'> December 2013 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, December 31, 2013

#Kelebihan


As salam,

Tak semua orang dilahirkan sempurna. Jika dilahirkan sempurna sekalipun tak semuanya dianugerahkan kelebihan. Last week aku ke kenduri kahwin. Bukan pasangan mempelainya yang nak aku ceritakan, tetapi penyanyinya yang mendapat perhatian aku.

Seorang perhatikan dari jauh sedari aku turun dari kereta, aku lihat suara lunak itu kepunyaan seorang anak muda dalam lingkungan 21 tahun tetapi bila aku amati dia seorang buta. Dia bergerak sekeliling dewan sambil dipimpin penjaganya, mendendangkan lagu-lagu lama dan baru. Malah dia juga turut mendendangkan lagu permintaan daripada jemputan yang hadir.

Bila lagu rancak dia menari setempat, bila lagu syahdu dia turut menyanyikan dengan penuh perasaan. Sesekali aku lihat para jemputan memberikan sumbangan di atas usaha yang dia lakukan. Aku maksudkan sedekah, dalam erti kata lain.


Bila aku lihat dia, aku ada rasa terhibur, rasa sayu, sedih dan pada masa yang sama bangga. Aku gembira orang sepertinya diberi peluang.. ada ruang untuknya di dalam masyarakat. Aku doakan lelaki (kawan abah aku) yang membantunya itu dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Thursday, December 26, 2013

Lesson : Periksa La Dulu Nombor Platenya


As salam,

Tadi masa balik dari jumpa kawan kat PNB Darby Park pergilah ke parking kereta. Tengok2 ade calar sikit kat bumper depan. Apa lagi laju je la pegi tengoknya.. risau kemain.. Duduk kejap tengok, belek2 skali tetiba ade orang tegur dari belakang. 

"U buat apa sini?" Pastu dia tekan kunci kereta. Skali BMW M-Sport die beb! Ouchhh! Warna sama, spec sama.. 

Terkesima sekejap.

Jawapannya yang keluar.."Wow, I like your BMW! We have the same type!" Sambil tekan kunci tapi jauh la bunyinya. Rupanya salah kereta.. Omai




**********

Ni aku copypaste cerita dari timeline kawan wife aku :) Aku nak pakai BMW? boleh.. aku amik emblem BMW kasi tampal kat honda aku. Uhuk2.

Tapi menjadikla alasan dia. Nasib sama kereta. Kalau time tu dia tekan remote, kereta datsun turbo bodykit skyline yang berbunyi.. haa acane tu?

Tuesday, December 24, 2013

Fast Food Restaurant Di Malaysia


As salam,

Jemu plak hadap benda yang sama kan? Balik2 Pizza, KFC.. McDonalds. Korang tak terasa nak try yang lain ke? Untuk pengetahuan korang, ada banyak lagi fast food restaurant yang ada di Malaysia ni tau. Cuma kita je tak tahu.. mungkin kurang publisiti. Kat sini aku update mana yang aku tau.. mana tau malam ni boleh tukar selera ye tak? :)


Chicking Fried Chicken
L1-11, First Floor, Tropicana City Mall, No. 3, Jln SS 20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor


Popeyes Lousiana Kitchen
Taman Tun Dr. Ismail, Mid Valley, Sunway Pyramid, Wangsa Walk, Klang Parade, Selayang Mall


Texas Chicken
AEON Bukit Tinggi, Kajang, Empire Damansara, The Mines, Sunway Pyramid, Sri Gombak


Sarpinos Pizza
Subang, Bangsar, Puchong, Raub, Melaka


Wendy's Restaurant
Sunway Pyramid, IOI Mall Puchong, Jaya One, Mont' Kiara, Giant Kota Damansara, Berjaya Times Square, AEON Rawang, AEON Ipoh Station 18 & Suria KLCC


Hartz Chicken Buffet
Sarawak Plaza, Melaka, Sunway Pyramid, Satok, Berjaya Times Square, Menara Summit, Bintulu


