Tudung Mahal Vs Tudung Murah


As salam,

On the way masuk ke KL, wife aku bersuara..

"Kenapa orang keep complain pasal tudung mahal?"

Mata aku memerhati sekeliling. Oo ok aku nampak signboard iklan tudung mahal besar gedabak kat sisi highway. Patutlah tetiba dia merungut.

"Sebab dorang teringin nak pakai.. tapi harga terlalu mahal", aku jawab ringkas

"Kalau macamtu dorang still ada pilihan. Kan banyak lagi tudung murah kat luar sana", balas wife aku

"Kalau macamtu company tudung mahal kena tukar tagline la ; Kepuasan.. Hak Milik Orang Berada. So takde lagi orang complain sebab tudung mahal khas untuk orang kaya semata-mata", aku senyum sinis. Wife aku senyap tak kata apa-apa.

Apa yang membezakan tudung mahal dan tudung murah? Orang akan kata kualiti kain, jahitan dan keaslian tetapi dorang lupa mention tentang brand tag. Tanpa brand tag.. tudung murah dan tudung mahal takde bezanya.

Kenapa perlu brand tag? Supaya bila orang nampak.. orang boleh agak kualitinya tinggi selari dengan harganya yang mahal. Bukan calang-calang orang boleh pakai tudung mahal ni kan?

Matlamat menutup aurat pada asalnya hilang dikaburi dengan rasa takbur dan ujub. Tanpa kita sedar hukum wajib memakai tudung menjadi haram kerana perasaan riak mengenakan tudung mahal. Bukan semua wanita macamtu.. mungkin segelintir, mungkin terlalu sedikit sangat bilangannya.

"Why not? I pakai sebab kepuasan, kualitnya bagus dan selesa. Lagipun I mampu. Tak pernah nak rasa bermegah apa pun". Ini respon biasa. Kita boleh nak kata apa. Dorang pun bukan 'amanah' kita. Ada sesetengah perkara yang orang takkan faham dan tak dapat melihat dengan jelas walaupun diterangkan beberapa kali.


Sesekali aku terkenang anak kecil yang bermain bola yang diperbuat daripada kertas di penjuru longkang. Pakaiannya lusuh menggelebeh. Seronok andainya kesenangan segelintir insan di dunia ini dikongsi bersama anak seperti ini. Teringin melihat mereka tersenyum gembira bila menerima sepasang baju baru lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan tidak lama lagi

"Abang tak teringin nak belikan ayang tudung mahal?", tanya wife aku. Aku sengihkan je. Aku meneruskan perjalanan sambil berangan-angan tentang Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim bulan Ramadhan ni.

Nak join? Jom KLIK SINI






7 Comments

  1. satu yg rara perasan tentang tudung ni.dia mahal sbb kualiti mmg bagus.mmg cantik.yg murah tu kurang skit,tapi sampai skrg,saya masih xde tudung " mahal " tu.hehehe

    ReplyDelete
  2. aku payh nak beli brg yg mahal guna duit aku..sb aku rasa susah nak cr duit. skrg kalau nak beli brg2 aku yg mahal, aku mesti fir..baik aku beli mkanan utk seluruh keluarga aku..atau bg mkn jirn dan kekawan aku.
    haruslah wanita normal teringin nak pakai tudung mahal, rasa mcm cantik je bila dpt pakai tudung mahal.
    bab kualitinya, harulah lg baik tp taklah smpai tudung selai bratus ringgit br berqualiti.

    org yang harga diri mahal tak perlukan simbol kemahalan utk menaikan nilai dirinya.

    ReplyDelete
  3. kalau akak tak kisah tudung murah atau mahal janji suka & selesa pakai..apa yg penting konsep menutup aurat tu kenalah betul..klu brand mahal pun, tapi tutup aurat pun ala-ala shj baik tak perlu...huhu.. (sekadar pandangan peribadi)..:)

    ReplyDelete
  4. terasa sayang duit laaa nak beli tudung2 mahal nie...sebab kebanyakan tudung murah yg jual sangat2 cantik dan yg penting menutup aurat.

    ReplyDelete
  5. tudung mahal atau tudung murah takde beza pun..kalau kain tu di ambil di tempat yg same,tetap sama kan dari sgei kain..cuma beza dari jahitan, fesyen la kot..tapi brand tag tu mmg buatkan sesuatu tu jadi mahal..apepun biarlah menutup aurat dengan sempurna

    ReplyDelete
  6. nasib baik sy jenis low maintenance,baik baju tudung n semua brg2 peribadi memang bli murah2 je..sebab rasanya baik spend duit kat mknn n blanje brg2 yg lebih penting dr appearance dri yg blh dpt hrga lebih murah lg..kdg2 kat pasar mlm lebih cntik dr yg dijual mahal2 tu..

    ReplyDelete
  7. Nad tak kish pun pakai tudung ape..hahaha...tapi selalu pilih yang murah..jimat..nak mahl buatpe..last2 jarng pakai

    ReplyDelete