Petua Elak Kucing Buang Air Di Kawasan Rumah

11:32 AM


As salam,

Hahaha kemain petua2 bagai aku kan? Petua yang aku kumpul memandangkan lately entah kucing mana rajin datang 'punch kad' depan pintu rumah aku. Dah dibersih, diberus dan di-clorox, tetap gak dia berak kat situ. Nak kata dah pasang jaring kat pagar rumah, tapi stil rumah aku tetap menjadi pilihan. So kat sini aku ada beberapa cara yang sebahagiannya aku dah praktikkan, boleh la dikongsi ngan korang.

Aku syak kucing yang sama berak depan pintu rumah aku walaupun
gambar ini di ambil di Papua New Guinea


KAEDAH PENCUKAAN
Kaedah ni diamalkan oleh mak aku, dia kata berkesan. Sebelum ni belakang rumah mak aku acapkali diberaki (ayat kasta tinggi) oleh kucing2 jalanan tapi lepas mak aku tuang cuka di kawasan yang sering menjadi tumpuan, takde lagi masalah najis kucing di situ.

Ok kaedah ni aku dah praktikkan, bertahan 2 hari sahaja. Pagi tadi aku nak pergi kerja, aku tengok dah ada balik najis kucing depan pintu rumah aku. Keras betul hati kau Zack (nama timangan aku bagi kat kucing tu).

KAEDAH PEMBELERANGAN
Pagi2 Sabtu aku dah keluar cari belerang. Mak cik kedai dengan dahi berkerut2 dia tanya aku. Nak buat apa ngan belerang ni? Aku malas nak bergurau panjang dan bagitau perkara sebenar memandangkan rupa bentuk makcik tersebut seakan2 mencurigai aku.. bimbang muka aku masuk berita malam tu sebab bunuh orang guna belerang dan dia plak dituduh bersubahat. (jauh plak aku berimaginasi)

Korang taburkan sahaja belerang di penjuru2 dinding dan kawasan yang menjadi tumpuan haiwan untuk melepaskan hajat. Belerang yang bersifat panas dan berbau menjadi bahan untuk mengelakkan dari dihampiri haiwan buas, serangga berbisa dan ular sewaktu perkhemahan. Jadi oleh yang demikian belerang juga boleh digunakan untuk mengelakkan kucing atau binatang lain dari terus memberaki di hadapan pintu rumah kita.

KAEDAH PENG-LADAHITAMAN
Ok tak jalan gak? Cuba kaedah ni plak. Didihkan air dan selepas air dididihkan, masukkan 1-2 sudu lada hitam (pure, bukan serbuk) ke dalam air didih. Kacau dan biarkan dalam masa 2 hingga 5 minit. Lepas tu korang masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di kawasan yang menjadi tumpuan kucing.

KAEDAH DAISO
Ok kaedah ni memerlukan untuk korang pergi ke kedai Daiso antaranya di Sungai Wang, The Curve, IOI Mall Puchong, One Utama, Sunway Pyramid dan cari produk Cat Repellent di sana. Pastikan korang bayar terlebih dahulu di cashier sebelum bawa balik dan gunakannya di rumah :D

Oh abang depan kedai tu tengah usha Wife Repellent

Tak jalan gak? Hmm sama ada korang tangkap kucing tu dan pindahkan dia jauh dari kejiranan atau tukar nombor rumah bagi mengelirukan kucing. Nak kaedah lebih sadis? Korang sendiri pindah rumah lain hoho. Selamat mencuba!

You Might Also Like

43 comments

  1. kucing aku mengaji afzal, aku selalu pesan, time kucing-kucing aku nak kuar umah, "berak umah orang tau, jangan berak umah sendiri"..tak sangka dia berak umah kau..maafla..tapi ko dah beli benda tu kat daiso oklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku harap beratus kucing orang berak kt rumah kau. baru kau rasa seksa dia.

      Delete
  2. Banyak juga kaedah yg boleh diamalkan ni..harapnya en kuceng tak membuang kt situ lagi ye...:)

    ReplyDelete
  3. byk kaedah.. point utma..kna buang bau tahi dia tu, spya dia tak ulang berak kat situ...

