Kisah Alam Angker : Abang Telefon Siapa Tu?

1:23 PM


Ruang legar sekitar bangunan pelajar semakin lengang. Sejak loceng dibunyikan menandakan berakhir waktu  kelas malam, kesemua pelajar mula bertumpu ke dewan makan. Ada yang ke kantin dan yang selebihnya kembali ke asrama masing2. Tidak ramai yang ada di sana melainkan beberapa orang pelajar sahaja yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam. Telefon itu sahajalah yang masih berfungsi cuma tidak tahu sampai bila usianya.

Azim mengira baki syiling yang ada. Sejak mula mengenali Diana, dia terpaksa mengumpul syiling sehari demi sehari. Almaklumlah peraturan asramanya menghalang untuk dia membawa telefon bimbit. Biasalah orang baru berjinak2 nak bercinta, semuanya sanggup diredah. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekasih hatinya itu.

Sesekali Azim menjenguk ke luar tingkap biliknya, dari jauh kelihatan tinggal dua orang sahaja yang masih menunggu di hadapan telefon tersebut. Nak dikatakan dekat, taklah jugak. Adalah dalam 300 meter dari blok asramanya. Azim keluar sesekali matanya memerhati sekeliling, takut2 tindakannya itu disedari warden yang bertugas. Jam ditangannya menunjukkan hampir pukul 11.30 malam dan warden melarang keras pelajar2 berada di blok bangunan pelajar. Mungkin tak mahu ditangkap sumbang mahram.. mungkin..

Angin malam yang bertiup sepoi2 sesekali menggigit tulang belulangnya dari luar. Dari tadi cuaca malam semakin memekat, tiada kelihatan bintang di langit menandakan hujan bakal turun bila2 masa sahaja dari sekarang. Azim mempercepatkan langkahnya, bukan sekadar untuk merebut giliran menggunakan telefon tetapi datang suatu perasaan bimbang. Bimbang tentang apa? Biasalah duduk di asrama, acapkali dimomokkkan dengan kisah2 angker yang tak tahu di mana tahap kesahihannya. Dia tak peduli, dibutakan segala rasa dan ketakutan.. tumpuannya hanya matlamat asal. Pergi jahanam segala cerita!

Hanya langkahnya yang kedengaran berdecit2 tatkala melalui kawasan berlopak. Dia baru melintasi kawasan  sunyi, sisi bangunan pelajar. Dia tak berani memandang sembarangan, matanya hanya tertumpu pada pelajar akhir yang baru meletakkan gagang telefon. Hujan mulai turun renyai2, suasana sekitar kawasan semakin kabur. Yang tinggal hanya dia seorang sahaja di situ.. ya, Azim seorang sahaja.


Bangunan pelajar sunyi sepi, tak banyak lampu dibuka. Hanya penjuru2 bangunan sahaja yang dibuka lampunya. Tapi tak membantu sama sekali kerana cahayanya cukup malap. Kawasan legar depan dewan cukup gelap. Sesekali macam terdengar suara kucing, bunyi cengkerik dan katak.. tapi Azim langsung tak mengendahkannya. Dia lantas menjatuhkan syiling dalam slot dan mendail nombor kekasihnya.

Rancak dia berborak, sedar tak sedar loceng jam berbunyi menandakan tepat jam 12 tengah malam. Dia pasti dalam suasana hujan sebegini, warden sudah mula tarik selimut.. apatahlagi jaga yang meronda. Sempat la dia menghabiskan syiling yang berbaki dalam 70 sen sahaja lagi. Kantin sudah lama gelap dan lampu di blok asrama semakin kurang.

Antara sedar atau tidak, tatkala Azim melemparkan pandangan pada hujung lorong di hadapan dewan dia terlihat kelibat sesuatu yang tegak berdiri, berendoi2 ke kiri dan ke kanan. Sangat jauh, tak jelas pada pandangannya tapi dia pasti ada sesuatu di situ. Matanya kembali pada telefon, masih ada baki 40 sen di situ. Hatinya tiba2 berdebar bila melihat kelibat itu seakan2 bergerak menghampiri lokasinya, berendoi2 kiri dan ke kanan. Apakah bendanya itu?

