda Alah Ni?




P/s : Aku takde harini pegi ukur baju untuk perarakan Maulidul Rasul., 
        kalau rindu tengok DP facebook aku je. Harap korang mentabah

Tuesday, January 8, 2013

Selepas Tiga Belas Tahun


As salam,

Keje aku memang cenggini. Keje panggil2 orang ajak jumpa, tak kira la blogger, kengkawan atau hape. Aku rasa dah macam PR plak. Haritu kawan aku kua idea, ajak geng2 lama ngeteh. Lama mana? Kawan2 13 tahun yang lepas.. kawan2 lepas SPM dulu. Tahap kuno dah ni.

Teh Tarik Session, lepak2 sambil chit chat. Takde buat benda2 berat macam gotong royong atau baiki perparitan yang tersumbat pun. Sesekali sembang, 2 jam rasa macam tak cukup. Tu baru 6 orang yang datang sebab last minit punya plan. Tu pun kitorang kecilkan skop kawasan. Sekitar Kajang-Bangi-Putrajaya. Oh bapak2 orang semuanya, cuma sorang je bujang tua kahkahkah (terima lah hakikat yang kawan kita sorang tu dah nak kawen :P)

Restoran ni bukan Yus kumpulan Jambu punya tau. Nama sahaja sama..

Lokasi Restoran Yus tepi highway SILK je. Senang nak cari. Tak banyak yang dibincangkan, lebih kepada tanya khabar masing2. Semua dah beranak pinak, dah berkerjaya hebat2 belaka. 1st met kita mungkin unformal dan kurang penyertaan, tapi aku akan pastikan meeting kita akan diteruskan.. macam cadangan kawan aku 3 bulan sekali.

Selepas 13 tahun kan.. berjumpa lagi kita. Aku harap takkan berhenti setakat itu. Insya Allah kita akan berjumpa lagi. Sebelum tu ni sempat gak aku edit gambar2 korang, dulu dan sekarang. Ada beza tak? :)


Ahmad Afifi. Cermin mata ngan perut ko lain ehh??


Mohd Naiem. Bakal menamatkan zaman 'bujang'nya


Fadhlur-Rahman. Bercita2 nak amik alih Lim Kok Wing


Shaukhi. Ko makin commell, takpe2 poket lebat. Status single :)


Saifullah. Pegawai PTD dan sangat penjimat orangnya :)


Yeah we're former student of MRSM Terendak 2000. Aku yang mana? Alahai opkos la yang oaling comel dan kiut sangat antara semua kahkahkah


P/s : Tengah prepare for blogger gathering plak :)

Saturday, January 5, 2013

Anak Orang


As salam,

Ni aku nak citer. Masa aku kat Kuantan, Rabu petang tu aku pegi pasar malam. Ye la time tu bujang lagi. Nak masak pon tak berbaloi rasanya. So pusing2 cari lauk, nasi boleh masak sendiri. Orang tak berapa nak crowded sangat so mana2 perlakuan pelik dan janggal tu memang jelas boleh nampak ngan mata kasar aku la.

Apa yang aku nak cerita ni, aku terpandang keletah dua beradik lelaki dalam lingkungan 5 atau 6 tahun. Tengah berbaris depan gerai air ditemani mak ayah dia. Aku plak kat gerai sebelah tunggu kawan aku tapau nasi.

"Mak, abang haus. Abang minum kat sini ye", kata si abangnya

Bila nampak si adik minum dalam keadaan berdiri, si abang tarik tangan adiknya ke bawah

"Adik, mak pesan kalau nak minum air kena duduk", si adik pun gigih turunkan badan menyangkung sambil sedut straw dalam2. Betul2 haus gamaknya.

Aku tengok mak ayahnya tunggu kat sisi anak2nya.. di tengah2 orang ramai lalu lalang. Situasi yang AWKWARD tapi AWESOME! Kalau la aku boleh salam si ayah dan ucapkan tahniah time tu..

Tu la kan.. beruntung kalau anak yang dididik jadi macam tu..
Dengar kata, senang diajar

Tapi nak buat macamana.. anak orang
Anak sendiri belum tau lagi macamana



P/s : Jangan putus asa, itu amanah Allah

Friday, January 4, 2013

Orang Biasa Sidai Baju, Tapi Dia Sidai..


As salam,

Aku balik2 terus ke dapur, tengok mak aku goreng cekodok (mukadimah cenggini buat aku lapo je)

Sambil menggoreng (diselangi lagu tema cucur adabi. Taktau? KLIK SINI), dia pun bukak cerita. Biasalah hari2 mak aku mesti update cerita baru punya.

Ni cerita pasal Makcik Yan, jiran sebelah kanan rumah aku (jiran sebelah kiri rumah aku story lenkali)

"Pagi tadi mak dengar Cik Yan ko menjerit", kata mak aku. Serius je muka dia.. seserius dengar pembentangan bajet tahunan negara walaupun mak aku cuma surirumah sepenuh masa.

"Kenapa?",singkat, padat dan comel aku jawab sambil kutil bucu2 cekodok yang garing.