Seoul Garden BBQ Restaurant
The Mines, Amanjaya Mall (Sg.Petani), Alor Setar Mall, Mahkota Parade (Melaka), City Square (JB)


My Burger Lab
Seapark Outlet PJ, OUG Outlet KL


**********

Haa amacam? Ni sebahagian fast food yang ada. Ada cadangan nak makan mana
malam ni? Kalau ada jangan lupa roger aku skali ye :)

Monday, December 23, 2013

Kerana Juling-Juling Itik, Bapak Aku Dapat Malu


As salam,

Memula tahniah bagi adik2 yang cemerlang dalam PMR bebaru ni. Jangan eksaited sangat sebab naik sekolah nak kena concentrate untuk SPM plak. Yang tak berapa nak cemerlang tu abang tetap ucapkan tahniah sebab rata2nya abang tau yang korang dah buat sedaya termampu.. cuma belum rezeki korang :) Try beat the rest dalam SPM pulak ye :)

Cerita pasal PMR, dulu abang pun macam korang. Tak cemerlang mana.. tapi ada la rezeki sikit time tu. Pepagi lagi dah sampai sekolah, tidur kat masjid padahal result keluar tengahari. Semangat la katakan.. semangat + kena paksa ngan mak suruh datang awal!

Datang sekolah, tengok kengkawan lain kemain stylo. Ada yang pakai jeans, simpan rambut panjang, bulu ketiak panjang.. eh eh yang tu takde. Almaklumla sekolah asrama, benda yang takleh buat dulu la yang kita nak tunjuk kan?  Pukul 11.30 pagi result keluar. Yang stylo2.. yang bajet2 cun tadi semua berkerumun depan papan kenyataan, dah nampak macam kambing biri-biri plak!

Abang cari nama abang.. dari jauh dengan sebelah mata tertutup, jari digerakkan dari nama ke result pada hujung papan kenyataan. Perghh berderau darah naik ke kepala.. dapat 8A tu!! Jerit2 macam orang histeria jap.. terus cari public phone. Tepon abah..

Tetiba abah plak histeria.. dicanangnya terus kat kengkawan opis dia. Mana tak bangga anak dapat 8A. Hati abang sebak.. sesambil tu tanya kengkawan lain sambil ucap tahniah (padahal nak inform result sendiri sebenarnya). Orang lain tengok papan kenyataan.. abang pon tengok sekali. Sesaja buat2 sibuk.. buat2 bizi. Abang tengok lagi result abang.. kali ni lebih dekat dengan papan kenyataan. Bila abang perati nama abang sebaris dengann result.. tetiba abang terkedu. Erk!

Abang kol balik bapak abang.. dengar la kemain kuat bunyi dia telan air liur. Kat hujung talian abang sempat dengar dia minta maaf kat staf opis dia..

"Err maaf anak saya dapat 7A 1B je..Bukan 8A. Dia tersilap tengok tadi thee the.."

Hehe nak buat acane dah mata juling-juling itik. Tak pepasal bapak abang dapat malu :)



Abang tak hebat..skor PMR tapi SPM lingkup. So itu sebagai contoh untuk korang, kita tak skor PMR, tak bermakna kita juga tak boleh skor SPM :) Teruskan usaha cuma kali ni up-kan sikit lagi. Mana tau korang dapat B dalam certain2 subjek sebab kurang 1-2 markah je kan? kan? :)

Thursday, December 19, 2013

Boboiboy Musim Ke-3


As salam,

Hahaha jangan terkejut kalau aku katakan kartun Boboiboy lebih aku pilih daripada drama Playboy Itu Suami Aku. Dan jangan sembur air liur kalau korang nampak aku turut duduk beratur depan tv ngan anak2 kecik korang. Seyes aku peminat Boboiboy lagi2 bila dapat tahu musim terbarunya akan bermula dalam masa terdekat ni hahaha :D


Lama gak nak tunggu masuk musim ke-3, last episod aku tengok si Fang guna serangan terhebat dia untuk hapuskan robot Ejo Jo selepas kematian Probe, robot pembantu Adu Du. Aku dapat tahu musim baru ni Tok Abah, Iwan ngan Papa Zola dapat kuasa daripada Ochobot dan dengarnya Probe dihidupkan kembali.

