Kisah Alam Angker : KM 48
3:04 PM
Zahir mencuka tatkala melihat Zamir terkedek-kedek mengangkat beg. Janji lepas maghrib tapi sekarang jam sudah pun menunjukkan pukul 9 malam. Jika ditokok tambah dengan berhenti rehat lagi, mahu pukul 2 pagi baru mereka tiba ke kampung. Zahir masak benar dengan perangai adiknya itu, tak puntual satu hal.. terhegeh-hegeh pulak tu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia pulang sendiri, tapi Zamir janji dia akan support kos perjalanan pergi dan pulang. Itu yang buat Zahir telan bulat-bulat segalanya.
"Mak kitorang baru nak gerak ni", ujar Zahir melalui satu panggilan telefon. Zamir memerhati dengan hujung mata, hanya dengar dan diam. Tak berani kata apa-apa. Bukan dia tak tahu macamana perangai panas baran abangnya itu. Dia lantas menguatkan suhu penghawa dingin, mudah-mudahan abangnya cepat sejuk.
Jalan malam itu sedikit lengang, mungkin kerana minggu bekerja. Mereka pulang ke kampung pun kerana rancangan Kak Ngah mereka setahun lepas, mahu pergi bercuti di Pulau Redang. Lagipun baki cuti Zamir banyak lagi, Zahir pula merupakan kakitangan kerajaan.. jadi tiada masalah dan halangan untuknya memohon cuti. Lagipun percutian itu sudah mereka rancang setahun yang lalu.
"Ko patah balik, ikut Highway LEKAS", kata Zahir sambil lewa. Matanya masih menatap skrin sesentuh telefon bimbitnya.
"Kenapa Lang?", dahi Zamir sedikit berkerut. Kebiasaannya dia akan menggunakan hihgway Pantai Timur, keluar ikut Gambang setiap kali ingin pulang ke Rompin. Selama dia bekerja di Kuala Lumpur, jarang sangat dia menggunakan jalan lama.. lebih-lebih perjalanan waktu malam.
"Ada lori terbalik kat Genting Sempah, jalan jammed 4km", sambung Zahir, Zamir hanya mengangguk. Haluan mereka kini berubah, mereka cuma berharap perjalanan mereka selamat dan cepat sampai ke destinasi dituju.
16 comments
tetiba glamour kampung aku
ReplyDeleteOk....not bad jgk la...hahahha....keep it up...sambil aku baca td tetibe bunyi anjing menyalak kol 2 pg...mmg ohsem gak la!!haahha
ReplyDeleteOk....not bad jgk la...hahahha....keep it up...sambil aku baca td tetibe bunyi anjing menyalak kol 2 pg...mmg ohsem gak la!!haahha
ReplyDeletenasib baik aku baca pukul 3 petang ni.hahaha
ReplyDeleteaku serius tak baca kisah alam kangker ni start episod bape ntah sebab takut sangat
ReplyDeletemacam biasa cerita seram ni haruslah baca waktu siang kan..kekadang boleh tahan seram tu bile sensorang banyak nau pikir takut dari berani..huhu
ReplyDeletehahahahahah 1:13PM line clear :D
ReplyDeletesalam. ee cerita ni agak seram jugak..tak berani nak baca bila seorang+ hukhuk tapi..macam tergantung pulak ye :D
ReplyDeletetergantung pun seram jugak...huhu..
ReplyDeletehuhu...menggigil ...haha...nice!
ReplyDeleteTakutnya.....huhuhuhuh.
ReplyDeleteSalam singgah..
ni kalau baca time nak travel jauh2 memalam ni mau cuak jugak
ReplyDeletealamak kenapa tergantung..hehe tgh suspen ni..:P
ReplyDeleteDan dia melihat....perghh buat suspen aje...nanti ada sambungan ke tak?
ReplyDeleteterbaek... meremang bulu ketiak den...
ReplyDeleteAISH CETA TERGANTUNG..TERTANYER2 SUDAH
ReplyDelete