Review : Lenovo S930

9:40 AM


As salam,

Ok hari ni aku nak review henfon Lenovo model S930 setelah sebulan aku menggunakannya. Aku trade in dengan Lenovo terdahulu, A880. Spec tak banyak lari, ada penambahbaikan sedikit daripada model A880. Oh ye skrin kedua dua model ni masih sama, 6 inci sebab aku suka skrin besar. Senang baca dan main game.



Kenapa aku trade in A880 kepada S930?
Sebab kapasiti baterinya yang lebih besar. A880 mempunyai bateri berkapasiti 2500mH manakala S930 pula 3000mH. Sebab aku gamer yang tegar, jadi aku perlukan bateri yang lebih besar.

Kenapa aku tak trade in ke P780 atau Vibe Z2 yang baterinya berkapasiti 4000mH?
P780 saiznya 5 inci, harganya hampir sama dengan S930 dalam lingkungan RM550-RM700. Kamera depannya hanya VGA dan Quad Core 1.2GHz. P780 menggunakan aplikasi android 4.2 tetapi S930 4.2.2.

Manakala Vibe Z2 masih belum dilancarkan, kemungkinan dalam bulan September 2014 ini. Harganya mahal sekitar RM1800 hingga RM2000. Walaupun baterinya 4000mH, tapi non-removal plak.

So untuk budget aku sekarang, S930 cukup bagus dan memenuhi spec yang aku perlukan. Lagipun S930 menggunakan Dolby. Sound terbaek kalau tengok movie.


So buat masa ni dengan bateri 3000mH, aku rasa cukup untuk aku main game, wifi, menggunakan data plan, membuat panggilan dalam tempoh masa sehari. Dari aku mula unplugged charger, boleh tahan sehingga sehari suntuk baterinya. Pernah bateri aku berada dalam 40% pukul 7 pagi, masih mampu bertahan sehingga pukul 5 petang hanya ber-wifi dan bermain game sekejap sekejap. Kamera S930 pun 8MP, cukup lah untuk aku anak beranak berselfie sendiri huhu.


Aku sangat berpuas hati dengan model Lenovo sehingga kini. Bagi yang berkira kira untuk mengambil jenama Asus, aku akan review next time.

You Might Also Like

12 comments

  1. lonove makin terlajak laris..nanti review asus ye..cam menarik jugak tu

    ReplyDelete
  2. Brand Lenovo punya batry mmg terbaik la ..


    Dia punya kamera okey tak nie ?

    ReplyDelete
  3. lenovo bateri nya memang tahan lama.diakui oleh suami akak..heheh

    ReplyDelete
  4. Wahh! Tefon baru.. Tefon raya kan tu dikk.. :)

    ReplyDelete
  5. apzal pun pakai Lenovo...hehe. ramai dah kawan-kawan bertukar pada Lenovo, best kan. berbaloi dengan harga..

    ReplyDelete
  6. Nadia pun guna S930..memang best.. yakde kalut nak cari power bank sangat.. bateri mmg tahan.. kalau yang jarang online pun bateri boleh tahan 2-3hari bgantung cara kita guna..

    ReplyDelete
  7. amiklah ape pun. asalkan jangan sony. aku dah kecewa tahap 8 dengan sony

    ReplyDelete
  8. pesaingan yang hebat samsung beteri cepat kong n hanging

    ReplyDelete
  9. lenovo pun oke, rmai dh yg guna skarang ni..:)

    ReplyDelete
  10. Okey, saya pun suka Lenovo. Dari P780 ke A850 ke Vibe X dan sekarang S930. Ingat nak juga pakai Vibe Z tu tapi tak keluar lagi. Tapi yang paling saya suka of course P780. Malangnya pakai dua minggu terjatuh dari celah ketiak. Tak dapat diselamatkan lagi.

    ReplyDelete
  11. Salam..saye pun pkai model ni..so far puas hati..yang best..betri thn lame..nice review btw..

    ReplyDelete