'> May 2013 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, May 31, 2013

Bila Aku Dapat Title Comel


As salam,

Tak sangka plak ada blogger panggil aku comel walaupun sebenarnya kalau diikut salah silah keturunan dan baka aku, aku lebih sesuai dianggap ayu. Even muka Jawa sekalipon, fehulik hafe aku :P (bangsa tak nak mengalah!)

Aku tak tau la sejauh mana keberkesanan entry aku pada korang, walaupun pada aku apa yang aku taip sekadar suka2 sahaja. Aku tak lagi gigih macam dulu lebih2 lagi komitmen aku pada kerja makin mencanak2. Banyak benda yang tertinggal dibelakang. Itu bukan bermakna aku lupakan korang atau sombong, tapi masalah masa yang mencemburui aku (phrase ni aku selalu guna time perbahasan sekolah rendah dulu)

Sebenarnya aku nak ucap trimas kat kak Yumida sebab senaraikan aku dalam10 Blogger Comel Di Malaysia. Sebenarnya ramai lagi blogger2 comel kat luar sana, tapi nak buat camner.. mungkin aku iras2 ngan Adi Putra kot? Dulu aku juga pernah tercalon sebagai 10 Blogger Terbaik dalam kategori Subur di negara Papua New Guinea tapi kalah tipis sebab aku tak sanggul bulu idong aku.

By the way trimas gak kepada korang2 semua yang masih mengekalkan blog aku dalam bloglist korang. Itu je yang mampu aku bagi, nak bagi flying-kiss ai mau balik kang kena lipat ngan wife aku kang :P

Kalau korang nak tengok either blog korang juga tersenarai atau tak, KLIK SINI kalau korang rasa yakin atau yakin sikit2 yang blog korang juga tersenarai sebagai 10 Blogger Comel Di Malaysia :)

Monday, May 27, 2013

Geng-Geng Bina Masjid


As salam,

Nom nom~ (bunyik aku tengah meratah beskot Dindang)

Dari page ke page aku usha, tak sangka ramai kawan2 blogger aku akan menamatkan zaman teruna dara mereka dalam tahun ni. Tak sangka dulu main calit2 hingus kat baju, tetiba je nak kawen dah. Tahniah2.

Lagi tak sangka yang si blogger Boni Kacak baru bertunang. Mati2 aku ingat dia gay. Alhamdulillah perkara yang baik haruslah dipercepatkan ye idok? Lagi2 bila dah cukup serba serbi.. jangan ditangguh2 lagi. Melambung bil air nanti.. aku takut pecah je :P

Tahniah juga kepada Ain Najwa (Ain Choin), Azhafizah, Ain Not Alien, Mzrose, Cik GKSB dan beberapa lagi nama lagi. Tadi kemain ingat, tup2 ilang plak. Kalau ada jemputan, kalau takde aral melintang sampai la aku ke kenduri korang. Kalau aku tak dapat datang, aku mintak maaf bebanyak. Kadang2 clash ngan kenduri kendara orang lain.

Aku doakan semoga korang dimurahkan rezeki, dikurniakan anak yang ramai dan sihat belaka, dipanjangkan usia dan jodoh yang berkekalan, diberkati dan dirahmati sepanjang hayat ye :)

Bagi pasangan lelakinya plak, lepas ni dah takde la alasan korang nak ngadap dinding tandas lagi ye ngeh3.


Wednesday, May 22, 2013

Jalin Kerjasama?


As salam,

Dok tengah termenung tetiba masuk mesej dalam inbox

'Kami suka dengan gaya penulisan dan berminat untuk jalin kerjasama dengan blog anda bla bla bla..'

Erk! Tersedak susu aku. Terus aku on lappy, bukak emel. Haah betul la tu.

Korang boleh tengok sendiri komen daripada pihak berkenaan pada entry sebelum ni. Aku tau ramai gak dapat mesej2 cenggini. Memula aku bajet spam.. ke memang spam ni?