Dahi Azim mula dibasahi peluh, baki 20 sen padanya terlalu lama. Suaranya pun tenggelam timbul, dadanya berombak. Suara kekasihnya di talian tidak lagi diendahkannya. Nak letak, boleh bawak bergaduh. Nak tak nak ditunggu juga sehingga habis baki yang ada. Dalam keadaan takut2 alang, Azim mengerling ke kanan.. tiada?? Benda itu tiada lagi di situ. Dia tak berani nak kata apa2, salah cakap buruk padah. Tapi dalam kotak fikirannya hanya fikir itu.. 'benda itu'!

Dalam kalut2 dia mengintai kiri dan kanan, tiba2 ada satu suara menyapanya dari belakang. 'Abang telefon siapa tu?'. Azim menoleh ke belakang. Berderau darahnya naik ke kepala tatkala melihat ada sesuatu yang berdiri di belakangnya, tak tahu sejak bila. Susuk seolah2 seperti wanita separuh umur, tidak berapa jelas rupanya tapi kelihatan pucat kurus. Rambutnya panjang paras pinggang, dan paling menakutkan mulutnya.. menyeringai lebar hingga ke pipi. Dia berendoi2 ke kiri dan ke kanan..

Azim tergamam, mulutnya terkumat kamit entah apa yang dibacanya. Akhir sekali dia berjaya membaca ayat Kursi. Malang sekali apa yang cuba dibacanya.. diikut juga oleh makhluk berkenaan sehingga tamat. Azim tak tahu apa lagi yang mampu dilakukannya. Kakinya terasa lemah sebelum matanya menjadi semakin kabur.. gelap.

Sehari sebelum..

'Ceh ko cerita apa ni? Apasal la pelik sangat hantu ko ni. Berendoi2? Dah macam buaian plak', ujar Azim kepada Muiz. Muiz dan yang lain diam, tersentak dek kerana kecabulan mulut Azim. Cerita Muiz terbantut di situ

Azim bangun meninggalkan bilik dengan pandangan sinis. Padanya itu semua cerita karut, tak pernah dia dengar cerita sebegitu sejak dia menjejakkan kaki di asrama tersebut.

'Korang tengoklah nanti, kalau dia muncul.. aku bakar sahaja dia dengan ayat Kursi. Hey ini Azim laa'

Mereka diam seribu bahasa, ditinggalkan Azim dengan ayat angkuhnya..

Kini..

Kehilangan Azim menjadi tanda tanya. Ada yang menyangka dia keluar secara haram malah ada yang mengatakan dia pulang bermalam. Sesiapa sahaja boleh andaikan tetapi tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya..

Di laman sosial Facebook tiada lagi insan bernama Diana Al Attas di situ.. Dia lenyap tanpa kesan, lenyap pada tarikh yang sama Azim hilang..




P/s : Lama aku tak buat citer antu :)

Arwendanish GA FM Aussie

2:23 PM


As salam,

           Kehadapan sis yang diingati dan menggiurkan selalu, semoga sis berada di dalam kandungan sihat walafiat walau sudah tidak mengandung lagi.

Sister ngesot,

            Adapun warkah ini tertaip oleh saya adoyainya pun, adalah bagi merealisasikan dan menunaikan janji yang mana saya akan mengutus surat berkenaan menatang yang ingin sis berikan. Saya tau sis sengaja mengayat saya untuk mengejoining GA tersebut, walaupun saya tampak gagah dan berbulu di luar.. tetapi hati saya begitu rapuh seperti beskot cap ping pong adanya.

         Saya tertarik dengan hadiah yang ditawarkan di dalam GA sis, seolah2 berbentuk boomerang. Walaupun bukan seekor memerang, tetapi saya pasti ia mesti sangat berguna lebih2 lagi bila selipar saya tersangkut pada atap rumah nanti dek kerana main baling selipar.

          Justeru itu ternyata saya lebih layak untuk digandingkan dengan boomerang tersebut. Di sini saya menyeru agar sis mereply surat saya bertarikh seperti di atas dan nyatakan saiz, panjang darab lebar dan ketebalan boomerang tersebut bagi memastikan ia selamat dimainkan dan terhindar dari tersedut masuk ke lobang idung anak menakan saya.

         Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari Gawai dan ikutilah langkah2 keselamatan jalan raya, jangan parking di petak OKU. Mengakhiri surat saya ini, ingin saya sedekahkan serangkap pantun buat tatapan sis anak beranak.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang?

