'> November 2013 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, November 27, 2013

Serius! Aku Sebenarnya Serius


As Salam,

Semalam aku jumpa seorang blogger pompuan. Dia study kat ASWARA, tak jauh dari opis aku. Eh selain dia, ada lagi blogger2 lain yang keje sekitar opis aku. Cuma tak berkesempatan nak jumpa semua :)

1st impression, budak ni kata aku serius. Yup aku memang serius pon. Macamana rupa ko tengah meneran, cenggitu la ko boleh agak rupa aku. Nampak macam klakau je kat blog kan Tapi kalau aku terjemahkan lawak aku kepada kata2.. dah serupa penyampai kaji cuaca buat lawak plak nanti! Aku sendiri rasa naharom.


Then dia bagitau aku lebih ensem bila bertemu secara live.. secara depan2, bukan tepi2 mahupun blakang2. Hins.. hins! (meretas dah spender aku)

Ok sekarang ko abaikan tajuk.. abaikan dua perenggan pertama.

Intipati entry aku hari ni semunya pada perenggan ketiga.

Muahahaha~


P/s : Aku tak makan ubat lagi hari ni

Sunday, November 24, 2013

Ada Idea Nak Besarkan Header Aku Tak?


As salam,
Seronok tengok orang ada header besar2
Aku punya plak sebesar lobang pusat
Ni ada kena mengena ngan template
Dah puas aku riki coding
Semua takleh masuk
Pening.. pening

Korang ada idea tak?
Kalau sape ada solution.. any idea
bikin balik header aku jadi besar
aku bagi satu thumb drive 128Gb!

Amacam?

Friday, November 22, 2013

Air, Manusia Atau Pencipta ?


As salam,

Aku ngan kawan aku keluar makan. On the way nak balik kitorang perasan ada seorang makcik duduk meniaga air dalam botol mineral. Bila kitorang rapat nampak lah label pada botol. 'Oo air doa'

Label tampal tangan, jual di tepi tangga.. takde surat akuan daripada badan bertanggungjawab atau syarikat yang menghasilkan. Cukup meyakinkan ke untuk orang datang beli?

Ye ayat-ayat yang Allah turunkan ada khafiat dan khasiatnya yang tersendiri. Aku beriman kepada Al Quran dan As Sunnah, malah aku tak pernah sesekali meragui setiap satunya. Tetapi aku benci dengan mereka yang mengambil jalan mudah dengan mempergunakannya. Apa benar air tersebut telah dibaca dengan ayat-ayat Al Quran? Siapa yang baca? Manusia atau mesin? Bagaimana pula dengan bacaannya? Berapa kali ia perlu dibaca sebelum yakin ia boleh dipasarkan? Anyone?



Itu kisah peniaga dan airnya
Tang kita pun satu hal..

Setakat anak demam cari air tangkal..
Anak nak lulus periksa cari air tangkal..
Kencing malam cari air tangkal..
Matikah kita tanpa istilah tangkal?

Kenapa tak buat sendiri?
Dada kurang ilmu? Belajarlah..
Hati tak cukup baik? Perbaikilah..
Tak perlu lah air doa daripada orang lain
Bukankah doa ibu bapa itu sendiri..
Lebih mustajab untuk anak-anaknya?

Kenapa perlu mengharapkan makhluk Nya yang lain sebagai perantara..
Sedangkan kita sendiri boleh mintak direct dari Nya?


P/s : Di sini kita boleh lihat di mana asas kepercayaan kita..
        Air, manusia atau Allah?

Thursday, November 21, 2013

Wow! Gambar Luncur Air Tertinggi Di Dunia


As salam,

Omak kau tinggi kemain! Cenggini punya tinggi ada harapan aku pengsan dulu sebelum sampai bawah. Luncur air tertinggi di dunia ini sedang dibina di Taman Tema Schlitterbahn, Kansas City yang akan di buka pada pertengahan tahun 2014. Luncur air ini diberi nama Verruckt, dalam bahasa German membawa maksud 'gila'. Ye memang gila pon!

