Nasib Si Ibu Kera


As salam,

Semalam kat lebuhraya AMJ (Melaka) tengah aku drive, aku terserempak ngan kera betul-betul kat tengah jalan. Hampir-hampir je aku nak terlanggar. Kenapa dia tak nak beralih? Apa yang dia buat kat situ? Bila aku perhatikan betul-betul, dia duduk di sisi bangkai anaknya. Hmm..

Kepala aku terus menangkap cerita yang aku dengar daripada wife aku. Kisah wanita tikam bayinya yang baru dilahirkan dengan gunting kerana bayi tersebut anak luar nikahnya. Kenapa? Dengan bunuh bayi tu kau rasa puas? Dendam terbalas? Sedar tak bayi tu dilahirkan belum sempat melihat dunia lagi, kau dah hantar dia kembali ke rahmatullah? Kau tikam bayi tu dengan gunting, kenapa kau tak tikam sekali diri kau? Baru adil!

Kadang-kadang bila berita seperti ini sampai ke gegendang telinga aku, aku pandang wajah anak aku. Bagaimana bayi seusia anak aku, yang tak tahu apa-apa tentang masalah orang dewasa dijadikan mangsa dan korban. Berair air mata aku bila mengenangkan nasib ibu kera, walaupun tidak dikurniakan akal tetapi sifat keibuannya membuatkan dia terus berada di sisi anaknya. Kalau dia cukup berakal aku pasti dia akan membawa anaknya ke tepi atau panggil ambulans.

Siapa kata manusia bijak? Kalau manusia bijak, pasti tindakan mereka lebih baik dari si ibu kera. Ibu kera tanpa akal tapi punya perikemanusiaan. Manusia ada akal tapi tak diguna, tiada perikemanusiaan. Mana satu lebih baik?

Harapan aku agar ibu kera selamat..


3 Comments

  1. alahaii.. kesiannya. kdg2 binatang punya kasih syg lagi tinggi dari mnusia

    ReplyDelete
  2. tula..aku pun sedeh.
    sanggup diorg kan bunuh baby comel

    T___T

    ReplyDelete
  3. Alahaii..mesti sedih bile tgk ibu kera tu meratapi anaknya yg dah mati..=_='

    ReplyDelete