Jawab.. jangan tak jawab

Yang benar,
Afzalsukasuki
Ketua Peniup Belon
Penjaja Kecil Pasar Malam Kawasan Bangi



P/s : Di sini saya sertakan gambar ukuran pinggang buat lepas rindu


Maaf Abang Tak Tahan Godaan

12:00 AM


As salam,

Aku tengok perut bini aku makin besar, ada baby, ada lemak tepu dan talu perut membuatkan aku tekad nak carikan dia maternity blouse. Aku tak tahan tengok butang2 baju dia asyik tertanggal je. Dah satu keje nak jahit2 bagai.

Nah apa guna ada suami comel yang bertanggungjawab macam aku ni kan? Aku lantas bertenteng ke kereta (kucing aku boboy gonggong sebelah lagi selipar aku) keluar dengan harapan cari baju untuk wife aku. Mak aku tawarkan kehebatan dia memilih pakaian, tapi aku tepis bulat2. Huh ternyata dia memandang rendah kemampuan aku!

80 menet kemudian,

'Along balik ni..', aku cakap mengikut rentak irama zapin di depan pintu. Mak aku muncul, terus capai plastik baju kat tangan.

'Mana baju Zatinya?', Mak aku teruja tapi mula berkerut sambil usha aku atas dan bawah ketat2.

'Err.. err terlupa beli la mak!', aku tersengih2 je. Membuntang mata mak aku.

Macamana aku boleh lupa beli blouse wife aku, ni semua salah Parkson.. sape suruh buat sale. Dari nak pegi beli baju bini, baju sendiri plak yang aku bawak balik.

Maaf sayang.. abang lemah, tak tahan godaan aww :P



P/s : Bulan ni ayang pakai baju abang dulu la bulih? :P

Salah Ke Aku Kalau.. [18SX]

12:30 PM


As salam,

Aku ada baju t-shirt yang mana sehari dalam weekdays tu aku akan pakai. Warna putih, fabriknya lembut macam muka aku. Tapi yang tak bestnya ia agak nipis.. macam kulit aku gak. Jadi sebagai lelaki yang jadi perhatian (aku rasa la) sedikit sebanyak perkara in merunsingkan aku. Korang boleh agak, apa akan jadi kalau aku pakai? Melainkan aku ada pakai bra kat dalam ehh??

Jadi aku dapatkan solusi terbaik.

Tapi alih2 mak aku gelakkan aku..
Bila wife aku perasan, dia pon join sekaki gelakkan aku...

Apa? Salah ke?
Salah ke aku tampal selotape kat puting aku?
Mencik ahh cenggini!!
(lari2 anak sambil geget bucu sapu tangan di tepi pantai)



P/s : Aku bimbang kalau aku biarkan je terdedah, nanti puting aku masuk angin.
        Kalau2 orang tengok.. dorang geram lantas geget2 camner??

Entry Sedar Diri

12:00 AM


As salam,

Aku terbaca entry blogger ni, tutorial buat profile blog yang comel. Oh kalau korang berminat KLIK SINI. Aku bukan nak down kan korang, aku paham ada antara korang yang terkinja2 teruja kemain nak buat tutorial cenggini kan? Mesti nampak comel macam akak kita kat bawah ni kan? kan?


Tapi mentabahlah, kalau korang buat secomel mana pun.. kalau muka serupa spender terselit seperti contoh di bawah ni baik lupakan. Ada harapan jadi bahan gelak guling2 sepupu sepapat. Nama tutorial pon Profile Owner Blog Yang Comel  ,bagi la kat yang comel2 je hehehe

Bajet manja la buat muka cenggitu?


Cenggini boleh dikata comel? Kuss semangat!!


P/s : Aku sendirik rasa nak bagi kaki nengok gambar sendirik!

Al Fatihah Untuk Dia

9:08 AM


As salam,

Dalam pada aku blur nak tulis apa pagi ni, aku lihat follower aku bertambah seangka. Rupa itu pernah aku kenal satu masa dulu, di awal tahun 2011. Ada kepincangan emosi dan ada cerita disebaliknya. Bagi yang dah mengikuti blog aku sedari awal.. korang mungkin ingat mengenai seorang admirer aku.

Hari ini, aku lihat semuanya asing, lain template apatahlagi penulisan. Blur sekejap aku pepagi ni, dia pernah hilang dulu tapi sekarang dia muncul lagi. Sedari tadi aku terus mengikuti perjalanan ceritanya hingga satu masa aku terkedu. Benarkah dia tiada lagi? Benarkah dia telah pergi mengadap Ilahi?