Mana tak gilanya. Dah la tinggi, tebing tepi luncur tu aku rasa paras perut aku je kot. Ada harapan tak rasanya tercampak keluar? Ketinggiannya masih dirahsiakan.. tetapi disahkan lebih tinggi daripada pemegang rekod dunia sebelumnya yang mana sebelum ini rekod luncur air tertinggi dipegang oleh Isano di Brazil.





Haa amacam? Ada berani tak? Sebelum ngetes yang ni.. try papan gelongsor taman aku dulu. Kehkehkeh.



P/s : aku pandang lelama tetiba rasa mual

Monday, November 18, 2013

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi?


As salam


Yang kiri tu gambar aku ngan abah aku. Umur aku sebulan.
Yang kanan tu anak aku, Dhya Khayla Jasmeen, umur dia sebulan gak.

Sama kan?
So korang boleh agak muka dia bila besar nanti?
Macam muka aku.. tapi bertudung. Erk!

Wednesday, November 13, 2013

Mesti Cuba : Old School-Kan Potret Sendiri (DIY)


As salam,

Aku nak kongsi satu website ni, yang mana kita boleh edit sendiri gambar muka kita menjadi gambar buku sekolah dulu-dulu. Seronok! Aku dah cuba beberapa style, kalau aku tunjuk kat mak abah aku kompom dorang tak mengaku anak hahaha :D

Aku pun dah puas gelak ngan bebudak opis aku ni. Apa kata aku kongsikan ngan korang. Mana tau korang boleh jadikan dp Facebook korang hehe. Kat bawah ni aku bagi link, korang boleh explore sendiri. Aku pun ada attached beberapa gambar yang dah aku 'cacatkan' hehe :D

klik banner untuk ke website


Amacam? Macam comel jer.. macam comel jerr..
Err macam gampang je!!


P/s : korang sendiri boleh buat 'muka mintak kaki' di situ. Have fun! :D

Tuesday, November 12, 2013

Baju Kurung Berhantu


As salam,

Last week wife aku pegi temuduga kerja, sepatutnya semalam dia dapat keputusan tapi takde panggilan pun daripada syarikat tersebut. So kitorang anggapkan yang wife aku gagal dapatkan kerja tu. Takpe la takde rezeki dia kat situ.

So semalam pun dia ada satu lagi temuduga kat sebuah kolej swasta di Serdang. Temuduga kemain rajin tapi susah nak melekat. Tengah aku terbaring dia kat sisi aku, bawak baju kurung untuk digosok.

"Ayang nak pakai baju ni la. Ayang dapat kerja dulu pakai baju ni la", dia tersengih berseloroh.

Baju kurung biru air, ada corak bergaris ke bawah. Dah lama aku tak tengok dia pakai.

Then petang semalam aku jadi supir, hantar wife aku pergi temuduga

Selepas satu jam

Wife aku datang dengan muka ceria.

"Amacam temuduga? Ok?" tanya aku.

"Ok je.. tapi kan..", wife aku diam sekejap. Aku pun diam. Mata kami bertentangan. Tapi wife aku kalah sebab dia kelip mata dulu. Ehh??

"Ayang diterima bekerja, tapi bukan jawatan admin. Ayang ditawarkan jawatan marketing executive. Bos india. Boleh start anytime.."

Ehh?? Aku terkedu jap. Wife aku sebenarnya mohon jawatan admin exec tapi dia ditawarkan marketing exec kat kolej tu. Bosnya india. Seingat aku la.. semasa wife aku kerja kat kolej di KL dulu pun, jawatan dia marketing exec dan bos kolej tu pun india..

"Gulp!", telan air liur aku. Aku terus pandang baju kurung yang dia pakai. Masin mulut wife aku.

baju ihsan Google. Baju asal dirahsiakan agar buat orang tertanya-tanya 
(padahal dalam mesin basuh..cuci)



IKLAN : Baju kurung untuk disewa kepada sesiapa yang ingin memohon jawatan
             marketing executive. Harap makjah!