Jom layan 1st episod musim baru ni di TV3 bermula pada 7.00 malam, 18 Disember 2013 hari Ahad. So di sini aku attachedkan skali KLIP EKSKLUSIF Boboiboy musim ke-3 yang mana Ejo Jo memperolehi kuasa baru daripada jam kuasa Gopal, Yaya dan Ying.

Perghh marvellous!!

video


Header Daripada Blogger Azhafizah


As salam,

Warna kuning header aku uoll's hahaha :D Ni semua hasil kerja tangan blogger Azhafizah. Selama ni aku tengok dia asyik edit template blogger lain je.. kali ni aku minta dia design header aku plak. Header aku sebelum ni cinonet je.. nampak tak nampak je. Nah sekarang hamik kou!


So kalau korang rasa nak ubah selera, nak try hasil kerja tangannya boleh la direct ke dia ye. Aku attachedkan kat bawah facebook dan blog dia. Korang boleh tengok sendiri hasil2 kerja tangannya yang sememangnya awesome huhu.


Harga seyes murah, trimas Pija :D

Wednesday, December 18, 2013

8 Adiwira Pilihan Aku


As salam,

Bukan obses, sekadar suka2. Aku terdedah ngan alam adiwira ni since aku sekolah menengah lagi. Macam2 kuasa ada. So kadang2 ada tak korang rasa yang korang nak tubuhkan satu kumpulan adiwira sendiri. Hehe aku ada terfikir gak macam tu.. tapi yang jelasnya aku watak utama walaupun watak2 lain punyalah 100x lebih berkuasa daripada aku hoho.

Haru Glory #8
Anak kepada pahlawan Gail Glory dalam siri anime Rave Master.
Merpakan seorang pahlawan yang mempunyai sebilah pedang yang
mampu berubah2 bentuk dan kuasa. Pedangnya mampu berubah kepada
10 jenis kuasa.


HISOKA #7
Merupakan seorang ahli sihir dalam siri Hunter x Hunter. Wajahnya
sahaja yang tenang tetapi sangat agresif dan suka membunuh. 
Menjadikan Gon Freecs sebagai matlamat dan magsa, dia
sanggup menunggu Gon menjadi lebih hebat untuk berlawan.
Senjatanya adalah daun terup.


ZARAKI KENPACHI #6
Penggila pertarungan ini merupakan kapten Divisyen ke 11 di Gotei 13 
dalam anime Bleach. Seorang yang amat agresif dan menakutkan. 
Tidak pernah takut dan kuasanya tidak boleh dijangka. 
Kuasanya akan terbebas bila sarung mata kirinya dibuka.


SHIKAMARU NARA #5
Seorang ninja kampung Konoha yang sangat genius dalam membentuk
stategi pasukan dan pertempuran dalam anime Naruto. Dapat mengagak 
serangan dan mengatasinya dalam masa yang singkat. Sentiasa tenang 
dalam membuat segala perancangan.


SANJI #4
Merupakan salah seorang krew lanun Luffy dalam anime One Piece, 
jawatannya adalah tukang masak di atas kapal. Dia juga dikenali sebagai 
Black Leg kerana kebolehannya dan kehebatannya menggunakan kaki.
Kelemahannya adalah wanita


KUROUDO AKABANE #3
Watak antagonis bagi anime Get Backers. Juga dikenali sebagai Dr Jackyl, dia
mampu memanipulasikan darahnya untuk dijadikan senjata seperti pisau
bedah dan pedang. Seorang yang tenang dan musuh hakiki kepada Mido Ban.