Kerjasama macamana yang dorang mahukan? Adakah jalin kerjasama macam Wonderpets? Apa yang penting keerjaasaamaa~ Ngeh3


Monday, May 20, 2013

Kenduri Kawen Mia



As salam,

Proceed to the next entry. Wah kemain rajin plak la aku nak hapdate kan? Ok weekend haritu aku pegi kenduri kawen kawan wife aku. Adoi panjang plak bunyiknya. Kawan wife aku, kawan aku gak. Lagi pon aku tengok wife aku kemain bersemangat setereka baju.. sian plak. Ikot je la.

Lokasi tak jauh, kat AU4, Keramat je. Keje aku sebagai jurufoto tak bertauliah walaupun hakikatnya aku lebih expert dalam menangkap gambar sendir depan cermin sambil bertuala. Buat2 pandai je amik gambar. Bukan kena bayar pun.

Kitorang sampai dalam pukul 1, haa cantik bebenor la tu. Pengantin pon baru nak naik pelamin. Majlis tak sesak mana, khemah pon banyak. Kira kalau nak makan beralih2 tempat pon boleh lagi la. Lauk pon sodap. Ayam goreng berempah, daging kerutuk, kuah dalca, acar mentah, papadom.. perghh nyum2. Siap ada buah salut2 coklat plak tu.



Kedua mempelai cantik, tampak sepadan mengenakan baju sedondon warna hijau gelap. Ai rasa nak pakai balik plak baju pengantin ngeh2. Tapi bila aku usha ketat2 pengantin lelaki, macam aku kenal la muka dia. Bila aku toleh ke belakang.. laa aku nampak abang dia. Rupanya abang pengantin lelaki blogger!

sama cantik sama padan huhu. Cantik kaler baju dorang :)

aku plak sengaja buat2 tak pandang kamera konon2 gambar candid la gitu

Blogger yang aku maksudkan tu Abgterror. Blogger SEO ni, orang lama. Ni kali kedua kot aku jumpa dia. Tak sangka plak sekarang aku ngan dia sedara memandangkan kawan wife aku kawen ngan adik dia (ntah mana datang sedara aku pon tak tau). Dia datang ngan wife dan anak2 dia. Oh wife dia pon pregnant, awal bulan 6 bersalin. Semoga selamat segalanya ye bro J

Oh ni la blogger Abgterroryang aku maksudkan, abang kepada pengantin lelaki.

Tu je aku nak cerita. Kitorang gerak balik dalam pukul 3..kot? Tu pon penat dok dengar minah yang sama je nyanyi. Asyik2 dia je pegang mic. Kalau di buat kawasan tadahan kat mic tu, harus penuh ngan air liur dia.

betul la kata orang knduri kawen la tempat paling tepat dan jitu untuk
mencari jodoh kuikuikui


Penat tak hengat walaupun keje aku berdiri tengok orang lalu lalang je. Tapi seronok dapat makan nasi minyak J Klau korang nak kawen, jangan lupa jemput aku ye. Daa

Tahniah kepada pasangan pengantin, semoga kalian 
kekal hingga ke hujung nyawa :)

Saturday, May 18, 2013

Tahniah, Korang Memang Berjasa Malah Subur Juga!


As salam,

Heh abaikan la entry kelmarin tu. Tetiba plak datang rasa ngarut nak tulis macamtu. Tapi aku sekadar mengingati diri, andaikata jika tiba2 aku tiada. Mungkin kesan sampingan otak yang tepu dua minggu masuk lab kot? Keje tak putus2 bagaikan mengkacip rotan di kali , itik tersepit di kalender..nak kicap?. Oh jangan tanya Karam Singh Walia sebab dia sendiri pon menggigih cari makna peribahasa tu. Aku main sebat je.