Monday, November 11, 2013

Warghh Aiskrim Glow-In-The Dark!


As salam,

Siapa sangka sekarang kita boleh menjilat aiskrim dan pada masa yang sama boleh dijadikan sebagai lampu tidur bilik kita. Hehe. Ada beberapa kemungkinan kita boleh menjilat obor-obor, tapi bagaimana pula dengan aiskrim obor-obor?

Seorang penyelidik British, Charlie Francis telah menemui cara-cara untuk menghasilkan aiskrim glow-in-the-dark dengan menggunakan protein daripada obor-obor. Dan percayalah harga yang ditawarkan tidaklah mahal mana, hanya $140 pound sahaja untuk satu skop memandangkan ia masih di fasa eksperimen. Erk!!


Dia cuba menggunakan alternatif lain untuk menggantikan tonik pada kumpulan obor-obor Gin agar dapat menghasilkan protein yang lebih murah untuk menyalakan aiskrim. Produk tenusu ini bermula sejak dirinya mula membuat research mengenai obor-obor dan dibantu juga dengan hasil penyelidikan saintis-saintis daripada China. Akhirnya mereka berjaya dan kesannya dapat dilihat sekiranya semakin kerap askrim dijilat, aiskrim akan menjadi semakin terang!


Giler kentang! Boleh la dijadikan lampu suluh dan boleh dijilat pada masa yang sama :D Korang boleh cuba produk ini melalui syarikatnya sendiri Lick Me I'm Delicious

Hebat kan? :D

Sunday, November 10, 2013

Soalan Peringkat Daerah


As salam,

Cer tetiba time mak mentua korang lipat baju, ditanya soalan berbunyi cenggini ;
"Ni spender sape punya?"
Yang di angkat tinggi-tinggi tu plak serupa roti jala
Paling koman macam kena cucuh rokok
Dah tu kita punya plak!
Haa acane nak jawabnya?

Kalau mak sendiri tanya takpe..
Kalau mak mentua yang tanya?
Ipar duai? Sepupu sepapat?

Ni kalau tak ngaku.. boleh miss pakai pegi keje
Kalau ngaku plak kompom kena bahan
Memang takde jawapan!

Aku ingatkan je
Sedangkan Galaxy S4 boleh beli cenggitu je
Apsal spender susah nak berganti?




Moral of the story : bebawak la tukar der kalau dah tau kelengkang jenis menghakis :P


Friday, November 8, 2013

Pesen Tak Reti Melawak


As salam,

Kes (1)

A : Klaka la muka ko tak ensem. Hahaha
B : Haha memang tak ensem pon tapi ok lagi daripada muka ko..
A : Ko apsal nak kutuk aku plak?
B : Ehh??


Kes (2)

A : Binatang apa semua anggota kat kaki?
B : Cipan?
A : Salah. Semut kena pijak hahaha
B : Bingai mana ko belajar? Biologi dapat berapa dulu?
A : Lohh~


Kes (3)

Pelawak  : Hari ni aku senggugut keluar stapler kahkahkah
Penonton : (krik..krik..)

[Twitter pelawak] : penonton tak supportive! aptb!


Kes (4)

Pelawak : bla bla bla kahkahkah!

Penonton 1 : klaka siot hahaha.
Penonton 2 : tu ko kata kelakar?


**********

Biasa berlaku kan? Payah mengadap orang tak reti nak melawak ni. Dalam erti kata lain samada dia tak paham lawak kita atau dia amik serius lawak kita. Tak payah susah2.. aku bagi contoh mudah. Ko update 'Aku emsem' dengan emoticon [:P] di hujung. Kalau pesen tak reti bahasa @ tak paham lawak.. tunggu je la komen2 menghentam kat thread ko tu. Nak buat macamana orang tak paham bahasa :)

Susah nak cakap, aku anggapkan mereka OKU. Dilahirkan tanpa sense of humor. Kesian.. kesian. Pesen tak paham lawak satu hal.. lagi satu pesen jenis yang nak melawak ngan orang, tapi bila orang melawak balik.. dia terus emo tak memasal. Perghh!!