RONOROA ZORO #2
Seorang pemedang dalam siri anime One Piece. Ahli dalam kumpulan
lanun Luffy. Tiada kuasa istimewa tetapi tekniknya berlawan
menggunakan pedang dan mengalahkan ramai musuh telah
menjadikan dirinya antara lanun yang paling mahal upah tangkapan dan
dikehendaki angkatan tentera laut.


MONKEY D. LUFFY#1
Watak ter-awesome aku. Merupakan anak kepada Monkey D Dragon,
seorang pejuang revolusi di lautan, cucu kepada Monkey D Garp..
seorang lagenda angkatan laut dan adik kepada Portgas D Ace. Akibat
termakan buah Gomu-Gomu, badannya menjadi elastik dan bercita2 untuk
menjadi Raja Lanun. Merupakan seorang periang dan tinggi
semangat setiakawan.


ALL TIME FAVOURITE
SAKURAGI HANAMICHI
Sorry to say, aku admire sangat dengan watak anime Salam Dunk ni.
Entah la aku rasa termotivasi each time aku baca. Sakuragi merupakan
pelajar nakal yang kerap ditolak cinta dan seorang kaki gaduh.
Kerana suka kepada seorang pelajar, dia terpaksa memasuki 
persatuan bola keranjang. Niat asalnya hanya untuk mendapatkan 
perhatian gadis tersebut tetapi akhirnya telah menjadikan
permainan bola keranjang sebagai sukan kegemarannya.
Aku tak boleh lupa betapa cekalnya dia untuk mengatasi pemain
lain eventhough dia zero dan lagsung takde basic tentang bole keranjang.
Seyes dia watak komik kegemaran aku!

**********

Amacam pasukan aku? Kalau berani meh la lawan :D








Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia


As salam,

Terkejut gak aku pagi tadi bila mendapat tahu yang seniwati negara, Azean Irdawaty 63 tahun telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.30 malam semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser.

Mungkin aku lambat tahu, tapi aku mengucapkan takziah kepada keluarga beliau ke atas kehilangan. Lakonan2 beliau banyak memberi kesan kepada aku melalui watak antagonis dan antara drama2 lakonannya dan filem yang aku ingat sampai sekarang adalah seperti Aisah 50 sen, Baginda dan drama orang gaji yang aku tak ingat tajuknya. Gandingannya dengan pelakon mantap lain seperti Ida Nerina sebagai orang gaji dan suaminya Jalil Hamid.

Al Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman insha Allah.


Hantu Galah Dari Rusia Ke Flat PPRT Semarak


As salam,

Memula beria2 la aku percaya hantu galah tu kat Flat PPRT Semarak, rupa2nya video tu diambil sekitar dua tahun lepas oleh seorang lelaki tempatan yang baru pulang dari kerja. Dia melihat kelibat seakan2 'manusia panjang' bergerak pada dinding bangunan ke jalan raya. Kejadian itu berlaku lewat malam.




video

Untungla Flat PPRT Semarak dapat nama.. ni mesti orang flat tu gak hehe. Cerita pasal hantu galah ni, pakcik aku pernah ceritakan pengalaman atok aku kat aku dulu. Dulu keje atok aku menoreh getah, mencari hasil2 hutan untuk dijual. Biasalah kerja kampung.. apa lagi yang boleh dia buat.

Satu pagi tu, dia ke pinggir hutan nak cari galah. Dari satu ke satu galah ditebangnya. Tetiba yang satu ni.. tak patah2. Dilihat pangkal galah tu.. tak berakar, tak seperti galah2 sebelumnya. Atok aku pandang atas.. sayup2 dia nampak ada satu rupa yang gelap dengan mata merah memandang dia di bawah..