Aku tak tau nak rasa apa. Tak tahu aku nak luahkan bagaimana. Perkenalan kami terlalu cepat dan akhirnya dia hilang. Ada cerita pendek tentang kami suatu masa dulu, tapi kini dia telah noktahkan ceritanya itu

Cinta itu buta tapi tak pernah membutakan sesiapa. Aku tak pernah menyalahkan dia atau siapa sahaja. Malah akulah sepatutnya memohon maaf. Maaflah kerana sedikit sebanyak mengganggu emosi kalian.  Maaflah kerana setia aku kepada kasihku terlalu dalam...

Zizie itu Jo Qusairy, tapi Jo Qusairy belum tentu Zizie..

Jika kau baca entry ni, sampaikan salam kepada krew dan keluarga..
Dan Al Fatihah untuk Allahyarhamah Sharifah Noor Azizah (Zizie)
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..


Amin.. Amin Ya Rabbal Alamiin.




P/s : Korang boleh baca selanjutnya kisah ini DI SINI


Dalam Blogging Pun Ada Politik?

9:46 AM


As salam,

Selamat hari Isnin, Selamat hari Selasa untuk penduduk negara Oltapagos, selamat ber-Negaraku untuk budak2 sekolah dan selamat hari jadi untuk mereka yang selebret besday hari ni. Aku nak cerita apa kali ni ye? Apa kata kita borak pasal politik.. nak?

Ni bukan politik negara, tapi politik dalam berblogging. Dulu aku naif, tapi sejak terkena batang idung sendiri aku buat aku lebih berhati2. Ni cerita tahun lepas, time aku tengah high semacam online siang malam. Aku tak fofular mana tapi rapat la ngan anak2 buah aku sebab aku punya group blogging sendiri. So kalau ada pape probs, budak2 ni akan chatting ngan aku tak kira masalah apa pun, dari masalah perparitan hingga masalah ubat gigi tamat tempoh pun aku akan cuba selesaikan.

Then satu hari ada sorang blogger, cantik orangnya datang cari aku. Aku panggil dia A. Dia suruh aku add sorang mamat ni. Mamat ni aku panggil B. Dia kata ada benda nak dibincangkan. Lepas aku add, mamat ni perkenalkan diri then cerita la masalah dia. Dia bukan blogger, tapi merupakan antara orang kuat syarikat pengiklanan yang femes di blog. Dia cerita la ada sorang blogger pompuan nak jatuhkan dia la, blogger tu kena tangkap basahla dan at the same time dia cerita pasal hubungan dia ngan seorang blogger retis ni. Rumit la mamat ni, serumit bulu kaki yang tersimpul dan kita cuba nak leraikannya :P

Lepas dia pungpang2, dia mintak aku buat entry, cerita balik apa yang dia ceritakan kat aku. Aku dah niat nak tolong dia, tapi asyik lupa je. Hingga satu hari tu si A cari aku balik luahkan perkara sebenar. Sebenarnya dia pun baru je kenal si B. Since dia kenal B, dia kerap dihentam di FB yang rata2nya perempuan. Kebanyakannya adalah 'sepah' yang ditinggalkan si B. Akhirnya dia tahu rupa2nya B adalah kasanova, sering memerangkap gadis2 cantik untuk dijadikan mangsanya dan kebenaran itu diketahui sendiri daripada blogger yang dikatakan cuba menjatuhkan si B!

Tak hairanlah si B bersikap pelik bila asyik ajak berjumpa hingga satu tahap di mana si B mula ajak tido bersama! Huh terkejut kan? Aku lagi laa. Tapi apa motif sebenarnya aku tak pasti. Mungkin aku sekadar kambing hitamnya kot.


Aku masih dikira mentah di dunia blogging ni, sekurang2nya aku bernasib baik sebab tak tersungkur gara2 tipu daya cenggini. Mereka mungkin hebat, tapi mereka lupa perancangan Allah Maha Hebat kan? :)

Nasib aku tahu kebenaran, kalau tak mungkin terunaku direnggut si B seperti yang lain aww kahkahkah :D



P/s : Next time korang pun hati2 jugak la ye. Bukan semua orang boleh diajak main tengteng

Bila Wife Mula Bersuara

12:00 AM


As salam,

Wife aku ni jarang sangat nak bersuara apatahlagi mengungkit. Tapi bile dia start, perghh menanah ulu atiku nih. Ni semalam punya cerita, harap jadi pengajaran bagi suami2 atau bakal suami di luar sana.