Ok type ni jangan cakap banyak.. mohon terus bagi kaki!

Tak payah melawak tahap Gaban kalau hati di dalam macam Cumi dan Ciki. Puihh!

ni marah ke senyum.. aku sendiri pon kompius


P/s : semua benda nak serius ngalahkan 24 jam sembelit plak

Thursday, November 7, 2013

Terima Kunjungan Blogger Azhafizah


As salam,

Cuti hari tu ramai plak datang umah aku. Nenek belah abah, belah mak.. pakcik makcik.. aku rasa macam buat kenduri berkhatan plak. Alhamdulillah semua tu rezeki.. kunjungan tetamu ke rumah membawa keluar dosa-dosa kecil tuan rumah tak gitu?

Dan semalam seperti yang dijanjikan blogger Azhafizah datang bertandang. Korang sure kenal kan? Blogger designer yang keje dia bizi memanjang amik tempahan design blog orang. Eh sesiapa nak design blog, buat vector sila ke blog dia. Afzal sendiri kagum ngan kerja-kerja dia :) *thumbs up!


KLIK BANNER untuk ke blog Azhafizah

 Dia dah mesej pepetang hari sebelum kata nak datang petang. Tapi sebab yang tak dapat dielakkan, sampai lepas maghrib. Alhamdulillah janji sampai :) Dia ngan hubby dia, si Aidil yang pemalu hik hik :P


Eh si Pija kecik je orangnya.. mungkin ilusi optik hehe. Haritu dia pergi ke rumah blogger Azizah.. semalam rumah aku. Aku ingat dia amik berkat la. Mana tau la kan Pija timang-timang anak orang, tup-tup melekat plak. Alhamdulillah rezeki hehehe :D

Dorang singgah pun tak lama, sekejap je. Nak ke tempat lain katanya. Ai rajin betul 'pengantin kira baru' berjalan hehe. Trimas atas kunjungan kalian suami isteri.. takde pape nak dihidangkan. Apa yang ada je la :)


Trimas gak untuk stokin comel tu. Macam tetau je Jasmeen takde stokin :P hehehe. Jangan serik datang lagi ye. Mana tau ada program, leh la jemput Afzal sekeluarga nanti :)


P/s : Seronok dapat jumpa kengkawan alam maya ni :D

Monday, November 4, 2013

Video Anak Tikus Yang Comel

As salam,

Video berdurasi seminit lebih ini memaparkan bagaimana seekor
anak tikus cuba membawa naik biskutnya itu.
Sangat comel.. rasa macam nak tolong je hehe :D


Sunday, November 3, 2013

Iklan Jawatan Kosong


As salam,

Aku baru balik dari Kajang tadi, aku ada nampak iklan jawatan kosong. So aku bawakkan ke sini mana lah tau ada rezeki korang. Sekarang pun susah nak cari kerja kan? Pendapatan lumayan, ada memacam elaun lagi. Rugi plak rasanya kalau tak apply, kelayakan pun minimum je :)

Jom pakat-pakat apply, kerja paling mudah tapi aku yakin tak semua mampu buat :)



Friday, November 1, 2013

6 Alasan Suami Buat Muka Toya


As salam,

Rentetan daripada entry Tips Jangan Bagi Isteri Membebel, salah satu komen yang aku terima minta aku bagi tips mengapa suami membebel pulak. Err ada gak suami membebel ye? Rasa macam tak kena plak. So aku ubah sikit tajuknya boleh?



amboi bang daripada ukur lilit lobang idong nampak beno punya marah!