"Dia nak sidai baju pagi tadi, tapi terkejut nampak biawak tersidai kat ampaian"

"Biawak??", wah kagum aku sekejap.

Ni ape plak pesen men sidai2 menatang kat ampaian. Tak tau la kalau jiran blakang umah makcik tu training sarkis

"Rumah blakang tu orang Myanmar yang duduk", sambung mak aku lagi. Dorang lapah biawak.. mungkin ada kenduri cukur jambul ehh!!

No wonder la, tapi cuak gak aku. Hari ni mungkin biawak, mana tau esok2 dorang pakat sidai kuda belang.. woooo~

sian memerang ni isk3 *buta haiwan sebab dah lama tak pegi zoo



Thursday, January 3, 2013

Bisa Gugur Jantung Gue #13


KLIK SINI untuk episod sebelum

Ain tersengih sendirian, dilemparkan jauh pandangan ke hadapan jalan yang tidak sesak mana. Boleh dikira bilangan kenderaan dengan jari. Jari tangan dan kaki, tipu la kalau hanya guna jari tangan. Tipu la.. berdosa tau. Masuk api meraka! Kelibat Man masih tak kelihatan tapi Ain tak kisah. Dia masih sanggup menunggu, asalkan Man sampai. Asalkan dapat lihat wajah Man..

Pagi tersebut terasa nyaman, redup dan berangin. Ain teringat perbualan antara dia dan Man sewaktu penat berjogging. Ainul dan Hanif hilang entah kemana. Tu tak lain tak bukan mesti mengayat awek di Cafe Bunga tepi tasik. Almaklumlah duit PTPTN dah masuk, berkepuk2 poket awal bulan maka panjang jugalah  langkah mereka. Ain teruskan stretching badan manakala Man sudah terbaring, penat agaknya. Penat sedut 2 cawan besar cool blog adalah!

"Ain aku tengok ko ni lone ranger je, ko takde boyfriend ke?"

Soalan Man buatkan Ain terkedu. Boyfriend? Sudah lama dia tak dengar istilah tu. Dah lama benar soalan tu tak ditujukan kepadanya. Istilah itu telah lama dikuburkannya sejak setahun lepas. Siapa? Mengapa? Biarlah menjadi tanda tanya.

"Kenapa? Ko tak suka kawan ngan aku ke?",Ain mencebik. Serius comel!

"Takde la. Aku tak kisah tapi bukan ke dalam usia sekarang ni, waktu ko tengah menggedik. Tengah menggeletis mintak dimanjakan? Mintak topup kat boyfriend, keluar tengok wayang sama2 sampai beratur bayar parking kereta pon nak sama2. Shuweett shengsangat kan? kan?", Man menganjing tersengih2. Ain mengetap bibir geram. Ain nampak Man dah serupa kuih keria.. nak gigit2 je rasanya!

"Ko cantik sebenarnya", hujung2 telinga je Ain dengar apa yang terpacul dari mulut Man tu tapi sengaja dia buat2 tak dengar. Tiba2 berderau darahnya, rasa semacam jantungnya jatuh bergolek2 ke tepi kaki.

"Apa ko cakap Man? Cakap sekali lagi aku tak dengar",Ain sengaja meninggikan suara. Sengaja minta Man ulangi apa yang dikatakannya sebentar tadi. Kalau suara Man cukup kuat, boleh dirakam.. mau saja dia jadikan sebagai ringtone. Wahh kemain!

"Aku pelik sebab ko sebenarnya cantik Ain, sekali pandang ko memang cukup serba serbi. Tapi.. tu laa", ayat Man mati di situ. Ain yang dari tadi control senyum, terus terbantut. "Laa tapi pulak dia!!"

"..ko ganas sangat. Kalau aku tak kenal ko, kompom aku tackle ko. Tapi sebab ko spesis buas, err takut aku. Bukan apa, aku fikir masa depan aku gak. Teringin gak aku tido atas katil",ujar Man membuat dahi Ain berkerut2.

"Kenapa plak?"

"Sebab ko ganas dan buas, aku takut katil aku cepat patah. Tu mujur katil aku patah, kalau pinggang aku yang patah camno? Hahaha!", Man gelak besar. Muka Ain merah padam. Disepaknya betis Man laju2.

"Tengok tu!!", Man cepat angkat kaki kanannya tinggi2, elak disepak kali kedua olah Ain. Betisnya yang sedikit berbulu itu diusapnya perlahan lahan. Sakit weh.. sapa kata tak sakit. Dah rasa macam langgar batu nesan plak!

"Ain ko nak boyfriend macamana?", Man meneleku, memandang Ain. Ain pura2 memandang tasik. Kenapa dia perlu bagitau Man?Perlukah dia jawab soalan tu?

"Aku tak kisah. Tapi kalau boleh la kan, aku nak bakal boyfriend aku tu mainkan satu lagu menggunakan gitar untuk aku. Sweet sangat", Ain tersenyum, mungkin dia turut membayangkan situasi bila mana seorang jejaka dengan wajah dikaburkan datang bermain gitar dan menyanyikan lagu kegemarannya.