Aku nak ucapkan trimas dan tahniah kepada Geng Blogger Sengal dan Group Blogger Apakah? di atas usaha murni dorang. Group kami ni takde la seramai Geng Blogger bro Ben Ashaari tapi aku masih bangga ngan dorang. Sebelum ni kami ada buat tabung kutipan untuk GAZA dan inilah hasil kutipannya..


Yup memang tak banyak mana pon. Nilai bukan sesuatu yang boleh diukur di sini tapi penglibatan dan hasil kerjasama ahli yang buat aku kagum. Korang mungkin blogger 'kecil' di mata orang lain tapi pada aku korang macam paus (aku sebenarnya nak menunjukkan yang korang besar, bukan makna korang spesis ikan pupus tau!)

Aku harap tak berakhir di sini, andai ada peluang lagi kita sama2 turut serta lagi ye. Korang pon boleh join kitorang gak :) Bukan untuk sape2, untuk saudara se-Islam kita jugak kan.. tak gitu? :)

Thursday, May 16, 2013

Itu Entry Terakhirnya


Assalamualaikum

Maaf mungkin ini entry terbaru tapi siapa sangka entry terakhir dari afzalsukasuki. Saya pun tak percaya tapi itulah... Mungkin ada yang sedar, ada yang perasan dan kebanyakannya mungkin tak ambil peduli pun kemana hilangnya penulis sejak dua minggu lepas.

Entry saya tak sebaik along. Saya di sini hanya ingin menyampaikan berita yang along dah tiada. Tidak mungkin dia akan menaip seperti selalu. Maaf saya terlalu straight forward, tidak pandai berkata2 seperti arwah. Pasti kami sekeluarga akan merinduinya hingga akhir hayat kami.

Saya cuma berharap agar segala salah silap arwah dapat kalian maafkan. Sekiranya arwah ada berhutang, kalian boleh la menuntut kepada kami sekeluarga. Sekiranya hutangnya tak tertanggung, saya mewakili keluarga memohon agar dapat dihalalkan segalanya. Pemergian arwah terlalu mengejut dan ketiadaannya memberi tamparan besar kepada kami sekeluarga.

Akhir kata, doakanlah roh arwah dicucuri rahmat dan dipermudahkan segala urusannya di sana. Saya tamatkan nukilan saya di sini bererti berakhirlah kalam dari afzalsukasuki. Terima kasih kepada semua yang menyokong hasil penulisan along..

Sekian.

Ikhlas,
Angah





P/s : Ini kot agaknya entry bila aku dah takde nanti hmm..


Thursday, May 2, 2013

Iklan Teruna Untuk Dikacipkan


As salam

Hari ni aku nak pomot something, tapi bukan minyak wangi MLM atau tupperware. Aku nak pomot orang. Bukan nak dibuat orang gaji atau hamba abdi tapi nak carikan jodoh untuk dia. Amacam mukadimah aku ada yang dah mula tertawan tak?

Tapi harap makjah la ye jodoh untuk kawan aku ni hanya anak gadis sunti. Tahap2 mak orang, bini orang, suami orang atau anak2 ikan sila ketepi dulu. Kepada yang masih berdara dan bergetah (lulus ujian lompat getah) boleh amik borang di kaunter 8.

