Isnin RM3.00
Selasa RM3.70
Rabu RM3.30
Khamis RM2.50
Jumaat RM4.20
Itu harga lunch aku seminggu. Menu yang sama untuk seminggu tapi harga berubah ubah ikut mood. Bukan mood aku, tapi mood makcik kedai. Tak tau la pulak kalau makcik tu dah ukur saiz ikan2 goreng dia siap2. Tak pun dia dah tentukan yang mana emak, bapak dan anak ikan. Bilangan sayur.. berapa sudu kuah.. butir nasi? Hmm. Korang takkan dapat harga 'borong' selalu melainkan korang ambil makcik kedai sebagai mak angkat korang.
Harga asal RM3.00, tapi adakalanya makcik kedai bagi diskaun RM0.30 ke RM0.50. Itu kita suka sebab RM0.30 ke RM0.50 dah boleh buat beli choki choki..
Harga asal RM3.00 tapi selalunya naik-turun ikut suka membuatkan darah kita pun naik-turun sama sebab tak boleh budget anggaran harga yang kita mahukan.
Pada aku, biar pun mahal macamana sekalipun asalkan statik dan tak berubah mengikut mood-mood-terkemut makcik kedai, aku tetap akan bayar tanpa aku perlu mengubah mimik muka aku di belakangnya.
Kesimpulannya : Boleh la mula riki kedai lain pulak ye
6 Comments
pernah gak camni..sudahnya memang pergi makan tempat lain la jawabnya..boleh lak ikut mood dia kan..haishhh
ReplyDeleteselalu sgt la kena cenggini.. tapi selalunya dpt harga yang still blh kawwtim lagi..member selalu jeles sbb dia kena caj mahal..kah3
ReplyDeletehehehe... ikut mood ye. tp apsal lunch hang murah ni? lunch aku paling murah pun RM 6. hang makan apa untuk lunch?
ReplyDeletehehehe... ikut mood ye. tp apsal lunch hang murah ni? lunch aku paling murah pun RM 6. hang makan apa untuk lunch?
ReplyDeleteaku rasa aku tau kenapa hari isnin dengan kahmis murah, mungkin sebab mak cik tu tau yang hari isnin dengan kahmis ramai yang berpuasa sunat.
ReplyDeleteangin jugak kalau macam tu weh, nak ikut angin dia je. kita yang membeli ni ha terasa angin haha
ReplyDelete