Tengah aku kusyuk drive nak balik rumah (baru lepas amik dia keje) tetiba dia tanya aku;

'Sebelum kawen abang ada janji ngan ayang something..'

Aku blur, janji apa plak ni?Fiil wife aku ni, dia boleh ingat setiap benda waima benda remeh sekalipun walaupun acapkali aku tenggelamkan kepala2 semut dalam air dia. Kuat ingatan dia kemain.

'Janji apa plak ni?', berkerut muka aku, puas mikir. Kerut muka aku ni, dah tahap boleh jadikan slot letak cd.

'Dulu sebelum kawen, abang kata kalau duduk KL abang nak bawak ayang kua jenjalan pusing KL. Tapi ni dah masuk setengah tahun bang, perut pun dah membuyung ni.. jangan kata KL, signboard KL pon ayang tak nampak2 lagi! Balik2 Mines.. balik2 Mines!', selamba dek je dia tuju kat aku sambil buat muka toya.

'Erk!, ' Tu je yang terkeluar. Tetiba terkemut kepala aku masuk dalam baju.

Moral of the story :  Biasala ayat sebelum kawen memang cenggitu, manis macam gula2 kapas :P

Haa ni muka toya ala2 Korea. Tutorial buat muka cenggini akan
di ajar nanti. Harap mentabah.


P/s : Yela2 wiken ni kita pegi pasar malam







Ucap Alhamdulillah Boleh Direjam?

11:45 AM


As salam,

Setiap hari rutin aku, lepas bersiap untuk ke kerja aku akan mengadap tv sementara tunggu masuk waktu Subuh. So dalam masa itu aku akan layan la tazkirah2 yang ada. Bagus jugak, bukan selalu aku ada kesempatan macamtu. Mungkin itu aje masa yang aku ada.

Ok berbalik pada tajuk, aku dengar ceramah Ustaz Ghazali di rancangan Bismillah. Menurutnya melalui kalimah alhamdulillah sahaja, seseorang itu boleh direjam dengan batu! Curious? Aku lagi la. Tapi ada situasi yang membolehkan seseorang itu direjam.

Bila mana kalimah alhamdulillah itu dilafazkan pada upacara atau keadaan yang salah di sisi agama Islam. Contohnya ucap alhamdulillah lepas berjaya mencuri atau ucap alhamdulillah dalam keadaan tidak berpakaian menutup aurat di khalayak ramai kerana dapat sesuatu anugerah. Erk!

Ye aku terkejut, korang pun mungkin rasa macam aku rasa sebab perkara itu kerap berlaku di hadapan mata kita, di mana2 sahaja bila2 sahaja dan mungkin kita juga pernah mengalaminya. Takpe2 ini ilmu, mungkin baru bagi aku.. dan segelintir antara korang yang lain. So pliss jangan diulangi lagi, ingat hukumannya rejam!

Itulah hukum, hanya dengan meletakkan kalimah alhamdulillah di tempat yang salah sahaja kita boleh dihukum rejam.. inikan pula kalimah Allah? Bayangkan sahaja apa hukumnya.

Sekadar berkongsi ilmu. Wallahua'lam.



P/s : Zalim maksudnya menurut kamus dewan ; meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
        Adakah kita ini zalim?

Aku Dalam Majalah Remaja

8:44 AM


As salam,

Aku baru balik cuti semalam, cuti lama la katakan. Balik2 terus aku pegi kedai beli majalah Remaja. Hahaha betul la tu, blog aku dalam majalah tu keluaran 15 Feb 2013!

Aku target lepas ni aku masuk tv kahkahkah berangan naharom!

Aku dah tau since bulan lepas, editor majalah Remaja kata nak masukkan blog aku dalam ruangan dia. Citer sebenarnya aku nak join satu segmen ni, tapi editor kata dah ada orang join. Aku saja ngetes dia, kalau tak boleh join takpe la.. mana la tau boleh masuk blog aku dalam ruangan dia. Tup2 dia emel, boleh plak katanya. Hahaha.