    ReplyDelete
  4. kaedah pengladahitaman tu tak pernah dengar pulak...sembur kat tempat kucing berak rupanya.ingtkan sembur kat bontot kucing..

    #suami akak selalu sebut ayat tu kat akak..
    "hati kau keras zack.."

    ReplyDelete
  5. nasib baik my kucing² sangat disiplin..tak pernah lagi pulak rumah sendiri diberaki oleh kucing sendiri atau kucing orang lain.

    ReplyDelete
  6. Byk gak petua n kaedah dia ye..penah dgr yg kaedah cuka je..org2 tua slalu buat kot..

    ReplyDelete
  7. Oooo.. boleh diamalkan ni... eh 1st time dengar pasal pencukaan ngan pengladahitaman.

    ReplyDelete
  8. Dah lama saya menanggung derita menahan asakan bau dari 'verakan' kucing dalam rumah.

    Kena cubalah salah satu petua ni. huhu

    ReplyDelete
  9. wahhh..aku nak cuba gak la bang,. aku pon bermasalah jugak ni..makin dimanja makin pijak kaki aku nampaknya..thanks bang!=D

    ReplyDelete
  10. Memang susah kalau kucing tu suka kencing merata. Dah la bau tu menusuk hidung.

    ReplyDelete
  11. Masalah yg sama kena..huhu..dpn pintu umah jugak dia menyinggah..tq utk info ni

    ReplyDelete
  12. Alhamdulilah, tq bro...
    Nk cuba gak laa, penat wei ari ni basuh esok lusa dia buat hal lagi...
    Tq tq tq...

    ReplyDelete
  13. Mane cara yg paling bkesan ye,? Aritu pakai minyak serai wangi..xjalan gakk..pastu tabur lada hitam je, xrebus pn..xjalan gak..mmg kena rebus dulu ke???

    Penat.laa ari2 dok ngadap masalah ni je...

    ReplyDelete
  14. Keras betul hati kau Zack. Nak guna cara apa lagi? T_T

    ReplyDelete
  15. Hahaha.. Tips terbaik. Depan pagar Rumahku memang port pilihan depa nak verak.
    Oh, aku malu dengan jiran dan tetamu.
    Busyuk tak payah cerita la.

    ReplyDelete
  16. Hahaha.. Tips terbaik. Depan pagar Rumahku memang port pilihan depa nak verak.
    Oh, aku malu dengan jiran dan tetamu.
    Busyuk tak payah cerita la.

    ReplyDelete
  17. Hahaha.. Tips terbaik. Depan pagar Rumahku memang port pilihan depa nak verak.
    Oh, aku malu dengan jiran dan tetamu.
    Busyuk tak payah cerita la.

    ReplyDelete
  18. aku baru tabur belerang + clorox..tp x buang tahinya plak.sbb nk muntah dh aku bau tahinya..agaknya dh nyah kot lena clorox sbb automatik x bau tahi dh.dh bau clorox.2 botol sekali letak.ptg nnti nk beli lagi.hr nk letak klorok. x jadi gak aku hantar sekolah kucing jiran aku ni

    ReplyDelete
  19. aku baru tabur belerang + clorox..tp x buang tahinya plak.sbb nk muntah dh aku bau tahinya..agaknya dh nyah kot lena clorox sbb automatik x bau tahi dh.dh bau clorox.2 botol sekali letak.ptg nnti nk beli lagi.hr nk letak klorok. x jadi gak aku hantar sekolah kucing jiran aku ni

    ReplyDelete
  20. Nanti nak cuba tips ni.. kucing sy x leh nmpk barang kena move, sure buat tanda.. haku yang stress dgn bau.masalahnya sy move barang supaya rumah lagi kemas, ni kucing pulak ambil peluang.. lepas 3 tilam, karpet, baju dia spray.. darah smpai ke otak wor..

    ReplyDelete
  21. terima kasih atas tips tu. menyampah gak ngan kucing ni. mari umah, bukan setakat gaduh, sempat lagi 'poop'.. masalah pulak sampai tak tahu nak buang mcm mana coz tal de bahan nk buangkn

    ReplyDelete
  22. Plg senang Letak je btol air dkt tmpt kucing berak tu.. xkn kna bom lg tmpt tu.. mmg berkesan..