Ni gambar dia. Kasi cuci mata dulu la ea, tapi maaf lah takleh test drive :P


Kalau korang nak kenal ni kawan aku, blogger gak. Nama dia Ah Yampenyek. Kalau nak ke blog dia KLIK SINI. Masih bujang dan aku jamin masih teruna. Kalau didapati tak teruna korang boleh pulangkan kat aku balik dalam masa sebulan atau wang korang takkan dikembalikan ewahh :D Setau aku dia sambung master kat Sarawak, U mana aku tak pasti plak. Check it out kelebihan2 yang dia ada..
  • Tahan maki dan kadangkala mampu tahan kentut jugak
  • Mewakili rumah sukan dalam acara lawan mata berganti2 (tanpa kelip) 
  • Sangat berkeyakinan, mengaku kacak dan punya pesona
  • Suka aktiviti lasak seperti hiking, bersukan, berkhemah dan bermain tutup oren.
  • Umur dalam lingkungan 24-27 tahun. (Aku agak2 je sebab dia taknak bagitau)
  • Asal Negeri Sembilan.
  • Hobi menanam tebu di bibir dan mengayat gadis2 genit.
Antara ciri2 awek yang diidamkan ;
  • Expert dalam memasak lemak cili api
  • Tiada masalah kutu babi
  • Besopan santun, hormat orang tua dan sentiasa memakai talipinggang keledar..
  • Perempuan melayu terakhir diberi keutamaan
  • Sedap mata memandang
  • Pandai urut simpuh biawak
So kepada sesiapa yang memenuhi ciri2 di atas, ingin mengisi kekosongan di hati beliau sila rujuk aku untuk tempahan sebelum 31 Mei 2013. Borang yang tak lengkap diisi akan dijadikan pembalut nasi lemak mak aku serta merta.

'Ye saya memang comel' adalah motto peribadinya


Sori Ah Yampenyek aku jual ko kat sini kahkahkah :D

Sticky Post : Belangkas Art In Da House


As salam,

Belangkas? Tapi apsal belangkas? Aku terfikir pagi tadi tapi aku rasa aku tau sebabnya. Sinonim ngan phrase 'Korang ni macam belangkas la'.. korang sendiri pon boleh agak maknanya kan?

Hasil kerja keras dan idea kreatif mereka, akhirnya terwujudlah Belangkas Art yang dimiliki oleh 2 orang kawan aku yang cun melecun ni. Aku kenal dorang since dorang kerja sebagai graphic designer lagi tahun 2006. Korang boleh kira sendiri pengalaman dorang sampai sekarang.

Antara produk2 yang dorang hasilkan adalah seperti :


INKJET PRINTING
Banner, Bunting, Backdrop, Signage, Sticker, Poster, Billboard etc.

OFFSET PRINTING
Business Card, Flyers, Paper bag, Poster, Brochure, Booklet, Books, Folder/Pocket File, Packaging, Receipt Book etc.

SILKSCREEN PRINTING
Car Sticker, Flag, T-shirt Printing, Gift and Souvenir

OTHERS PRINTING
UV Printing for Signboard, Canvas Printing, Sticker, Banner, Flag, CD Printing, Mirror Printing Acrylic Laser Cutting, Display Stand (Exhibition Equipment) X Stand, Tripod Stand, Rollup Stand, Pop Up Stand, Premiums Item, Button Badges

PHOTOGRAPHY
Wedding, Engagement, Couples, Portraits, Aqiqah, Event, Still Life/Product Shot, Canvas Printing, Custom/Story Album, Photo book, Sticky Album etc. Kelas asas fotografi pon ada disediakan :)


*Kerja-kerjapemasangan (installation) juga disediakan seperti gantung banner, bunting,
  billboard, signage, sticker dan lain-lain. Permohonan lesen juga akan diuruskan.


Aku recommend korang untuk pilih produk2 dorang sebab dorang memang superb kreatif, sangat teliti dan berkualiti. Bab2 harga korang jangan risau, lagi murah dari pasaran biasa malah boleh kow-tim harga lagi hehe :D 

Kat sini aku attachedkan skali antara hasil2 kerja tangan dorang. Kompom korang puas ati weh :)










Kalau korang berminat dengan hasil kerja dorang, korang boleh contact dorang di BelangkasArt.blogspot.com atau KLIK SINI untuk ke facebook mereka. Kat sana korang boleh lihat sendiri hasil kerja tangan dua orang awek cun ni hehe :D

Sebarang pertanyaan korang boleh rujuk terus kepada dorang, Huda dan Fiza di fb chat atau emelkan je ke Belangkas_art@yahoo.com




Seyesly secara personally aku sangat kagum ngan dorang. Thumbs up guys!

P/s : Petik nama aku kalau korang nak dapat special harga ngeh3 :D






Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com