Blog Sihatimerahjambu

10 Alasan Kenapa Kena Pandu Kereta Laju

12:41 PM


As salam.

Apa alasan korang nak drive lelaju? Tengah cuba nak selami fikiran korang.. cuba tafsir dan terjemahkan walaupun bunyinya macam bangang je.

1.   Baru pasang spoiler, hmm rasa macam boleh pergi lagi laju kot?
2.   Nak pergi kenduri kawen, kereta depan bawak laju.. aku folo je la.
3.   Tak tahan nak berak.
4.   Kereta depan tadi masuk tak bagi signal. Aku geram tu yang
     aku cucuk dia dari belakang.
5.   Lalu depan KL Central, ramai plak awek tunggu depan lampu isyarat.
     Saje je nak show off.
6.   Berangan macam citer Speed, kalau bawak perlahan nanti
     kereta meletup.
7.   Kereta buatan jepun memang kena bawak laju cenggini.
8.   Nak potong kereta depan.. nak berebut masuk lorong TnG
9.   Bongkak sebab semalam dapat potong kereta kancil standard
     kat highway. Rasa dah best sgt2!
10.  Baru buang sticker P. Belagak! Puihh

Heh, alasan tak boleh pakai tapi tu la yang berlaku kan? Jangan nak kencing laaa~

Bumper dan skirting boleh juga dijadikan kotak hadiah harijadi

You Might Also Like

10 comments

  1. laju sangat..
    mana sempat awek nak tengok sapa bawak kete hebat tu..

    ReplyDelete
  2. no.3 alasan paling kukuh dan paling laju mengatasi yang lain. nak2 time dah hujung2...perghhh. tak bernapas sambil tekan minyak.

    ReplyDelete
  3. ha...ha...ha...

    no 3 real emergency

    singgah

    jm @ http://jmbelog.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Xde alasan untuk bawak laju boleh..hehehe

    ReplyDelete
  5. Bawak kereta laju lah life. Kemudian kena saman. life weh, life.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam. sy tak drive pun..haha tak reti dan tak berani nak bawa kereta :D

    ReplyDelete
  8. bila tengok kereta laju je mesti akak cakap,nak terberak le tu..entah2 kena cirit birit..heheh

    ReplyDelete