By the way cik editor yang comel cantik bijak dan subur (erk!), mekasih la sebab bagi peluang blog ntahapehape ni nyelit dalam ruangan awak ye. Trimas gak untuk rating awak tu, rasa macam review filem plak :P Mak aku lagi kelakau, aku tengok puas dia belek majalah tu. Aku ingat dia cari apa, rupa2 dia cari muka aku! (lepas tu aku terus tempek gambar berukuran paspot sebelah artikel aku tu bagi memuaskan hati semua pihak)

Untuk perhatian emak, muka den ni tak sesuai kek dalam majalah tu.. tapi lebih osem dan kacak bergayo kalau di tempek kek iklan tonik pelebat bulu kaki atau dijadikan model kukur kelapa.

aku suka Anzalna tapi sayang dia tak suka aku :(


P/s : Remaja lagi rupanya aku ni aww

Bekal Air Bentuk Tali Leher?

1:20 PM


As salam,

Siapa sangka kan, tali leher yang kita pakai hari2 tu boleh jadi bekal air? Yup nampak macam tipu tapi itulah hakikatnya berlaku. Kini ada tie yang boleh kita pakai, tapi dalam masa yang sama boleh dijadikan bekal air!

Flask Tie dihasilkan hasil dari kerja inovasi tatkala melihat pekerja2 yang penuh tangan dan kiri membimbit beg dan fail, yang mana hingga terlupa untuk minum pagi. Di sebalik tali leher biasa, terdapat satu bekas air yang sama bentuk dengan tali leher tersorok dibelakangnya. Jadi sekarang masalah selesai, tak sempat minum pagi bukan lagi alasan.

Tapi untung pada budak2 sekolah terutamanya sekolah tadika yang mana kawan2 mereka yang lain tak dapat pow air lagi seperti selalu kerana tersorok. Tapi apa yang aku nampak, time2 puasa nanti alamatnya ramai la kita nampak bertali leher bagai waima tengah menoreh getah sekalipun huhu.

Kemain dia nyuruk2 nyedut.. lagi2 time pose. Perghhh!!

Ha ni cara2 nak sorok botol air dari di pow kawan2 kelas

Alahai Isteriku : Fear Factor

1:51 PM


As salam,

Minggu Lepas Punya Cerita ;

'Abang jom join Fear Factor nak?', kusyuk isteri aku kunyah karipap depan tv

'Tak nak la abang gayat', aku menjawb tapi mata terus memaku ke arah game di ipad.

'Ape la abang ni. Kalau kita masuk bla bla bla. Meningkatkan ekonomi per kapita isi rumah bla bla bla. Menambahkan semangat kerjasama, patriotisme dan harmoni bla bla bla' dan banyak lagi patah perkataan di belakangnya itu membuatkan aku turut bla dari situ masuk ke jamban mencari sedikit ketenangan.

Kelmarin Punya Cerita ;

'Abaaannnnngggg!!!', dengar suara isteri aku menjerit. Aku cepat2 ke dapur.

'Apsal? Apsal?', termengah2 aku. Yela baru letak punggung atas kerusi, dah nak kena angkat balik. Tu siap berlari2 tu. Penat!

'Ulaaattt! Eiiii!! Buang laaa!!', sambil badan bini aku mengeliat meliuk dek gelikan ulat sampah kat tepi sinki. Kaki dia terangkat2 dah serupa orang nak berkawad pon ada.

Bukan sekali.. 3 -4 kali kot dia bantai jerit malam kelmarin. Semua pasal ulat sampah tu. Last2 aku dah tak mampu angkat buntut sendiri, aku pass kat mak aku je suruh handle.

Cenggitu nak masuk Fear Factor? Kahkahkah baik masuk pertandingan teka kacang dalam botol!


Aku Sangat Comel Di Perarakan Maulidul Rasul

11:48 AM


As salam,

Sepatutnya aku dah keluarkan entry ni last wik, tapi aku baru dapat gambar. So lambat la sikit ye. Ni 1st time aku terlibat ngan perarakan Maulidul Rasul kat Putrajaya. Pagi2 sebelum subuh aku dah kena sampai kat HQ. Korang tengok la gambar2 yang aku publish ni ok

Dah macam gelandangan dapat bantuan makanan plak aku nengok. Makan nasi lemak pagi tu

Pagi2 dah dihambat berbaris. Korang boleh bayangkan, jauh ya amat opis aku nak ke masjid Putra!

