Resepi Mudah : Chocolate Chunk Cookies


As salam,

Sedap biskut ni. Kalau korang pandai buat.. serupa Famous Amos rasanya. Apa kata korang jadikan biskut ni salah satu menu di dalam balang kuih raya korang. Tapi aku jamin biskut ni cepat habis lagi-lagi menjadi kegilaan kanak-kanak. Rasanya pun sedap. Huhu.

Jom aku nak kongsi cara-cara membuat Chocolate Chunk Cookies.


BAHAN-BAHAN

1        cawan krim mentega yang dilembutkan
1        cawan penuh gula perang
2        biji telur
1        sudu kecil vanilla
1/2     sudu kecil garam
1        sudu kecil baking soda
2 1/2  cawan tepung gandum
3        cawan coklat susu bercampur dan ketulan coklat putih*

CARA PENYEDIAAN

Panaskan ketuhar kepada suhu 375 darjah. Adun mentega dan gula ke dalam mangkuk pengadun yang besar. Kemudian masukkan telur dan vanilla dan digaul rata. Masukkan garam, baking soda dan tepung dan kacau sehingga sebati. (sehingga doh cukup lembut)

Gaulkan bersama ketulan coklat. Dapatkan bentuk bulat leper (serupa biskut) dan letakkan ke atas tray oven yang telah disediakan dan biarkan dalam ketuhar selama 8-10 minit.

(Biarkan sehingga bahagian tepi biskut yang dibakar menjadi sedikit perang. Jika dibiarkan lebih lama, biskut tersebut akan menjadi kering) Setelah masak, biarkan ia sejuk seketika pada suhu bilik.

*Korang boleh gunakan campuran lain sekiranya mahu. Ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba.

10 Comments

  1. SALAM. sy tau makan ja..buat tak reti :D
    apapun..thanks share..nanti sy try

    ReplyDelete
  2. wah.. nak caras chef wan ke? hihi... hm. biskut ni memang addictive

    ReplyDelete
  3. wah.. nak caras chef wan ke? hihi... hm. biskut ni memang addictive

    ReplyDelete
  4. wah.. nak caras chef wan ke? hihi... hm. biskut ni memang addictive

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi buat cookies..boleh try resepi ni kalau nak buat

    ReplyDelete
  6. uwaaa...tok..meh hantar sebakul kt sini..hihihi

    ReplyDelete
  7. malas nk buat.n tunjuk ajooo...hihi

    ReplyDelete
  8. idea yg baik... best juga ni.. tq atas perkongsian. jemput ke blog kak yati

    www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  9. wahh sedappp bole buat nie... mmg suka cari resepi plg mudah yg memudahkan heehehehe

    ReplyDelete
  10. Nak cuba buat juga...tapi nak buat lepas raya...lepas raya selalu makan serdak biskut je kan

    ReplyDelete