Homestay Budget Di Kuala Rompin, Pahang


As salam,

Last week aku menghadiri kenduri kahwin abang ipar aku. Memandangkan keluarga belah aku turut serta dan rumah mak mentua aku fully booked.. nak tak nak terpaksa gak la aku carikan homestay untuk dorang.

Kat Rompin ni (officially Tanjung Gemok sebab rumah mentua aku) ada banyak homestay. Biasalah kawasan tumpuan pelancong, dekat plak ngan jeti ke Pulau Tioman. Korang kena pandai cari. Ada murah, ada mahal.. kalau jumpa yang mahal, fasiliti plak kelas picisan. Kalau kena yang murah, kawasan rendah plak (kalau hujan berlopak dan naik air). So hari tu kebetulan aku berpeluang menginap di homestay kepunyaan pakcik aku sendiri. Aku pun baru tau dia ada homestay dan aku nak bagitau homestay dia memang terbaik!!

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

Mempunyai 3 buah bilik tidur, 3 buah bilik air dan setiap satu bilik tidurnya dilengkapi penghawa dingin. Ruang tamu dan ruang makan yang luas, ada mesin senaman di balkoni luar bersama sudut santai. Kawasan persekitaran yang lapang so tak perlu risau pasal tempat letak kereta. Peti sejuk, tv, kipas, heater semuanya complete. Siaran tv pula menggunakan Njoi.



Homestay tu memang kemas dan tersusun rapi. Kalau korang masuk.. macam masuk rumah sendiri. Aku dan family memang berpuas hati dengan homestay tu. Agak agak korang berapa harga aku sewa untuk semalam? Percaya tak kalau aku kata tak sampai RM200 pon harganya :) Kalau korang singgah di Rompin, boleh la cuba sendiri suasana awesome kat sini ye :)


5 Comments

  1. Memang nampak kemas dan selesa je tengok..kalau ke sini boleh try la stay sini kan..tq share afzal

    ReplyDelete
  2. salam. weh..kemas dan nampak selesa :)

    ReplyDelete
  3. biasa kalau homestay kat kg memang xberapa mahal..tp homestay ni memang class hotel..

    terasa nak denagr cerita cinta dari kaca mata seorang lelaki bergelar suami.. mari jalan kat blog kita ek..senag2.

    ReplyDelete
  4. PROMOSI HOMESTAY :



    HOMESTAY EIJAZ @ KUALA ROMPIN (PROMOSI RM130 SAHAJA)

    layari https://sgkolek.blogspot.my/ untuk maklumat lanjut

    ReplyDelete