Event #FREEMARKETBTR


As salam,

Free weekend ni? Jom kita ke #FREEMARKETBTR yang berlangsung di ;


Masjid Saidina Othman Ibnu Affan
Bandar Tun Razak
15 Jun 2014 (Ahad)
9.00-11.00am

BERI ATAU AMBIL APA SAHAJA

Ianya seperti Pasar Lambak, kecuali segala2 nya adalah PERCUMA. Yup, PERCUMA tanpa sebarang bayaran.

FREEMARKET menjemput semua orang untuk membawa barang-barang yang masih elok, dan menawarkannya kepada sesiapa yang mahukannya. Contoh barangan ialah buku, pakaian, barang perhiasan, perabot atau apa2 sahaja.Selain barangan, FREEMARKET juga menggalakkan orang ramai menyumbangkan kepakaran atau perkhidmatan secara percuma, seperti nasihat tentang kesihatan, perundangan dan kewangan.

FREEMARKET tidak beroperasi secara pertukaran barang (barter system). SEMUANYA ADALAH PERCUMA.

Jika anda mempunyai barangan yang masih elok untuk diberi secara percuma, sila bawa dan tawarkan.

Jika anda tidak mempunyai apa2 barangan, dont worry, just datang dan mungkin anda mempunyai sesuatu untuk diambil, secara PERCUMA. Tapi jangan TAMAK ye.

Anda digalakkan untuk bawa SHOPPING BAG sendiri.

Sila sebarkan kepada kawan2, jiran tetangga dan komuniti anda.



Sekiranya berminat untuk menjadi penyumbang, boleh hubungi

Wan : 019-3061827 
Rafizal : 016-2262445

Sumbangan kecil anda memberi harapan besar kepada masyarakat insyaAllah

6 Comments

  1. wahhh bestnya.. kalau dekat kompom kak terjah ni...:)

    ReplyDelete
  2. aku rasa nk celar baju2 bundle yg aku dah x jual.. tp tulah..nk perginya..

    ReplyDelete
  3. weeknd ni tak de la plak. huhu

    ReplyDelete
  4. bestnya ...jarang2 ada program macam ni..kalau dekat dengan tempat akak kan best..

    ReplyDelete