'> Betul Ke Kenderaan Merajuk? | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, August 14, 2014

Betul Ke Kenderaan Merajuk?


As salam,

Balik dari usha kereta dengan puan isteri, si oren mula buat perangai. Jalan sangkut-sangkut. Puas puan isteri mengusap-mengusap dashboard. Aku sengihkan je.

Keesokan harinya dia buat perangai lagi menyebabkan aku tak pergi kerja. Tengah jalan nak ke ofis, temperature naik. Kalau nak diikutkan hati.. aku nak jalan slow-slow je tapi instict aku suruh aku parkir tepi, tunggu sehingga temperature turun. Seusai aku parkir di stesen petrol berhampiran..tiba-tiba air memancut keluar daripada hos! Berasap-asap kereta aku. Aku terduduk, tepuk kepala. Hmm


Oren.. oren. Merajuk ke? Mungkin orang kata tahyul atau gila. Tapi hakikatnya jasad oren diperbuat daripada galian bumi.. datangnya dari tanah juga. Dia juga sebahagian makhluk yang dicipta Allah. Dia berzikir, bertahmid sepanjang masa. Jadi jika dia merajuk.. itu tak mustahil.

Aku tak tahu samada nak let go oren atau tak. Tengoklah macamana. Tapi yang pasti aku kena angkat putih, sekurang-kurangnya kalau oren merajuk, putih ada :)

6 comments:

  1. Oren dah merajuk tu, sebab cakap2 nak beli keta baru kan..hehe.. tapi sllu juga jadi mcm tu kan, bila kita sebut2 nak jual@ ganti, tup2 mulalah meragm kereta ni..:)

    ReplyDelete
  2. Zal, lengkali jgn ckp masa tgh bawak kete tu..ckp dalam umah takpe..hahah..kan dia dah majuk..

    ReplyDelete
  3. orang nak pakai baju baru kot.dia tak mau dah baju oren..tak pun dia nak kawan baru tu,,dia kesunyian..heheh

    ReplyDelete
  4. Ya la gamaknya.. mcm penah kena ja..hari2 kena panggil dia sayang. Ambik hati.. kui3

    ReplyDelete
  5. bahaya tu afzal temperature naik...eyza jadi gak camtu masa otw ke rumah mak...last2 patah balik...tak berani nak jalan..esoknya bawa ke kedai, kena caj sampai rm300... :(

    ReplyDelete
  6. jangan buat oreng merajuk..kalau nak amek putih jangan cakap depan oren..gitu pulak kan..

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com