'> June 2013 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, June 27, 2013

Servis Terbaik Di Alam Semesta


As salam,

Berdekah-dekah aku dengar kawan aku cerita tapi belum sampai terlepas bunyi kentut. Urat kentut aku masih menggigih mencerut. Cerita pasal servis terbaik yang diberikan kepada kawan aku. Ceritanya lebih kurang cenggini laa..

Cuaca panas, kawan aku ni teringin plak nak makan ABC. Kebetulan plak time tengah cari dia nampak ada stall mamak jual cendol ngan ABC. Tak fikir panjang dia terus order dan cari port nak duduk. Tak lama lepas tu ABC sampai memandangkan tak ramai customer kat situ.

Kawan aku godek-godek ABC tu.. dia perasan takde kacang. Dia pun panggil mamak tu. Mamak tu tersiput-siput malu dia ke belakang sambil kawan aku menanti dengan penuh debaran. Seolah-olah tunggu orang masuk meminang atau tunggu bidan potong tali pusat! Ehh??

Then bila mamak tu datang, dengan penuh gaya dia terus taburkan kacang ke atas ABC kawan aku, tapi lain macam sikit la. Dia tabur terus dari telapak tangan! Terkedu kawan aku. Dah macam orang tabur bunga rampai ada.. macam orang tabur dedak bagi itik serati makan pon ada kahkahkah :D

Aku kata ok la tu, untungla dapat makan air tangan mamak. Tu nasib la dia tabur guna tangan, kalau datang buang tebiat dia haritu bagi kacang dari molot-ke-molot lagi hawau mau luka bibir dia bergesel ngan misai mamak tu kahkahkah :D

Oh lupa nak bagitau ABC kawan aku haritu stand for Anney, Bikin Cirit!! :D

Friday, June 21, 2013

Botol Mana Bang?


As salam,

Selain mendapat aduan dipukul mahupun di smack-down pepagi oleh wife aku (boleh KLIK SINI kalau terlepas baca), ada lagi satu kes terpencil yang kerap gak wife aku utarakan. Cuma belum tahap diusulkan ke Aduan Rakyat je lagi. Cuma penat la aku nak kena mikir pepagi.

Selain aku ditanya baju apa yang nak dipakai.. dia mesti akan tanya aku 'Botol mana bang?' Err.. maksud aku botol air laaa!! Sebelum korang fikir dengan lebih jauh dan lebih 'kotor'.. baik aku bagitau dulu. Almaklumla korang kan advanced.. tak gitu? :P

Dia mesti tanya tu dulu pepagi. Kadang2 aku pon lupa mana aku letak botol air aku. Macam budak sekolah kan bawak botol air. Nak buat camner habit aku dari sekolah sampai la ni. Aku bawak bekal air.. tapi still keluar minum kat kedai. Kira dalam seminggu tu mau hari2 aku dok tukar botol air. Ni kalau bebudak taska nengok ni harus cemburu, mungkin boleh ke tahap santau-menyantau akibat kejelesan melampau.

Botol air dah banyak sangat kot tu yang aku buat dek je. Tak mustahil satu hari nanti wife aku mula tanya 'Air abang ni.. nak ikat tepi ke ikat penuh' sebab botol air dah pupus kat umah, tapau air guna plastik je.

Atau lebih sadis bila dia keluarkan cadangan lebih kejam, suruh aku join parti Tupperware ke hape..

Mungkin dengan cara itu aku akan insaf dan kebali ke jalan yang benar. Uhuk3

Wednesday, June 19, 2013

Aku Memang Kaki Pukul


As salam,

Wife aku dah mencebik pepagi lagi. Aku tak sempat tanya lagi sebab tengah buat rambut. Aku kena pastikan yang rambut aku takkan terjejas bila terkena kipas angin dan mampu dijadikan tempat untuk sangkut baju. Agaknya bila aku tak layan, dia mula bukak mulut kot..

'Abang pukul ayang lagi', kata dia. Aku tercengang. 'La bila masa plak??'

'Semalam. Abang tumbuk kepala ayang. Kalau nak ngigau pun, buat la gaya2 sopan sikit', pokpek2 dia ngomel. Mana la aku sedar aku ngigau. Kira nasib baik aku tak geget keting dia. Ni kali ke berapa dia mengadu aku tak ingat. Tak sangka plak aktif betul aku time tido. Ngalahkan atlit sukaneka!

'Takpe2 malam kang ikat abang kat tiang jamban'

Sengih je la bini aku walaupun aku tau dia nak tumbuk perut aku sebenarnya :P

Tuesday, June 18, 2013

Bila Sekali Sekala Di Duga


As salam,

Aku baru masuk kerja harini, semalam EL. Ada sebab aku buat begitu.. Ada cerita pada petang Ahad tempohari. Cerita yang aku nak kongsi, tapi aku yakin kalau korang tau.. korang pasti taknak laluinya. By the way kereta aku broke down kat highway *sigh

Aku rasa kereta aku merajuk la. Sebab sebelum aku balik dari Rompin haritu, bapak mentua aku cadang suruh beli MPV untuk long distance perjalanan. Dah selalu 'dia' buat fiil macamtu. So Ahad kelmarin dia buat lagi. Mula2 kereta aku asyik mati je bila aku tukar gear. Then climaxnya masa aku isi minyak kat Shell R&R Temerloh.. 'dia' terus tak nak hidup2. Alih2 terpaksala aku menolak sampai tertanggal tombol pintu aku!

