Resepi Mudah : Cara Asas Membuat Cupcake [Beginner]


As salam,

Kadang-kadang kita nak beli, harganya boleh tahan di luar. Anak-anak pula asyik minta suruh beli sebab dekorasinya yang cantik dan comel. Rasanya yang pelbagai juga merupakan salah satu penyebab kenapa cupcake mudah mendapat tempat di hati masyarakat. Selain daripada itu, cupcake juga mendapat sambutan dan permintaan ramai. Nak buat tak tau..

Jadi kat sini aku nak kongsikan cara asas untuk membuat cupcake. Tapi cupcake ni perisa coklat. Korang boleh gantikan perisa lain sekiranya mahu. Harap dapat membantu.


RAMUANNYA :

1/4 cawan (25 gram) unsweetened cocoa powder (serbuk koko)
1/4 cawan (60 ml) air panas
1/4 cawan (60 ml) susu krim
1/2 cawan (113 gram) mentega pada suhu bilik

Nota: Korang boleh tambah garam pada mentega kalau korang nak. Hanya tambah 1/4 sudu kecil garam ke dalam resipi

3/4 cawan (130 gram) gula pasir putih
3 biji telur besar
2 sudu teh ekstrak vanila
2 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 cawan (200 gram) tepung gandum
12 cawan muffin pan
12 bekas kertas cupcake

CARA PENYEDIAAN

Panaskan oven kepada 375 F (180 C) Jangan gunakan kipas.

ADUNAN #1
Letakkan serbuk koko gelap tanpa gula dalam mangkuk tahan panas. Tambah susu dan kemudian air panas mendidih. Gaul rata dan letak tepi sehingga ia mencapai suhu bilik.

ADUNAN #2
Dalam mangkuk lain, kacau tepung dan serbuk penaik dengan pengacau dan biarkan dahulu di tepi.

ADUNAN #3
Masukkan mentega, gula dan juga ekstrak vanila, ke dalam bekas mixer. Masukkan telur satu demi satu dan digaul sehingga sebati.

Keluarkan ADUNAN #3 dan tapis ke dalam ADUNAN #2. Sewaktu mengadun ADUNAN #3 dan ADUNAN #2, masukkan sekali ADUNAN #1. Gaul bersama sehingga sebati dan lembut.

Isi kertas cupcake 3/4 penuh dengan adunan, letakkan ke dalam muffin pan dan bakar cupcake di tengah-tengah ketuhar selama kira-kira 20 minit. Periksa cupcake menggunakan kek tester atau cucuk cupcake menggunakan pencungkil gigi untuk melihat bahagian dalam cupcake sama ada sudah boleh diangkat atau belum.

Pindahkan cupcake dari muffin pan untuk rak penyejukan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya. Dekorasilah cupcake korang mengikut citarasa krim pilihan korang.

Selamat mencuba!

10 Comments

  1. jimat kalau buat sendiri.. kalau beli tepung instant sure dpt sikit je kalau buat kann..

    ReplyDelete
  2. selalu jugak buat..rasa macam nak jual cup cake la..tapi takut orang order banyak sebab nak buat ikut mood..ekekekek

    ReplyDelete
  3. Nak rasa yang tuan blog ni buat hehe.


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete
  4. Tuan blog ni buat cupcake ka?

    Jom berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak :)

    ReplyDelete
  5. Wah, cupcake Ramadhan ye. Hehe. Bagus buat sendiri ni. Nak makan banyak mana pun tak kisah sebab sendiri yang bikin kan.

    ReplyDelete
  6. setuju, klau dpt buat cupcake sndiri jimat skit, btaw pndai jgak tuan blog ni buat cupcake. nanti bleh la ika try resepi tu..:)

    ReplyDelete
  7. wahh sedap ni..buat lebih sikit afzal :)

    ReplyDelete
  8. salam. pandai buat cupcake ya..hee

    ReplyDelete