Si suami jarang nak membebel panjang-panjang. Selalunya ditegurnya isteri dalam 10 patah perkataan je, ringkas, padat dan terus straight to the point. Takde pusing-pusing dulu, cerita pasal jiran, pasal haiwan ternakan atau seumpamanya. Suami tegur tu kira baik.. kalau pesen marah diam lagi bahaya. Sekali dia meletup.. komfom isteri rasa macam nak balik rumah orang tua je. Hik hik! Haa sini aku nak bagitau sebab-sebab kenapa suami buat muka toya.

Lima Minit Isteri

"Lima minit je bang.. kejap ea"

Biasa dengar kan para suami-suami? Minta berhati-hati. Lima minit isteri tak sama macam lima minit suami. Macam abah aku.. dia bangga dok kata dia mandi lima minit je. Memang bebetul minit ke enam dia keluar tandas. Ala apa nak heran askar pencen :)

Jadi pengiraan lima minit isteri begini ;

Lima minit = mekap + matchingkan tudung ngan baju + cari tas tangan +cari handphone +
                    lalu depan cermin betulkan baju + sarung kasut (setelah membuat 
                    pertimbangan terbaik kasut yang sesuai dikenakan dengan tas tangan) +
                    berhenti kat luar pintu kereta betulkan tudung kat cermin pintu

Itu belum masuk bab dia tepuk dahi tertinggal barang kat rumah. Time tu suami minta pekakkan telinga. Fokus je ke tempat keje melainkan korang masih berada di kawasan taman perumahan korang. Sekiranya perkara ini berlaku, minta keluar rumah pukul 4 pagi la ye. Harap makjah!

Macamana la suami tak bengkek, lima minit isteri kalau layan Ahmad Albab kat tv sempat abis kot?

Mata-Mata Jiran Tetangga

Haha ni parah. Ni pesen isteri yang workaholic. Kat opis keje, balik rumah ngan tanggungjawab sebagai suri rumahtangga lagi.. lepas tu boleh plak tanggung tugas jawatan mata-mata jiran tetangga! Jawatan khas ni bertugas memantau aktiviti jiran yang mana meliputi isu tukar beli set perabot baru, masalah rumah tangga dan juga masalah kewangan.

Bab lain mungkin suami boleh terima, masuk telinga kiri.. keluar telinga kanan je la tapi yang tak bestnya bila dia mula bandingkan harta jiran ngan harta sendiri. Kalau boleh kopipes sebijik-sebijik macam rumah jiran tu. Nak seragam katanya. Err kopipes tu adakah termasuk jumlah isteri yang owner rumah tu ada yang? Hahaha :D

Babak Balik Raya

Sila jangan percaya bulat-bulat. Raya tahun ni balik kampung kita, raya tahun depan kampung dia. Isteri kita sekarang bukan tahap SRP bang oi.. malah mereka adakalanya lebih bijak dengan kita. Bila buat agreement dengan isteri, sila detailkan raya mana yang kita maksudkan. Tak spesifik.. cenggini masuk court pon boleh kalah kita.

Macam kes kawan aku la kata balik raya puasa setiap tahun bergilir, sampai giliran dia.. isteri kata turn balik kampung dia time raya haji! Perghh terkena dia. Lepas buat agreement, elok-elok nak balik kampung.. si isteri plak meraung-raung kata opah dia sakit. Kena balik sebab itu harapan opah dia nak tengok dia, takut kot-kot lepas ni takde peluang nak jumpa. Ayat kemain sadis mengalahkan rancangan bersamamu. Alih-alih balik kampung, tengok elok je opah dia dok kacau dodol. Terkena lagi dia. Perghh macamana la suami tak menyirap.. tak tau plak si isteri ada bakat lakonan. Kalau nak diikutkan setaraf ngan Fauziah Nawi!