"Ko tak mampu kan?Bukan ko pernah kata jari ko pendek dulu? Aku takut kalau ko main gitar makin pendek jari ko. Susah plak kalau ko nak korek hidung nanti",Ain gelak mengenakan Man kembali. Man menjuih.

Tapi itu dulu.. dulu2 punya cerita. Hari ni punya cerita dia akan keluar dengan Man, tapi Man masih tak muncul2 lagi. Janji pukul 10 pagi, ni dah pukul 10.40 dah.. Haishh

Tiba2 dari jauh kelibat lelaki yang cukup dikenalinya. Ain mengukir senyum

"Sori lambat.. marah?", sapa Man. Ain hanya tersenyum.. kepalanya digeleng

"So, kita nak kemana?"ujar Man lagi.

"Tak tau", ringkas sahaja Ain membalas sambil memerhatikan jam di tangan.

"Hmm.. kalau macamtu, ikut awaklah ye. Saya folo je", Man mengangkat punggung untuk beredar.. tapi Ain masih lagi duduk. Memerhati ke kiri dan ke kanan.

Man beredar menaiki Polo milik Mely manakala Ain masih duduk menunggu kehadiran Man. Menunggu janji Man untuk keluar dengannya semalam sambil ditemani Ainul di sisi. Bukanlah Man yang berada di sisi Ain dan bukan Ain yang berada di sisi Man. Tapi Mely dan Ainul..

"Rasanya pagi2 lagi si Man dah keluar.. kemain dia bersiap. Wah cantik ko hari ni Ain. Mati2 aku ingat sape la tadi", ujar Ainul tapi acuh tak acuh sahaja Ain mendengarnya. Matanya masih meliar dengan harapan kelibat Man bakal muncul.

"Ni ko buat apa kat sini?", tanya Ain kepada Ainul.

"Hmm masalah dalam negeri ni. Boxer Haniff hilang plak. Ko ada nampak tak? Dia kata ada jemur pagi tadi, takut terbang kena tiup angin je", beria2 Ainul menerangkan, tapi kenyataan yang si Ainul berikan buat dia sedikit konfius.

"Err.. err Ainul. Kalau ye pun boxer si Hanif tu terbang, takkan sampai hostel kitorang kot? Jauh kemain dia pegi. Ehh kalau diukur jarak dekat dua kilometer nih!", berkerut2 dahi si Ain. Ainul plak dah serupa kerang busuk.. tersengih2.

"Err Ain aku gerak dulu la ye. Japgi sampai la si Man tu", ujar Ainul lalu meninggalkan Ain sendirian.

Ain bingkas bangun, lantas ketika itu jualah doanya dimakbulkan. Akhirnya dia terlihat kelibat Man, tapi Man bukan sendirian. Man dengan gadis lain dia dalam kereta yang sedang dipandu laju melintasinya. Betul.. tak salah lagi. Itu Man. Man yang pernah membuat janji dengan dirinya semalam dan hari ni dia telah memungkirinya.

Langit yang redup dan semakin mendung sedari tadi mula menampakan titik2 hujan di atas jalan. Ain mengesat pipinya yang basah, tidak tahu samada basah disebabkan titisan hujan atau titis air matanya. Dia kembali duduk, terus menunggu di situ dengan harapan bukan Man yang dilihatnya tadi.

**********

Man beria2 menoleh kebelakang tanpa mempedulikan seketika Mely yang sedang memandu.

"Kenapa Man? Man kenal ke sape tu?", tanya Mely. Man membetulkan duduknya kembali. Fikirannya masih terawang2. Soalan Mely langsung tak dijawabnya.

"Ain ke tadi?",terdetik di hati kecilnya dan mula dihantui rasa bersalah. "Kalau betul la itu Ain..",Man menghela nafas panjang. Pandangannya semakin kabur di balik cermin dengan pecahan air hujan yang berkaca ditemani melodi lagu jazz nyanyian Dato' Shiela Majid. Ketika itu hanya wajah Ain sahaja yang bermain di benak fikirannya.. bukan Mely, bukan Hanif. Hanya Ain!



**********

Hanif menadah tangan berdoa di hadapan bukaan tingkap biliknya. Matanya bengkak.. sesekali disedut hingusnya dalam2 serupa penyedut hampagas layaknya. 

"Aku harap orang yang rembat boxer kesayangan aku dunia akhirat, termanis, tercantik dan paling vogue itu diberikan balasan kentut berbuih2. Err tak pun kentut bunyi zapin!"

Tersedu2 Hanif mengenangkan boxer kesayangannya itu. Bayangan boxer pinknya itu seolah2 melambai2 sambil berlari2 di tepi pantai walaupun tanpa kaki ke arahnya, bermain2 di kotak fikirannya. Sian Hanif.. tapi kesian lagi si Ainul. Ke hulu kehilir dia carikan boxer si Hanif, kalau tak alamat habis la boxer dia pulak yang dukerjakan si Haniff.

Sudaa.. alih2 si Ainul plak yang menangis!!

(Bersambung)







Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com