Lelaki Dan Rambut

10:41 AM


As salam,

Dah lama rasanya aku tak update, blogwalking apatahlagi. Masih ada kerja hakiki yang perlu dibereskan. Aku akan terjah korang juga nanti.. tapi bukan dalam masa terdekat. Ni pun aku berehat sekejap, ada sesuatu yang nak aku kongsikan.

Setiap kali sewaktu menghantar anak aku ke rumah mak, aku akan terserempak dengan brader ni yang kerjanya hantar kuih muih untuk dijual di gerai. Berpakaian kasual, bertopi.. pagi-pagi sebelum subuh. (mula-mula aku ingat dia tak nak berembun) Akhirnya dia yang aku tahu seorang yang kurang rambutnya. Mungkin dengan mengenakan topi, ia memberi keyakinan untuk dia berhadapan dengan orang ramai.

Aku juga lihat rambut aku semakin meningkat usia ni.. semakin kurang. Ada je suara-suara sinis yang menyindir, minta beli produk rambut la dan macam-macam. Makan hati je la. Aku pernah pergi ke pusat rawatan rambut YN di KL untuk sesi percubaan. Nama pun percubaan, mana la nak tunjukkan kesan sangat. Kalau nak lebih berkesan kena la buat rawatan susulan yang harganya mencecah ratusan malah ribuan ringgit. Aku mana ada duit banyak tu!

Pakcik aku pernah cuba. Betul rambutnya lebat balik, tapi lepas dia berhenti menjalani rawatan.. rambut dia kembali kepada asal. So maknanya kita kena teruskan rawatan untuk beribu ringgit untuk mengelakkan kepala kita menjadi botak? Nonsense

Aku beli produk-produk tempatan, masih tak jalan. Lama kelamaan give up, rasa rendah diri aku hilang sendiri. Cakap-cakap sumbang pun semakin jarang aku dengar. Bila aku fikir balik, kenapa aku perlu rasa malu? Sebab botak sebelum tua? Aku rasa kita tak perlu letakkan masalah ini sebagai beban.. kita bukan wanita. Kalau wanita tu mungkin la sebab rambut adalah mahkota mereka.

Botak pun dah trending skrang. So jangan terlalu fikirkan sangat. Terimalah seadanya. Ehh sapa kata orang botak tak boleh menonjol? Ramai je selebriti botak yang pegang watak hero. Kalau korang ada rambut pun, takde siapa nak belai-belai rambut korang tu.. melainkan isteri korang :)




So faced the fact yang botak juga menawan. Pedulikan cakap orang, dorang sendiri tak tau hala tuju rambut dorang lepas ni :)

You Might Also Like

5 comments

  1. ala, janji ada yang sayang pun dh cukup tok :)

    pedulikan ckp orang

    ReplyDelete
  2. salam. huuuu..perempuan pun ada jugak masalah rambut ni..rambut gugur huuu..T.T

    ReplyDelete
  3. botak itu satu kelebihan jugak afzal..jangan merendah diri sangatlah :)

    ReplyDelete
  4. kan??lelaki buat apa nak kesah botak ke tak??biasa la lelaki botok..nampak macho pe..hahhah..lain la kalau perempuan..

    ReplyDelete