Bab Shopping

Aku nasihatkan jangan ikut melainkan isteri korang memang dah dilatih shopping 'beli dan pulang'. Selalunya masalah yang menimpa suami apabila isteri mereka mengamalkan cara ;

'pantau harga - pantau 14 kedai lain - balik ke kedai pertama - tawar menawar - beli - menyesal kedai ke 15 lagi murah' atau ;

'pantau harga - pantau 14 kedai lain  - balik ke kedai pertama  - tawar menawar  - tak jadi beli - beli askim mekdi'

Haha tensen aku. Tak ramai lelaki suka menunggu. Selalunya sebelum keluar aku akan briefing, ice breaking dulu atau apa-apa yang seumpamanya  dengannya bagi menerangkan hala tuju. Almaklumlah isteri kita mudah teruja.. ye la kat supermarket banyak lampu-lampu, eksaited kemain ditambah plak iklan-iklan yang tergantung. Mudah sangat cair kehkehkeh.

Istilah jalan-jalan dan beli barang adalah dua maksud yang berbeza. Jalan-jalan adalah window shopping dan ada kemungkinan beli barang manakala beli barang.. hanya beli barang yang dicari dan balik. So sebelum keluar pastikan kita tau kita sekadar keluar jalan-jalan atau beli barang, jadi boleh la kita bersedia dari segi mental (tunggu isteri beli barang - mengantuk!) dan fizikal (takde tempat duduk sambil dukung anak dan bawak barang shopping - okeh itu memang penat)

Takde la kita buat muka toya :D

Kaki Merajuk No.1

Haha isteri aku pernah gak merajuk tapi sekejap je. Selalunya kes kena sakat ngan aku hahaha. Tapi ada certain-certain isteri yang merajuk kemain. Tak dapat beli beg tangan - merajuk, lupa besday - merajuk, lupa anniversary - merajuk, lupa kiss pepagi - merajuk, tak angkat kol - merajuk, lambat pikap balik opis - merajuk, tegur kari rasa pengat - merajuk, tak dapat makan - merajuk, layan anak lebih daripada melayannya - merajuk, kita merajuk - dia pun bantai merajuk. Eh senang cerita semua benda dia nak sentap.

Lepas tu tambah sikit perasa.. bila dah sentap mulalah mengugut ;

'Ayang tanak masak!'

'Jangan cakap ngan ayang'

'Abang tido la sorang-sorang hari ni'

'Abang tidola ngan Cemong (nama kucing - pinjam dialog Do Re Mi) tu''

'Abang masakla sendiri'

'Hantar saya balik ke rumah orang-orang tua. Eh eh rumah orang tua saya!'

Kalau dah main ugut-ugut macamni.. panas gak hati suami. Tapi panas sampai bila la kan.. nama pun isteri. Sekejap je suami panas, kang sejuk la balik. Tapi suami kan, marah macamana kat isteri.. kering poket macamana pun, kehendak isteri tetap akan ditunaikannya. Cuma cepat atau lambat je.. percayalah. Penting untuk isteri bersabar, dan jangan mintak banyak kali kerana harapan suami nak belikan barang tu akan semakin menipis hehe :)

Sape la yang tak sayang isteri oi huhu..

Tak Dapat Bikin Sentap

Dok elok bergesel-gesel bagai, tup-tup isteri angkat lampu merah plak. Perghh itu jam terus ke tandas.. tak fikir panjang dah hahaha. Tanak la aku cerita panjang-panjang, korang pon bawah umur. Ni aku salahkan suami, pesen bernafsu tapi tak reti tengok kalender hahaha :D

Sentap la ko seminggu sensorang :D

**********

Cukuplah sampai sini. Bukan semua isteri macamtu. Ala suami buat-buat muka je tu, kalau sentap.. buatkan air dah cukup. Tu namanya sentap-sentap sayang. Sekurang-kurangnya isteri tau yang suami dia ada kebolehan buat mimik muka. Dah macam sarkis plak hahaha.


Betul tak? Ala semua tu asam garam rumah tangga, jangan amik serius.. cuba fikir cara lain sebab aku pernah buat. Dari nak marah terus gelak sensorang :D Isteri pun jangan risau, kalau percayakan suami.. setakat sentap sikit-sikit tu, paling jauh pun suami pergi kedai.. beli choki-choki :P



Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com