    ReplyDelete
  23. Plg senang Letak je btol air dkt tmpt kucing berak tu.. xkn kna bom lg tmpt tu.. mmg berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppss.. Mcm ada nmpk jiran2 buat, tp airnya merah. Ingatkn sajer tinggalkan botol air tu. Berkesan ker?

      Delete
    2. Oppss.. Mcm ada nmpk jiran2 buat, tp airnya merah. Ingatkn sajer tinggalkan botol air tu. Berkesan ker?

      Delete
    3. letak botol pn x jalan.. makin bnyak..

      Delete
    4. Bertahan ler 3 bln, ni dah mula pancut lg dan dengan gaya jalan berlagak bila aku kejar...

      Delete
    5. Tak jalan juga . Hari tu bersihkan then letak botol isi air merah , 2hari lepas dia berak smlm dia berak lagi . Jilakee

      Delete
  24. Baru 3 hr cuci dh ada balik, nak try belerang pulak , tips berguna tu

    ReplyDelete
  25. Baru 3 hr cuci dh ada balik, nak try belerang pulak , tips berguna tu

    ReplyDelete
  26. hari2 blik kje kne sental tahi kucing..1hr 1btl clorox..kali ni sental dgn sabun cuci mgkuk tandas+clorox..smpi dlm blik sy bau clorox..dah le ade baby 3m..klu kucing tu berak lg..dpt tangkap,nk titik bontot die dgn penyapu...

    ReplyDelete
  27. Nie tips paling betkesan diabad ini..
    Step 1..makan petai banyak2.
    Step 2..tambah jering 2 3 ketul
    Step 3..pegi kencing kt tmpt biasa kucing pancut...
    Haa..mai test power...kencing sapa paling haring.. mai laa..mai.
    Aku pon stress nieh..!!!

    ReplyDelete
  28. Ambik getah jentik kt cenonot dy...reman dy dlm 2 atau 3hari dlm kotak atau sgkar...tp kna bg mkn la hehe...nk yakk...yakk2 kt situ..

    ReplyDelete
  29. Ade sekor kucing taktaww sapa punya. Harihari duk berak depan rumah kiteeee. Geram rase 😁😂😂

    ReplyDelete
  30. aku jirus minyak diesel...bertahan jugak, time jirus tu trasa gak mcm nak bakau umah sendiri

    ReplyDelete
  31. Ada beberapa tips
    1. Spray minyak tanah...berkesan juga...tp time hujan hilang bau miyak dia verak blk
    2. Tabur serbuk cili pedih montot dia...lama2 dtg blk
    3. Tangkap kucing tu tonyohkan muka dia kat taik tu...insyaAllah segan nk dtg blk
    4. Sodok taik tu lemparkan depan rumah tuan dia...#puashatiaku

    ReplyDelete
  32. Ada beberapa tips
    1. Spray minyak tanah...berkesan juga...tp time hujan hilang bau miyak dia verak blk
    2. Tabur serbuk cili pedih montot dia...lama2 dtg blk
    3. Tangkap kucing tu tonyohkan muka dia kat taik tu...insyaAllah segan nk dtg blk
    4. Sodok taik tu lemparkan depan rumah tuan dia...#puashatiaku

    ReplyDelete
  33. musim raya ni kan ada mercun..time dia verak cucuh mercun ha..mesti dia lari lintang pukang.tapi belum try lagi

    ReplyDelete
  34. Kena cuba ni mana-mana tip. Jika tak berkesan jugak. Tangkap kan cingvtu, buang kat bukit antarabangsa.

    Pasti di happy di sana.

    ReplyDelete
  35. Sy pulak sembur ridsect kat tempat dia membuang. Basuh lantai mcm biasa. Pastu sembur ridsect. Bertahan seminggu je kot. Pastu berak balik.huhu..

    ReplyDelete
  36. menarik tips ni..boleh standbyawal-awal sebab kemungkinan jadi sasaran tu tinggi..

    ReplyDelete