Atok aku buat bodo je.. dia pegi sambung tebang galah lain. Hantu tu pun tak ganggu dia. Kat sini aku nak bagitau takde benda yang mustahil kerana kita di dunia ni didiami oleh manusia dan jin. Ada orang tak percaya.. ada yang percaya, terpulanglah bergantung pada iman masing2

Kembali kepada asal. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu semata2 untuk beribadat kepada Ku"

Hantu galah---> gelaran hantu melayu mengikut fizikal---> jelmaan iblis dan jin

Mungkin di Malaysia dipanggil hantu galah, di Rusia dipanggil extremly tall humanoid dan di Jepun plak orang panggil Luffy ehh??


P/s : Sape Luffy? Ai nak kena buat entry lain cenggini. Korang google la dulu

Tuesday, December 17, 2013

Pelanggan P1 Wimax Mengamuk Di Kaunter Selayang Mall


As salam,

Tengah bizi survey perkhidmatan wireless internet, tetiba aku terbaca berita yang booth P1 Wimax kat Selayang Mall kena amuk. Mak aih sampai macamtu skali. Aku biasa nampak company ni kat area Kajang tapi tak tergerak lagi hati aku nak mengamuk. Aku biasanya mengamuk kalau tak cukup tidur je.


memula aku ingat gambar parti harijadi ke hape tadi..

Company buat palat, staf makan maki. Kesian kan? Lagi2 yang baru keje.. tak tahu menahu pasal company ni. Kalau nak ikutkan aku pun.. aku pun zero pasal company ni. Lepas aku google lagi, rupanya dah ramai pihak komplen ditipu. Korang boleh teruskan baca di page ohartis bertajuk P1 Wimax Trending Dengan Isu Menipu Dan Mengelirukan Pelanggan

So SKMM bebawak la buat lawatan ke company terbabit. Aku rasa aduan dah banyak dibuat kot.. cuma sejauh mana tindakan diambil tu aku tak pasti. Kesian kat orang2 yang terkena. Orang yang maki dan orang kena maki.. orang atasan collect duit goyang kaki!

Monday, December 16, 2013

Untungla Jadi Retis


As salam,

Aku dapat tau yang retis Najwa Latiff mendapat biasiswa penuh daripada UNITAR. Aku dapat tau daripada wife aku. Aku tanya wife aku.. dia pon dapat tau daripada adik aku. Aku tak sempat tanya adik aku mana dia dapat info. Yela kot2 kang tetiba orang datang nak saman aku :P

Najwa Latif sewaktu pandang side mirror motornya

Bukan ke I'm Neeta pun dari UNITAR kan? kan? Dorang tak dapat scholarship ke? Wife aku jawab tak dapat sebabnya Najwa Latiff mula menyanyi sebelum sambung UNITAR lagi tapi I'm Neeta dikenali sebagai penyanyi since time study. Tu kata wife aku la.. mana dia korek info aku pon tatau. Aku bajet wife aku buat part time jadi mak cik kantin UNITAR ni.

gambar diambil setelah mereka berjaya dalam acara lari dalam guni
berpagar 4x4 ratus meter berirama

Untungla jadi retis kan? Aku pun ada niat nak sambung study dengan harapan pengajian aku disponsor. So start malam ni aku dah kena test suara dah. Try dulu karok kat kedai Leman. Agak2 mendapat sambutan baru beralih ke karok jamban Tak dapat pegang gitar macam Najwa Latiff.. dapat main kerincing pon dah kombang kompih idong aku ni ha. Tu pun aku bantai main lagu air pasang dalam surut pukul lima..

Harap2 tahun depan aku terpilih masuk Idola Kecil..

ni la kerincing, dah lama aku tak tengok



Friday, December 13, 2013

Apa Yang Di Iklankan Vs Apa Yang Di Hidangkan




P/s : Jangan percaya sangat iklan tu.. lagi2 iklan Tora
        (Tora datang lagi dengan mainan gasing ajaib~)


Monday, December 9, 2013

Sekitar Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Dhya Khayla Jasmeen


As salam,

Alhamdulillah selamat sudah majlis yang aku rancang. Trimas kepada kengkawan dan kenalan yang hadir bagi memeriahkan majlis. Penat tak hengat.. tak hilang lagi ni. Sakit tulang belikat dok punggah pinggan mangkuk. Jumaat malam aku dah start buat keje. Plan nak guna baby cot, tapi mak aku tak berkenan. Dia suruh aku guna buai biasa je. Habis plan aku..

