Review Filem : CEO

1:51 PM


As salam,

Mula-mula aku tak faham kenapa ofismate aku beria-ia ajak aku tengok filem ni. Ye la nama pun filem melayu, pengarahnya pun aku tak kenal. Filem melayu dah boleh di agak jalan ceritanya. Tunggu muat naik je la. Tak berbaloi tengok di pawagam.


.. Dan hari ni aku tengok online. Serius jangkaan aku meleset. Sejak aku menghadap lappy sampai kesudahan cerita aku tak henti-henti ketawa. Senyum kambing apatah lagi. Jalan cerita santai, pelakon pun aku tak kenal tapi lakonan.. perghh santai dan mantap! Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Beto Kusyairy, Cristina Suzanne, Deanna Yusoff dan Datuk Jalaludin Hassan.

Cerita pasal Adam (Remy Ishak) yang asal kaya jadi miskin dan Sufian (Beto) yang asalnya miskin jadi kaya. Rupanya ada kompot di sebalik semua yang terjadi. Aku tak nak cerita panjang lebar.. aku syorkan korang tengok cerita ni. Jalan cerita tak berat mana pun tapi aku suka bila setiap karektor berjaya membawa watak masing-masing walaupun dia hanya watak sampingan.

Komedi, santai dan brilliant! Itu yang boleh aku simpulkan. Serius korang puas hati!


P/s : Terbaekkk la Beto Kusyairy!!

You Might Also Like

8 comments

  1. eh.. best nih.. hihi.. :) lama dh tak tengok cerita melayu yg kelakar

    ReplyDelete
  2. memang best citer ni..jalan citer best..syok tengok dengan husband gelak je dengan perangai beto tu..hehehe..kann

    ReplyDelete
  3. komen kali ke2 pun nak komen tak tengok lagi...

    ReplyDelete
  4. komen kali ketiga pun same tak tengok lagi. hahahhaha

    ReplyDelete
  5. Aah movie ni best. Kelakar nak lagi bila scene Beto. kekeke

    ReplyDelete