Seni Khat : Kufi Murabba'


As salam,

Bukan tutorial sangat pun, cuma aku nak kongsikan sesuatu berkenaan seni khat. Kufi murabba' merupakan salah satu seni di dalam tulisan khat. Seninya berbentuk blok segiempat dan kita boleh susun ayat ayat di dalamnya.

Setahu aku tiada software untuk design seni khat ini. Kalau ada pun terlalu asas. Korang boleh cuba gunakan Adobe Illustrator atau Microsoft Excel. Tapi yang aku guna ni secara online. Korang boleh pergi ke qcalligraphy untuk cuba design sendiri seni khat kufi ini.


Korang boleh cuba dahulu design yang mudah mudah.. macam aku buat kat atas ni dan
save-kan dalam format PNG. Aku tak mahir menulis khat ni, baru je nak belajar huhu

Kalau korang mahir menggunakan Adobe Photoshop, korang boleh corakkan atau
berikan warna pada khat yang telah korang save tadi.

..macam aku buat ni kat atas ni. Mudah je sebab menggunakan asas
Adobe Photoshop.

Ok inilah hasilnya bila aku dah print keluar design yang aku buat tu.
Agak agak korang boleh baca apa yang aku tulis? Hehe.
Aku pun baru belajar, kalau salah minta maaf la ye.
So selamat mencuba :)


P/s : Saya student baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Trimas kerana menegur :)

15 Comments

  1. menarik ni..boleh cuba..afzal pun guna cs6 ye..heee.print atas material ape tu?nampak cam glossy je ke sticker?

    ReplyDelete
  2. smart gilo. nak try tapi tak reti. sobsss

    ReplyDelete
  3. memang berkenan dgn design khat macam ni.

    ReplyDelete
  4. cantik, tapi aku tak pandai nak baca tulisan khat ni.

    ReplyDelete
  5. tq sharing zal..nk cubaaa lah!!!! ^_^

    ReplyDelete
  6. kalau hitam je semua,sukar nak meneka,tapi bila ada berlainan warna,baru dapat baca...bagus idea zal...tapi nak mencuba tu payahlah sikit sebab segala jenis software tu semua akak tak tau...tupperware taulah...

    ReplyDelete
  7. salam. wah! menarik..boleh la try lepas ni

    ReplyDelete
  8. cantik tapi aku still tak reti buat

    ReplyDelete
  9. suka suki ngko je menyusun urup2 ni tanpa tertib tonggang terbalik haishhh

    ReplyDelete
  10. salam..kalo nk bg color tu blink2 mcm mane?gold blink/silver blink? :)

    ReplyDelete
  11. salam. sebenarnya kufi yang tuan hasilakn ini tidak menepati ciri-ciri sebuah kufi yang sempurna. atau dlm bhs kasarnya, salah. wbp, usaha murni tuan untuk mempelajari kufi ini amat dialu-alukan. selamat berjaya.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum encik,maaf untuk menegur,tapi kufi yang encik buat ni salah,hrufnya xlengkap dan petak tu kosong banyak.banyak lagi yg perlu dipelajari sebelum buat ni...-.-

    ReplyDelete
  13. terima kasih kerana share. sy mmg berminat dengan kufi khat ni. Mmg plan nk buat sendiri pun. Design utk rmh baru. In shaa Allah

    ReplyDelete
  14. terima kasih kerana share. sy mmg berminat dengan kufi khat ni. Mmg plan nk buat sendiri pun. Design utk rmh baru. In shaa Allah

    ReplyDelete