Ni jabatan apa aku pon tatau tapi bagus, dengar kata. Berbaris siap angkat2 tangan (serupa sekolah)

Oh ni sepanduk jabatan aku. Bukan aku buat, kalau aku buat ensem lagi kot

Aku comel, kawan aku ayu.. sesuai jadi model iklan kapur barus perisa straberi

Ko tengok ada jabatan bawak kompang. Aku ingat perarakan berkhatan join skaki

Ni antara muka2 geng pertahanan awam yang escape perbarisan dengan alasan senggugut

Mamat depan tu buat2 pandang blakang. Takut orang kata menunjuk2 emsem

tertido sebab rasa empuk nak kuda. Kalau naik kambing atau kuda laut mungkin dia tak macamtu

Dorang dijemput khas dari Papua New Guinea, menunggang kuda sambil menggunakan sempoa.

tengah berarak tu tetiba aku tengok ada orang terbang atas kitorang

Terbang2 gak, jangan ko kencing atas kitorang sudaahh

Disebabkan dia asyik amik gambar orang, aku dengan ikhlasnya amik plak gambar dia. Kesian

Semua semangat berarak ke arah masjid putra. Yang baju hitam tu lost, tengah cari barisan balik

Ramai tak? Ramai tak? Seronok gak ramai2 berarak kat sini. Kenal kawan2 baru

Kat dataran kitorang sekali lagi berbaris sementara menunggu ketibaan DYMM YD Agong

Ni la keje aku hari tu, tolong amik gambar untuk Jabatan.

Aku bersyukur dan berbangga yang kita berkumpul beramai2 haritu bagi menyambut 
kelahiranjunjungan besar Nabi Muhammad saw. Bukan setakat perarakan semata2 tapi 
aku lebihharapkan yang Nabi itu sendiri menjadi idola di jiwa setiap umat islam yang ada.

Apa lagi yang boleh aku gambarkan? Hanya tersenyum puas. Harapan tahun depan
dapat join lagi insyaAllah :)





Suweet Sangat Kan?

12:00 AM


As salam,

Aku baru nak buat cerita cinta tapi tetiba ada cerita yang menarik minat aku. Tadi aku blogwalking baca la entry2 followers. Ada satu blog ni cerita pasal dia ngan bf dia.. Ok untuk pengetahuan dia budak sekolah.

Blog dia cerita pasal hidup dia dan bf, makan ngan bf, beli adiah mahal2, beli itu ini kat butik (dia mention butik semuanya, takde pon pasaraya Giant atau Hari Hari), jalan2 sana sini dan macam2 lagi la. Korang takkan jumpa cerita pasal kancil dan buaya kat situ. Dari kisah bergaduh, bercinta kiranya semua complete kat situ la. Dari apa yang dia cerita tu nampak macam banyak pahit manisnya bercinta.. mesti lama kapel ni.

Tapi bila aku skrol ke bawah tengok kat daisypath..

Erk baru seminggu tiga hari je dorang bercinta

Cerita macam lama kemain.. cheh!



P/s : Sekali aku tersalah masuk blog daa


Bila Umur Bertambah Seangka

12:00 AM


As salam,

Semalam tengah drive, wife aku tegur

'Esok abang cuti kan?'

Aku blur. Yela pagi2 kan. Tu fiil aku yang takleh aku buang. Blur.. mamai.

'Kenapa plak abang cuti? Esok cuti apa?', aku menjawab sambil menukar ke gear rendah. Baru sahaja melepasi tol Simpang Balak. Jalan sedikit lengang.

'Ye la esok kan satu KL sambut besday abang', dia berseloroh. Aku terpinga2.. masih blur. Jumaat.. Hari Wilayah? Besday aku?

'Suka la tu boleh sambung tido. Boleh tido lewat malam ni layan Running Man', sambung wife aku tatkala melihat aku mula mengukir senyum. Lupa umur aku meningkat lagi..


**********

Ketika korang baca entry ni.. mungkin aku sedang tido
Atau mungkin aku tengah layan Running Man..
Atau apa2 je la..
Sebab aku kan cuti
Bak kata wife aku, seluruh wilayah menyambut hari lahir aku

Selamat bekerja encik wife..
Selamat bekerja pekerja negeri Selangor huhu (gelak jahat)
Selamat bekerja Encik Selamat (untuk mereka yang bernama Selamat)
Semoga segala galanya selamat hari ini..



Bila umur sudah bertambah seangka
Buat aku rasa semakin tua..
Aku toleh ke belakang sekali sekala..
Apa telah aku kecapi segalanya?

Selamat Hari Wilayah
Selamat hari lahir juga untuk aku
XOXO