Resepi Mudah : Donut Berinti Jem


As salam,

Kalau kita malas nak keluar membeli di bazar Ramadhan, apa kata kita buat sendiri di rumah. Hari ni aku nak kongsi cara membuat donut. Bukan donut biasa dengan gula sahaja, tetapi dengan inti jem di dalamnya. Inti tu terpulang, samada korang nak guna jem strawberi, nenas, anggur atau sebarang jenis jem. Oo kalau korang nak letak coklat pon boleh gak. Ikut citarasa masing-masing ye.



BAHAN-BAHAN :

4    cawan tepung kek
6    kuning telur
3    sudu makan gula pasir
3½ sudu makan mentega yang telah dilembutkan
1¾ oz yis
1    cawan air suam
1    cawan susu full cream panas
½   cawan yogurt biasa
½   sudu kecil garam
      minyak masak
      jem pilihan korang, korang juga boleh menggunakan Nutella!

CARA-CARA MEMBUAT :

ADUNAN #1
Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sampai korang menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.

ADUNAN #2
Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.

ADUNAN #3
Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.

Campurkan ADUNAN #1 , ADUNAN #2 dan ADUNAN #3 sekaligus, uli sehingga korang mendapat doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.

Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.

Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.

Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, tanda sudah boleh diangkat.

Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!

Selamat mencuba :)

5 Comments

  1. thanks for the recipe....mmg dah lama dah nak buat donut ni....nnt nak buat la untuk berbuka...hehe

    ReplyDelete
  2. wahh bolehlah berdonut hari ni untuk menu berbuka

    ReplyDelete
  3. sedap la pulak gambar tu..... lapooo

    ReplyDelete
  4. tepung kek ni tepung naik sendiri ke

    ReplyDelete