'> Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014M/1435H | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014M/1435H


As salam,

Depan lappy lagi ke? Aku yakin fikiran korang dah pun sampai ke kampung kan lagi-lagi berlatarbelakangkan lagu Allahyarham Sudirman - Balik Kampung, makin mencanak-canak dan membuak-buak la rasa nak balik kampung cecepat tu.

Aku balik pagi ni, dalam pukul 3. Plan sahur dalam kereta je la. Aku tak berani ambil risiko pulang selepas subuh. Kesesakan jalan raya tak boleh di pandang enteng lelebih lagi kepada mereka yang gout. Uhuk2. Cepat atau lewat, aku cuma berharap kita dapat pulang ke kampung masing-masing dengan selamat. Pun sama bila pulang dari kampung. Patuhi had laju supaya tak di saman, simpan maki hamun pada kertas saman untuk tahun-tahun yang lain :)

Di kesempatan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ni, aku sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai selama kita di alam maya ni.. aku ada menyakitkan hati sesiapa baik sedar atau tidak, terkata, terumpat, tersilap langkah sewaktu menegur atau apa-apa perkara yang boleh mengeruhkan hubungan sebagai sahabat alam maya.

Semoga kita dapat buka lembaran baru, buku baru dan kukuhkan lagi ukhwah kita bersama. Yang baik itu hanya dari Allah dan yang mana khilaf itu adalah kekurangan daripada aku sendiri. Semoga insan kerdil ini masih diberi ruang untuk menulis dan belajar memperbaiki diri pada masa hadapan.


Last but not least.. selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada Afzalsukasuki dan keluarga. Raya nanti jemput datang ke rumah ye :)

7 comments:

  1. salam. singgah sini..sebelum bercuti raya hehehe

    p.s salam jumaat & selamat hari raya buat tuan punya blog sekeluarga..salam kosong kosong ya hee ^_^

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya tok!! hehehe.. lama x komen. sorry... comot kan ruang komen tok ni ye. =P


    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya bro..semoga selamat pergi dan pulang dari kampung..
    kad raya dari bro dah dpt..mekasih tau!

    ReplyDelete
  4. Selamat hari rayer afzal.. Berayer di mana?

    ReplyDelete
  5. Afzalsukasuki....

    pa habaq laa ni?

    Selamat Hari Raya... maaf zahir dan batin... =D
    kirim salam kat wife...
    comey nyaaaaa baby!!!! apa nama dia?
    kami ni dah lama tak on blog... ni baru nak aktif balik.. ramai kawan2 blogger dah lebih maju... alhamdulillah... =D

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com