'> Review : ASUS Zenfone 5 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, September 23, 2014

Review : ASUS Zenfone 5


As salam,

Seperti yang dijanjikan aku nak review satu lagi android yang telah berada di pasaran Malaysia sejak awal tahun 2014 yang lalu. Ia telah dilancarkan bersama 2 siri yang lain, Zenfone 4 dan Zenfone 6. Tapi hari ni aku nak review Zenfone 5 hasil daripada pengalaman rakan sekerja aku yang telah menggunakannya selama 2 bulan.


Telah memenangi anugerah Red Dot Design Award pada ciri-ciri bentuk rekaannya dan kategori papan litar terbaik untuk ROG Maximus IV (motherboard). Ciri-ciri utamanya 5 inci, dual sim, dual-core Intel Atom prosesor, 1GB atau 2GB RAM, internal 8GB dan kamera 8MP.

Skrin dia memang cantik, Corning Gorilla Glass. Mula-mula aku nampak, aku memang tertarik kat bahagian skrin dia. Macam iPhone. Paparan memang jelas dan terang. Saiznya nipis, mudah dipegang dan selesa.. atau orang panggil sleek design. Kawan aku punya prosesor Intel Atom 1.6 tapi untuk keluaran terbaru ASUS Zenfone dilengkapi dengan Snapdragon. Harga mampu milik dalam RM450 sehingga RM550 fullset bersama cover telefon, memori kad dan screen protector.


Ok walaupun nampak ohsem, tapi kawan aku kata stil ada kekurangan yang boleh diperbaiki untuk model ni. Prosesor mudah panas mungkin kerana Intel Atom. Bateri yang berskala kecil dalam 2100mH. Bagi pengguna tegar (permainan, wifi internet) telefon ini mampu bertahan 12 jam sahaja.

Buat masa ini masih belum keluar custom ROM untuknya dan tiada kemaskini ke android Kit Kat lagi. Untuk penambah baikan, korang boleh root android ini. Muatnaik TWRP untuk salinan data pada sistem peranti dan tambahan pula dengan adanya Xposed Frame Work membolehkan sistem yang sedia ada (pre-installed) diubahsuai mengikut keinginan kita.

Kalau aku, aku bagi 4/5 bintang pada design cuma agak susah nak cari cover luarnya. Mungkin aku dah terbiasa dengan Lenovo kerana baterinya yang lebih tahan lama, jadi aku bagi 3/5 bintang untuk ASUS Zenfon 5 ini kerana non-removable baterinya. Tetapi keseluruhannya aku bagi 4/5 bintang.


Kredit Andy Way

9 comments:

  1. ermmm tadi baru buat soal selidik pasai ASUS nie...harga pun mampu milik tapi antara LENOVO dan ASUS, mana yg terbaik yea Afzal?

    ReplyDelete
  2. mrs eyza : kalau ikut peranti dalaman afzal vote for ASUS tapi kalau ikut penggunaan dan populariti.. afzal vote for LENOVO

    ReplyDelete
  3. ade sedikit typo dlm entry ni.
    TWRP bkn twerp.
    zenfone 5 bkn zenfone 4.

    ReplyDelete
  4. non removeable battery..cam xbest je pulak kan..

    ReplyDelete
  5. alaa batery bil in cam tablet ..aku baru try baru cam 5s je ..tapi msh kurang cikit la

    ReplyDelete
  6. Mcm mana nak change font untuk zenfone 5

    ReplyDelete
  7. Mcm mana nak change font untuk zenfone 5

    ReplyDelete
  8. Its very interesting post, good job

    Videocon Telecom plans to offer 4G data at 2G/3G rates to encourage early adoption, and will be offering bundled devices as well.Videocon Telecom in a press release said that, "it to invest over Rs 1200 crore for rollout of 4G services in 29 cities of these circles in the next three years.

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com