Last menet punya idea.. ni la hasilnya buaian anak aku untuk majlis kelmarin..
Tak sangka plak design buaian aku menjadi tarikan geng mak-mak :)



So di bawah ni aku attachedkan gambar-gambar sekitar majlis berlangsung. Tak sangka plak baik betul anak aku hari tu. Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar walaupun pada awalnya hujan di sebelah pagi.


Heh ni muka-muka wajib ada time abis kenduri. They're my bestie Kalau tak ada, maknanya tak lengkaplah kenduri haritu. Dulu kami dikenali sebagai Wedding Crasher.. tapi sekarang ni memasing bizi ngan keluarga memasing. Time-time macamni je la yang boleh jumpa pon :)

Dalam sibuk-sibuk hari tu, bestfriend aku dari KL dah masuk Kajang.. tapi sesat plak. Aku plak tertinggal handphone kat dalam rumah. Kesian.. sebab rasa terkilan, ,malam tu aku shoot terus ke Gombak hantar lauk. Kalau dia sanggup turun.. kenapa aku tak boleh buat macam tu kan?

Takpe la.. majlis pun dah selesai, alhamdulillah. So next program aku pada 21hb Disember ni plak. Program apa? Nanti aku update ye :)

P/s : Kepada sesiapa yang nak aqiqah kambing sekali masak (kari/kuzi/kurma/golek/etc)
        dengan harga serendah RM750 sila PM facebook aku :)




Thursday, December 5, 2013

Jemputan ke Majlis Aqiqah Dhya Khayla Jasmeen


As salam,

Dijemput semua untuk hadir ke Majlis Aqiqah & Cukur jambul anakanda saya Dhya Khayla Jasmeen bersama Majlis Pertunangan adik saya pada ;

          Tarikh     : 7 Disember 2013
          Hari        : Sabtu
          Masa      : Lepas Zohor
          Alamat    : No.40, Jalan Kajang Mewah 18, Taman Kajang Mewah.
         Telefon    : 017-2257367

Turut mengundang seisi keluarga. Semoga perjalanan majlis berjalan lancar dan diberkati.


ATURCARA MAJLIS

10 - 12 tghari     : majlis cukur jambul
12 - 1.30 tghari  : majlis pertunangan
1.30 - 3 ptg        : makan

Menu yang kompom ada..

korang Google map je :)

Wednesday, December 4, 2013

Telefilem Banglo Seksyen Dua Di Astro Ria


As salam,

Esok pukul 10 malam kat astro ria ada tayangan cerita ni weh. Entah kenapa aku teruja nak tengok, mungkin aku pernah dengar kes yang melibatkan banglo tu kot? Dari aku belajar dulu.. macam2 cerita aku dengar so aku sendiri nak pastikan apakah jalan ceritanya itu sama dengan apa yang aku dengar.


Harapan aku tinggi, sebab hanya dengan mendengar kisahnya sahaja buat bulu roma aku naik sendiri walaupun aku ni kaki menulis cerita alam angker. Banglo tu aku yakin masih wujud, tapi tak tahulah sudah berpenghuni atau belum. Time aku dulu sewanya hanya RM50 sebulan tapi penyewa duduk tak lama la :)





So esok malam ye, pukul 10 malam.. Banglo Seksyen Dua di Astro Ria :) Layan dulu trailer kat bawah

video

Foto Bencana Banjir Kilat Di Kuantan 2013


As salam,

















Kita yang tak berada di tempat berkenaan mungkin tak rasa
Kehilangan, kemusnahan dan kerosakan
Apa yang mampu kita lakukan..
Berdoalah
Dan kalau mampu sumbanglah apa yang patut
Sebab di antara mereka..
Mungkin salah satunya sanak saudara kita

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com