Resepi Mudah : Pajeri @ Paceri Nenas


As salam,

Ada cadangan nak berbuka menu apa petang ni? Boleh aku bagi cadangan tak? Apa kata petang ni kita berbuka dengan pajeri @ paceri nenas, ikan masin dan telur dadar. Perghh layan (kesat-kesat air liur meleleh) huhu. So kat sini aku nak kongsi cara buat pajeri @ paceri nenas.


BAHAN-BAHAN :

1    biji nenas saiz sederhana besar, dibuang kulit dan dipotong ikut citarasa
1½ biji santan kelapa
1    kulit kayu manis
3    kuntum bunga lawang
2    biji buah pelaga
3    kuntum bunga cengkih
1    paket kerisik (ready made)
1    paket kari daging
4    biji bawang merah (dihiris halus)
2    biji bawang putih (dihiris halus)
      air masak
2    biji lada merah (dipotong memanjang)
      garam dan gula secukup rasa

*Untuk lebih mudah, rempah untuk menumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga) boleh dibeli sekaligus di pasaraya dalam paket. Itu pun boleh digunakan

CARA-CARA PENYEDIAAN :

Minyak dipanaskan di dalam periuk bersama rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang buah pelaga dan bunga cengkih) dan masukkan sekali bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris halus tadi. Goreng sehingga naik bau.

Kemudian masukkan serbuk kari. Kacau bahan sehingga pecah minyak. Bahan hendaklah sentiasa dikacau bagi mengelakkan bahan menjadi hangit.

Selepas itu masukkan kerisik dan kacau sehingga garing. Teruskan mengacau bagi elakkan kerisik melekat pada periuk.

Masukkan santan dan tambahkan air sedikit demi sedikit agar tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan nenas yang dipotong bersama lada merah. Kacau dan tunggu sehingga mendidih. Nah sekarang ia sedia dihidang.

Selamat mencuba :)

1 Comments