Blog Si Hati Merah Jambu

Promotion : Kenny Rogers Roasters Voucher

12:20 PM


As salam,

Semalam aku dapat mesej eksaited daripada puan isteri. Pertama, sebab dia nak belajar buat karipap spesis baru. Yang kedua, dia baru print baucer daripada Kenny Rogers. So aku andaikan dua kali ganda eksaitednya :)

Kenny Rogers ye? Aku pernah makan sekali je, memang agak mahal jugak la bagi orang yang punya tekak kampung dan makan pula biasa-biasa macam aku ni. Mahal sebab servis charge nya. Aku ingatkan itulah kali terakhir aku jejak kaki ke sana, tup tup tetiba wife aku plak yang ajak. Disebabkan dia tak pernah pergi, jadi inisiatif aku sebagai suami.. akan bawa juga dia ke sana.

Ayam dia memang puas lah makan. Tapi kalau korang pernah makan Chicken Texas, dia punya mashed potato dia seakan-akan sama je. Sedap la aku maksudkan. So memandangkan dah ada baucer ni, tak salah kot aku pergi bawa anak isteri. Kalau korang nak baucer jugak, aku akan sertakan di akhir entri ni nanti.

Dengan harga RM39 untuk dua hidangan dan side dishes, dicampur dengan 10% caj perkhidmatan dan 6% cukai kerajaan.. aku anggarkan dalam RM50. Ok la tu sekali sekala. Kalau ikut tekak melayu aku, siput masak lemak cili api lagi menggiurkan hehehe.

Ok kalau korang nak baucer di atas, boleh cetaknya DI SINI ye. Valid until 30 September, hujung bulan ni. Sempat kot kalau korang nak pergi lepas dapat gaji nanti :)

You Might Also Like

5 comments

  1. thanks sharing utk voucher ni...dpt r sy belanja husband makan sempena birthday die...heheheh

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. uwaaa nak jugakkk.. Tapi LD tak dok Kenny Rogers...:(

    ReplyDelete
  3. kalau akak buka KR nanti akak akan buat menu siput tu..khas untuk kamu ...hahahah

    ReplyDelete
  4. mihmih.... entri yang membuka jiwa ni... baru je sendeng2 kat hasben ajak makan kenny rogers... muahahhahaa

    ReplyDelete
  5. Alahai..tak menyempat la ni..dah 1 october.lama pulak tak makan kat sini

    ReplyDelete