'> August 2013 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, August 28, 2013

Jika Hidup Aku Tinggal 5 Tahun Sahaja Lagi


As salam,

Apa reaksi kita bila dapat tahu kita hanya punya satu tempoh singkat untuk terus hidup. Mungkin 10 tahun, setahun, seminggu atau sehari. Apa yang akan kita lakukan? Mungkin nampak enteng pada kita sebab tak mengalami situasi di atas tapi bagaimana kepada mereka yang terpaksa melalui hari2 terakhir seperti itu?

Anak kawan rapat mak aku hanya ada 5 tahun untuk hidup menurut pandangan doktor yang merawatnya. Dia mengalami kegagalan fungsi pada hati yang mana hatinya rosak dan ginjalnya semakin mengecut. Aku kenal keluarga ni since aku sekolah rendah lagi. So bila dengar berita ni seyesly aku bebetul terkejut.

5 tahun untuk hidup. Hanya jangkaan doktor, kita juga boleh andaikan ada kesilapan di mana2. 5 tahun tu tak details. Tahun ke 5, bulan berapa? Hari apa? Jam bila? Kat mana? Bila kita diandaikan jangkaan akhir umur kita.. hidup kita dah takkan ada erti apa2

Sebab itulah rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Tak perlulah orang lain tanggung tugas urusan Allah. Apa yang perlu kita buat, cuba dapatkan rawatan sedaya mana termampu. Biarkanlah dia hidup seperti biasa. Sekiranya memang hayatnya berakhir pada 5 tahun mendatang, biarlah dia anggap sememangnya itu sudah ajalnya.

Aku cuma doakan yang dia terus tabah. Kalau aku jadi dia pun, aku tak tau setabah mana aku mampu hadapi kenyataan. Hmm..

Friday, August 23, 2013

Agak Agak Korang Apa Bendanya Tu?


As salam, Bismillah..

Macamana aku nak mulakan cerita ye?

Kelmarin mak aku bagi duit dalam RM110 untuk beli barang dapur. Duit tu dia letak kat atas meja solek, aku nampak memang dia letak kat situ. Sebelum mandi untuk maghrib aku timpakan duit tu dengan bedak compac wife aku.

Then pagi semalam aku tengok duit tu dah takde. Aku tanya wife aku, dia kata tak ambil. Aku selongkar keliling pun takde. Kot2 kena tiup angin atau salah letak. Pergh pening kepala aku duit hilang tetiba.

Tetiba wife aku tanya aku ada tak aku cuit kaki dia pada malam kelmarin. Seingat aku takde sebab sebelum aku gerak pegi openhouse rumah jiran, aku ngan mak aku layan tv kat ruang tamu. Memang tak masuk bilik dah. Dia kata malam tu ada orang cuit kaki dia tapi dia tak berani bukak mata sebab tak dengar suara aku.

Aku ngan mak aku keluar pegi openhouse

Abah aku kat surau

Adik aku keje

Yang tinggal wife aku ngan anak aku je dalam bilik

Rumah terkunci depan belakang..

Agak2 korang rasa siapa yang cuit kaki wife aku dan kemana peginya RM110 tu?? Err..

Tuesday, August 20, 2013

Apa Aku Dapat Menjelang Raya


As salam,

Balik2 rumah, aku tengok peti pos ada surat untuk aku. Trimas Arjuna Popkorn, tahun kedua aku dapat kad raya daripada ko. Masih sama macam tahun sudah ko punya ayat.. walaupun ko cuba mengayat aku tapi maaf, aku straight orangnya. Aku harap kita dapat berutus2 kad raya lagi ngan korang untuk tahun2 hadapan sebab aku taknak hubungan persahabatan kita hanya terbatas di alam maya sahaja.

Then aku dapat lagi kad undangan ke majlis perkahwinan salah seorang blogger, Diana Azis. Ni kad kahwin ketiga yang aku terima dalam bulan ni. 18 Ogos Diana Azis di Johor Bahru, 24 Ogos Aien Not Alien di Alor Gajah dan 31 Ogos Azhafizah di Segamat. Amacam? Boleh gout aku cenggini. Tapi maaf Diana Azis kenduri awak saya tak dapat turun hari tu sebab..

..Sebab saya baru menerima orang baru. Raya kedua on the way balik KL, air ketuban wife aku pecah kat R&R Pagoh. Hamik ko kelam kabut aku, almaklumla aku bukannya ada pengalaman jadik bidan. Aku terus keluar tol Jasin, Melaka. Then kitorang diminta pergi ke Hospital Melaka sebab Hospital Jasin tak leh terima kes, sebab anak pertama.

Walaupun lahir secara caesarean, alhamdulillah wife aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kg pada hari Sabtu, 8.10 pagi. Aku stay kat hospital dari Jumaat malam hingga Selasa sebab anak aku demam kuning. Sekarang alhamdulillah segalanya kembali pulih dan stabil.



Aku banyak belajar benda baru yang selama ni aku laangsung tak peduli hungga adik2 sendiri janggal melihat aku. Ye la sebelum ni aku takde la beria2 melayan anak orang, tapi bila dah ada anak sendiri.. lain plak fiilnya. Selama aku menemani isteri aku di wad menunggu waktu bersalin, aku mengakui yang aku sedih melihat dan kerap mendengar wife aku memanggil nama aku akibat sakit. Aku rasa badannya menggigil2 bilamana dia memegang tangan aku. Aku tak tau apa yang dia rasa tapi yang aku tau pasti sakit sangat. Kalaula anak aku nampak apa yang ibunya lalui ketika itu.

Raya ketiga, alhamdulillah isteri aku masih bersama aku tapi kali ini bersama2 orang baru. Nama yang aku sendiri berikan, Dhya Khayla Jasmeen. Terima kasih kepada kalian yang tak putus2 memberi ucapan tahniah, kata2 sokongan dan hadiah. Terima kasih kepada blogger Mama Tunz di atas hadiah yang mama kirimkan tempohari. Cantik sangat hadiahnya tu :)


Terima kasih kawan, terima kasih saudara mara dan jiran tetangga. Doakan kebahagian dan kesihatan kami berkekalan hingga ke akhirnya. Hanya Allah mampu membalas kebaikan kalian

Anak babah la katakan :)

Monday, August 5, 2013

Kad Pengganti Diri


As salam,

Aku ngusha tepi tingkap opis, jalan raya dah penuh sesak. Tengah berkira2 camno nak balik raya nanti. Kan besh time aku nak balik raya.. time tu la semua orang dok pakat2 tido, anyam ketupat ke.. atau kacau dodol. Hmm stress!!

Oh ye trimas untuk blogger Duniaku Shida dan Azhafizah sebab kirimkan kad raya kat aku. Aku masih lagi terharu dari minggu lepas sampai hari ni. Naik bengkak idung aku ngan hingus.


Dan pada masa yang sama aku juga terima kad undangan walimatulurus daripada Azhafizah dan Aien Not Alien. Masing2 akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos ni. Aku teringin gak nak pegi memandangkan aku mungkin akan kembali 'bujang' tak lama lagi uhuk3. So kepada korang yang nak join aku boleh la inform aku awal2, kita konvoi reramai :)



Untuk Azhafizah dan Aien Not Alien.. tahniah2. Semoga perjalanan majlis dan segala yang dirancangkan dipermudahkan Allah insyaAllah :)

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com