Ragam Rumah Flat #1

10:43 AM


As salam,

Kemain aku hashtag bagai kan?kan? Haha aku dah kira.. blok aku ada 20 keluarga, ada 5 blok so totalnya 100 keluarga. Dan aku anggarkan aku akan peroleh 100 jenis cerita hahaha :D Kak Diana saya duduk umah flat la.. apa yang besarnya umah saya :)

1st day
Aku bawak masuk barang dalam rumah.. datang seorang akak tegur aku. Dia kata dia nak beli karipap kat jiran depan rumah aku.

"Baru pindah?"

"Haah", aku senyum kelat, almaklumla tengah pikul tv. Lepas tu dia bantai borak ngan wife aku plak. Bila dia beredar aku tanya dia nak apa. Wife aku jawab dia pengasuh.. nak usha anak aku dah ada orang jaga ke blom.

Yang takbley blah akak tu bagitau dia dok blok sebelah.. tingkat paling atas. Ko boleh bayangkan teropong jenis apa yang dia gunakan hahaha :D



Last Week
Wife aku keluar buang sampah memalam. Bila balik dia bagitau terserempak ngan sorang akak, tanya pasal pengasuh anak.

"Akak haritu ke?"

"Tak.. akak lain plak"

Akak lain tapi modus operandi yang sama.. mencari anak orang untuk diasuh dan dibasuh :P

Hmm dah serupa macam MLM versi pengasuh pon ada :)




You Might Also Like

8 comments

  1. ppeerrgghh untung jasmeen kecik2 dh jd hotstaff, ramai yg berebut nk jd pengasuh,..haha

    ReplyDelete
  2. hihi... maybe cara diorg nak tambah income kot sesambil duk umah... kalo diorg mmg pengasuh yang bertanggungjawab, ok la kan... yang kite x nak, macam banyak kes yang berlaku sekarang ni... moga dijauhkan dari kita semua... cuma maybe cara diorg approach tu kurang menyenangkn kite... hihihi...

    ReplyDelete
  3. haha sepantas kilat.. macam ada bau2 je ada org baru pindah & nak offer jadi pengasuh ;)

    ReplyDelete
  4. Rumah Flat pun besar pe..heheh..
    selalunya orang cari pengasuh..ni terbalik pulak..ye..

    Psttt!dah ada pengasuh ke belum??akak pun boleh..Jasmeen sorang kira harga adik beradik la..hahah

    ReplyDelete
  5. selalu kalau baru pindah...mak ayah risau cari pengasuh, ada ke pengasuh yg dekat2, ada ke yg ok..ini terbalik pengasuh lak cari budak nak diasuh. ok la tu..sekurang2nya dah kurang nak kena fikir cari pengasuh. tapi kena pening sikitlah nak tapis calon pengasuh....huhu.

    ReplyDelete
  6. oh.. pindah rumah baru ye..
    erm! mcm ramai plak yg menunggu nak jagakan anak tu..elok2 pilih pengasuh tau..zaman skrg ni taulah, nak duit kite jak, pastu anak kta dia tolong 'basuhkan'. haha.

    ReplyDelete
  7. ramai betul berminat ni..takyah susah² buat iklan..kalau tak mencari,datang je kan..kalau mencari,takde pulak..femes pulak dak meen ni...

    ReplyDelete
  8. takut nak hantar anak ke pengasuh... minta2 sy tak perlulah hantar anak ke pengasuh...

    hubungan penduduk flet ni, rapat tak?ok tak?

    ReplyDelete