Tunggu sampai Isyak kot baru lori towing sampai. Bengkel tutup, Isnin baru boleh buat. Aku ngan wife terpaksa cari motel murah area Temerloh. Pagi Isnin mak dan angah aku kol bagitau adik aku tak dapat maktab. Semua yang dia apply langsung takde satu yang melekat. Biasalah anak sulung macam aku, tanggungjawab dan kebajikan adik2 terletak di atas bahu aku.

Kereta aku siap dibaiki dengan kosnya sebanyak RM500. Perjalanan pergi balik aku dari Kajang ke Rompin 2 hari memakan belanja sebanyak RM1K! Aku tepuk dahi. Badan letih tapi mata tak boleh lelap. Macam2 benda yang aku kena fikirkan..

Wife aku duduk di sisi aku, tangan aku digenggam dan diusapnya..

'Takpe la abang. Abang beruntung kerana Allah pilih abang untuk diuji. Bersyukurlah dari jutaan umat manusia yang ada, Allah pilih abang. Mungkin ada rezeki yang lebih besar di sebalik ujian ini. Bersabar ye abang'

Aku senyum. Hati aku jadi lembut, kepala aku semakin ringan. Aku lupa yang aku ada wife yang supportive.

Ye.. apa salahnya sekali sekala di duga kan? :)

Friday, June 14, 2013

Kompom Korang Tak Percaya Punya!


As salam,

Hmm.. serba salah jadinya. Kang kalau aku citer, korang menganjing aku. Kalau aku tak citer nanti.. korang tak tau plak. Bukan nak mendabik dada. Tapi tu la hakikatnya. Selain Hanis Zalika.. aku juga blogger yang berstatus pelakon. Ha tengok tu. Ko apehal tetiba muntah mesin jahit tepi bus stop??

Bakat lakonan aku mula diternak seawal bangku sekolah lagi. Aku pernah memegang watak pakgad istana  dalam persembahan hari guru masa darjah 6, watak orang kampug sewaktu majlis Maulidul Rasul dan macam2 lagi sehingga aku sendiri rasa terlalu kagum apabila mengenangkan betapa berjaya dan berwibawanya aku membawa watak2 tersebut. Sampai orang kata la antara watak hero ngan watak orang kampung yang aku bawak tu.. dah tak jauh beza peranannya. Sama hebat! (huh kan dah kombang kompih lobang idung aku)

Actually masa darjah 6 dulu kalau tak aku dah jadi pelakon filem. Yela makcik kawan aku Erma Fatima, dia kata nak amik kitorang jadik pelakon untuk filemnya. Citer ala2 Cili Padi. Tapi tunggu punya tunggu.. sampai aku naik form 1 masih tak dengar sebarang kata putus.

Ce teka mana aku? Kalau ko kata aku bersari kuning tu memang nak kena lutut aku la..


Masa aku kat UiTM dulu sekali. Aku terus ditawarkan untuk menjadi pelakon dalam satu slot drama RTM. Cerita pasal masalah orang2 kaya la macam citer melayu yang lain. Tapi kali ni aku pegang watak yang lebih berat berbanding sebelumnya. Aku merupakan seorang pelanggan yang datang ke sebuah restoran dan memesan mi goreng. Keje aku time ni makan je. Memang takde dialog. Harap makjah, bukan watak sampingan ye. Kira watak penting gak tu sebab kalau takde aku.. sape nak makan mi goreng tu?

Ni sekarang wife aku plak gigih suruh aku upload mimik gwiyomi dalam youtube. Dia kata sedangkan si Boboy parody boleh dikacip David Teoh sebagai artis naungannya.. apatahlagi aku yang iras2 Latip Borgiba ni.

Wife aku memang takde ati perut uhuk2

Monday, June 10, 2013

Ini Macam Boleh Menanah Telinga


As salam,

Aku jarang dengar radio. Kalau dengar pon time nak pegi keje je, dalam kereta. Tengok gak la siaran apa aku dengar, bukan tangkap muat je dan certain2 masa. Ada nanti, salah dengar mau tumbuh bisul dalam telinga aku ni kang.

Malam semalam aku keluar, aku 'ter' dengar plak siaran lain dari biasa. Jam pukul 10 lebey2 sikit la. Dok borak pasal cinta. DJ dah okey, lagu pon boleh tahan. Aku suka suara DJ tu.. tapi yang tak menahan ayat2 cliche dari pemanggil yang bagi ucapan. Erk!

