Projek Iqra' : Sukarelawan Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim 2014


As salam,

"Ayang.. abang nak bincang sesuatu"

Muka wife aku cuak. "Kenapa abang?"

"Abang ingat nak join program ngan anak yatim.. Tapi weekend la. Ayang ok ke?"

Muka wife aku sekali lagi berubah. Takde pun jawapan daripadanya. Tetapi aku perasan kelopak matanya bergenang..

"Pergi la abang. Ayang tak kisah.. ayang sokong apa yang abang buat. Kalau ada peluang pun, ayang tentu akan join", senyumannya mula terukir.

"Kenapa ayang nangis?", aku tanya sebaik melihat keadaan dia kembali reda.

"Bila abang sebut pasal anak-anak yatim.. ayang sedih. Lebih-lebih lagi kita nak sambut Ramadhan tak lama lagi. Kesian dorang"

Aku diamkan je. Actually aku terpanggil untuk menyertai program sukarelawan kali ini sebab aku tak pernah berpeluang meraikan anak-anak yang tak sempurna hidup tanpa kasih sayang ibu bapa. Semangat aku semakin berkobar-kobar bila rakan-rakan blogger yang aku kenal turut terlibat menjayakan program ini.


Ada beberapa rumah anak yatim yang dipilih untuk program ini seperti :

  • Rumah Gemilang Adik, Sik, KedahMydin Taman Saga, Alor Setar, Kedah
  • Rumah Khairiyah, Klang, SelangorMydin Klang

  • Kg Sg Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang - Sunshine Bertam Shopping Mall
  • Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, SelangorMydin USJ

  • Casa Harapan, Kuantan, PahangMydin Kuantan
  • Rumah Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan, Pahang  - Mydin Kuantan 
  • Pertubuhan Baitul Ehsan AlKhairi, Taman Maluri, Kuala LumpurGiant Hypermarket Ulu Klang

  • Rumah Hashimiah, Selayang, SelangorMydin Selayang







Tarikh-tarikhnya pun telah ditetapkan dari 5 Julai hingga 19 Julai 2014 (7 Ramadhan hingga 21 Ramadhan). Kalau korang berminat, berkelapangan boleh la mendaftarkan diri di laman web Projek Iqra'. Penyertaan masih lagi terbuka untuk semua.

Selain daripada itu, kepada sesiapa yang ingin menaja shopping raya untuk seorang anak yatim berjumlah RM195.. bolehlah berbuat demikian melalui laman web tersebut. Korang boleh KLIK BANNER di bawah ini untuk ke laman web tersebut.


Aku bukan orang kaya, tak punya banyak masa.. tenaga nak dicurah pun setakat mana la yang aku ada. Tapi alhamdulillah aku bersyukur.. sebesar-besar rahmat yang aku ada ialah bila mana aku melihat ibu bapa dan adik beradik aku masih di sisi menemani. Tapi mereka?

Bagaimana pula bila mana aku buka mata, aku dikhabarkan aku tiada ibu.. tiada bapa? Di sisi aku ada beberapa orang rakan sebaya yang masing-masing membawa haluan sendiri tanpa ditemani sesiapa. 

Menangis.. tiada siapa mahu pujuk
Gembira.. tak tahu nak dikongsi dengan siapa
Mengadu.. siapa mahu mendengar

Siapa mahu berkongsi kasih sayang dengan aku? Anak-anak yang senasib dengan aku? Mereka juga tidak kenal erti kasih sayang seperti aku. Mereka sendiri kehilangan kasih sayang, bagaimana pula mereka mampu berkongsi perasaan dengan aku?

Aku teringin dikucup abah.. dipeluk ibu sebelum tidur malamku
Teringin sangat disuap tangan dan merasai masakan dari air tangan ibu
Tapi.. aku anak yatim
Tak mungkin aku rasa dalam hayat aku ini.

Aku harapkan Allah perkenankan doaku..
Jika benar jodoh aku dan ibu bapaku tidak panjang
Hadirkanlah insan yang mampu menumpangkan kasih sayangnya dalam hidupku ini
Walaupun sekejap, cukuplah buat aku terhibur
Itu lebih bisa membahagiakan aku





4 Comments

  1. Alhamdulillah.. Tahniah bro sebab join aktiviti2 begini.. ikut hati nak join gak sbb ada ternampak projek ni kat FB tapi tulah, jauh..moga kehidupan anak2 yatim ni sentiasa dirahmati...amin!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..perkara yang baik.. Moga mereka dapat rasakan kegembiraan seperti mereka yang hidup normal bersama family.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi menyertai dan menulis mengenai Shopping Raya 2014 :)

    ReplyDelete