'Ayang, teringat kembali suatu masa kita bersama dahulu. Di kala itu kita sering berdua, menghadapi segala onak dan ranjau bersama. Tapi kini aku sendiri tanpa kau di sisi. Kau pergi meninggalkan aku tanpa pesan. Aku rindukan kenangan itu. Aku harap kau akan kembali ke pangkuanku seperti dulu. Sayang, abang cintakan sayang..'

..ok kiriman sms itu datangnya dari Penagih Setia dari kelas 3 Kekwa, Sek. Men. bla bla bla.."kata DJ bertugas.

Kombaang kompih lobang idong aku, dok terkemut2 tahan gelak. Kahkahkah budak tingkatan tiga je pun! Nama Penagih Setia dah satu hal.. kelas 3 Kekwa plak tu kahkahkah. Lawak cenggini kalau bagi dengar kat itik boleh tukar warna bulunya jadi pink :D

Daripada ayat yang dia sms tu, dapat aku simpulkan yang mereka dari sekolah yang sama. Meredah onak dan ranjau berduri tu kira macam menghadapi kesusahan amik peksa bulanan, pop-kuiz la kot atau dapat nombor patbelas ke hape dalam kelas. Kini dorang tak bersama lagi sebab masuk kelas asing2 sebab budak pompuan tu masuk kelas lompat, yang si lelaki plak masuk kelas menari. Hahaha :D

Sebab tu la aku tapis halwa telinga aku untuk mendengar sebarang siaran. Ayat cenggini kalau hari2 dengar boleh krem usus aku dok bantai gelak je hahaha :D

Alahai bebudak zaman sekarang :P

Thursday, June 6, 2013

Tabiat Baik?


As salam,

Semalam dok sesambil layan Running Man, aku makan la keropok kacang hijau (korang mesti kenal kopok ni). Dok krup krap - krup krap tak perasan plak aku habiskan kesemuanya. Tetiba wife aku tanya;

'Abang simpan buat apa plastik keropok tu?'


Un-sangka-rable aku masukkan plastik keropok yang dah habis tu ke dalam poket seluar. Nak bangun dan buang malas. Alih2 wife aku yang tolong buangkan.

Ni tabiat aku yang tak boleh aku ubah since sekolah rendah lagi. Sekiranya pada ketika aku tak jumpa tong sampah terdekat, jadi aku akan masukkan sampah (eg plastik gula2 atau tisu) ke dalam poket dahulu dan akan buang kemudian. Benda tu jadi habit sampai sekarang.

'Orang buang bila jumpa tong sampah, tapi abang?? Poket tu dah macam tong sampah bergerak dah. Wife orang lain hepi bila jumpa duit dalam poket suami, tapi ayang plak jumpa plastik choki2 je. Sedey'

Aku terus buat2 tido sekali pakej mengigau serta merta!

Monday, June 3, 2013

Timbang Rasa


As salam,

Weekend haritu, SABTU aku keluar ngan wife dan adik2 aku ke ALAMANDA, PUTRAJAYA nak tengok wayang. Tiket pukul 4.50 petang. Orang kata citer Fast & Furious 6 best.. so citer tu la yang kitorang bakal tengok. ORANG RAMAI berjujuk beratur perghh jangan cakapla, sekali pakej pelan ketiak basah 1/2 jam percuma!

Aku suruh wife ngan adik2 aku cari seat dulu memandangkan seat penuh dan full house. Seat plak nun JAUH KAT DEPAN. Sebab wife nak popcorn, aku pon join la bebudak beratur depan kaunter beli popkorn kat luar. Oh aku TAK BAWAK HENPON. Kenapa korang rasa aku caps-lock kan beberapa perkataan kat situ? Korang akan tau sebentar lagi.

Aku pesan 1 set combo (2 soft drink ngan popcorn), satu set lagi (1 soft drink dan popcorn) dan milo iced (untuk my preggy wife).  Aku sorang pikul semua menda alah tu sendiri memang aku tak mampu, dan sebab aku TAK BAWAK HENPON, ORANG RAMAI dan SEAT PLAK JAUH aku pun mintak plastik beg nicely.

Budak kaunter tu jawab 'Sorry sir it's Saturday and no plastic bag for today' dan dia terus melayan customer belakang aku. Aku pun terkial2 nak angkat semua benda tu sendiri dan akhirnya milo iced wife aku jatuh ke lantai. But that guy still teruskan buat 'bodo' macam takde apa yang berlaku!

Then another staff sebelah dia terus hulurkan aku beg plastik dan gantikan air milo yang baru. Eventhough dia kena tegur ngan that poyo guy, aku rasa itulah sikaap yang patut ada pada seorang manusia.. TIMBANG RASA.

Hey poyo guy, eventhough SABTU.. kalau ye pun plastik tu kena bayar waima RM10 sekalipun, aku boleh bayar la! Apa ko ingat aku sarkis nak pikul semua benda ngan 2 tangan ni?  For that nice guy, aku terfikir untuk berikan dia sesuatu tanda appreciation aku. Walaupun benda tu nampak remeh pada orang lain, tapi tinggi nilainya pada aku.

Hope budak tu dimurahkan rezekinya. Amin

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com